Followers

Khamis, 21 Mac 2013

Selamat tinggal



Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu 
Selamat tinggal


Khamis, 14 Mac 2013

Iman Sofea #7


BAB 7

“Ok, ni kunci hostel awak. Lepas ni isi borang kunci dan borang baju dalam dewan” Ramah salah seorang Seketeriat Suai Kenal kepada Iman Sofea.

“Terima kasih akak .” Sambil memberikan senyuman kepada Seketeriat tersebut dan Iman sempat menjeling nametag seketeriat tersebut. “Hurm…, Anis Natrah, no wonder la macam pernah tengok”. Lalu Iman tersenyum sendirian sambil menuju ke dalam dewan untuk menyelesaikan pendaftarannya.

Setelah mengambil kunci bilik, dan mengambil barang-barang keperluan semasa Program Suai Kenal, Iman Sofea bergegas menuju ke parkir kereta untuk berjumpa uminya. Sepanjang perjalanan menuju ke parkir, Iman dikejutkan dengan satu suara yang memanggil namanya.

“Nur Iman Sofea binti Haji Mohd Arman!” Sergah suara itu.

Iman Sofea terkejut. Langkahnya segera terhenti dan takut-takut untuk menoleh. Apabila mahu menoleh, bahunya ditepuk dari belakang.

             “Ooohh makcik hang rimau.” Latah Iman Sofea sambil mencuba untuk menumbuk perut gerangan yang memeranjatkan dirinya yang sedia terkejut itu.

“Hahaha, makcik hang yang sebelah sapa rimau cik Iman oi?” gelak Zaharul sambil mengelak tumbukan Iman Sofea.

“Along ni tak habis-habis nak menyakat Iman kan? Along tak da kerja lain ke nak buat? Marah Iman.

Sambil membuat muka comel, Zaharul merenung wajah adiknya yang sedang marah itu. “Ala, Along saja je nak sakat Iman, nak tengok sejauhmana kemelatahan Iman.”

“Sengal la Along ni! Iman report kat Abi, jaga la Along” Sambil membuat muncung yang panjang, Iman memanjangkan langkahnya pergi ke parkir kereta bersebelahan dengan Dewan Zaba.

“Abi... Tengok along ni, dia tak habis-habis nak sakat Iman. Kang Iman balik umah kang, ha baru padan muka UPSI sebab takda budak macam Iman ni.”

“Zaharul, apa yang kamu sakat adik kamu sampai panjang muncung dia ni? Kalau ye pun, tunggu la Abi dengan Umi balik dulu, lepas tu kalau nak sakat, haa, sakat la..” Dr Arman mengenyitkan mata tanda memberikan kebenaran untuk Zaharul menyakat Iman.

“Haha. Along saja je Bi. Ha, ni Iman, lepas ni, balik hostel, rehat cukup-cukup tau. Malam karang ada program dekat Kampus. Mandi awal, nanti berebut bilik air karang, lewat pulak nak makan malam. Ingat tu?” Jelas Zaharul.

“Erm, Yela. Yela. Abi, Umi, jom teman Iman naik hostel. Hehe, banyak la barang Iman ni. Hehe. Please.”

“Yela. Yela. Akmal, tolong Abi angkat bantal-bantal kak Iman naik atas.” Arah Dr. Arman. “Tingkat berapa Iman duduk?” Soal Dr.Arman lagi.

“Erm.. Blok E tingkat 5, Abi” Jawab Iman.

“Wahh. Tinggi tu. Iman. Ha, lepas ni memang kurus la hang Iman. Haha.” Sindir Zaharul

“Dah..Dah, Along, tolong Abi bawak beg Iman naik atas. Along pon perlu exercise jugak tau.” Arah Puan Zanariah.