Followers

Khamis, 4 Jun 2026

Indah, Jadi apa pun Kau Indah..



Petikan lirik daripada lagu Inteam(Satukan Kami di Syurga) 

 

"Indah, jadi apapun kau, indah."

Ada wanita yang setiap pagi bangun sebelum matahari terbit. Menyediakan sarapan, menguruskan anak-anak, kemudian bergegas ke tempat kerja. Sepanjang hari dia menjadi pekerja yang berdedikasi, pulang pula menyambung tugas sebagai isteri dan ibu tanpa banyak bicara.

Kadang-kadang dia penat.

Kadang-kadang dia menangis sendirian.

Kadang-kadang dia merasakan dirinya tidak cukup sempurna.

Namun, hakikatnya dia sedang melakukan sesuatu yang luar biasa.

Menjadi wanita bekerjaya bukanlah mudah. Menjadi isteri yang baik juga bukan tugas yang ringan. Menjadi ibu pula memerlukan pengorbanan yang tidak pernah ada penghujungnya. Tetapi dalam setiap langkah yang diambil, dalam setiap lelah yang disembunyikan, terserlah satu keindahan yang tidak semua orang mampu lihat.

Keindahan itu bukan pada wajah yang sentiasa tersenyum.

Bukan juga pada pakaian yang sentiasa kemas.

Tetapi pada hati yang terus kuat walaupun diuji.

Pada bahu yang terus memikul tanggungjawab walaupun keletihan.

Pada jiwa yang terus memberi kasih sayang walaupun dirinya sendiri memerlukan perhatian.

Lagu yang mengungkapkan bait "Indah, jadi apapun kau, indah" seolah-olah mengingatkan bahawa nilai seorang wanita tidak ditentukan oleh kesempurnaan. Tidak perlu menjadi yang terbaik dalam segala perkara untuk dianggap berharga.

Sebagai wanita bekerjaya, anda indah.

Sebagai ibu yang sentiasa risaukan anak-anak, anda indah.

Sebagai isteri yang berusaha membahagiakan keluarga, anda indah.

Sebagai wanita yang sedang berjuang dengan pelbagai cabaran kehidupan, anda juga indah.

Teruskan melangkah.

Teruskan menjadi kuat.

Dan jika suatu hari nanti dunia terasa terlalu berat, ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas tidak pernah sia-sia di sisi Allah.

Kerana sesungguhnya, keindahan seorang wanita bukan pada apa yang dimilikinya, tetapi pada kekuatan yang ada dalam dirinya untuk terus bangkit walau berkali-kali diuji.

Rabu, 27 Mei 2026

Taqabbalallahu minna wa minkum

Assalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua followers serta pembaca blog sukasukisakan yang sentiasa ada bersama perjalanan blog ini 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Semoga setiap pengorbanan, doa dan usaha kita dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar tentang korban, tetapi juga tentang keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan. Dalam sibuk menjalani kehidupan, semoga kita tidak lupa untuk menghargai keluarga, sahabat dan insan-insan yang sentiasa hadir memberi sokongan dalam hidup kita.

Terima kasih buat semua yang sentiasa membaca, meninggalkan komen, berkongsi cerita dan terus menyokong sukasukisakan dari dulu sehingga hari ini. Kehadiran kalian sangat bermakna 🫶🏻

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan hati dan kebahagiaan buat kita semua.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.



Salam kasih,

sukasukisakan 



Selasa, 26 Mei 2026

Pengacau Favourite Cikgu

 

Kadang-kadang, dalam ramai-ramai murid yang kita jumpa setiap tahun… akan ada seorang dua yang memang melekat dalam ingatan.

Aiman

Sekarang dah Tingkatan 4. Tapi saya kenal dia sejak Tingkatan 2 lagi, masa saya jadi guru kelas dia. Lepas tu sambung pula jadi guru kelas masa Tingkatan 3. Memang “rezeki” jumpa muka yang sama dua tahun berturut-turut 🤣

Aiman ni jenis suka mengacau dalam diam..Ada saja benda dia nak usik. Kadang-kadang nampak saya lalu dekat koridor pun sempat lagi menyakat. Tapi dalam banyak-banyak perangai dia tu, dia sebenarnya budak yang baik. Jenis yang aktif, ceria dan suka ambil tahu pasal cikgu-cikgu dia.

Yang paling tak boleh blah… blog saya pun dia stalk sekali 😭🤣
Kadang tertanya juga, “Eh budak ni tak ada kerja lain ke?” Hahaha. Tapi biasalah budak-budak sekarang, lagi kita tak bagi tahu, lagi dia nak tahu.

Kalau nak ikutkan… bukan Aiman seorang saja yang suka menyakat cikgu-cikgu🤣

Ada lagi dua orang “partner in crime” dia, si Firas dan Iman.

Tiga-tiga ni memang kalau nampak saya, ada saja benda nak mengusik. Kadang saya pun tak faham macam mana depa boleh ada idea nak menyakat cikgu setiap hari 😭🤣

Tapi dalam dok mengusik tu, depa lah antara murid yang banyak tolong saya dekat sekolah. Kalau ada kerja nak kena angkat barang, susun tempat program, tolong panggil murid atau apa-apa saja… mesti muka depa juga yang muncul dulu.

Seronok sebenarnya bila tengok budak yang dulu suka main-main, sekarang dah makin matang. Dah pegang tanggungjawab jadi pengawas sekolah. Walaupun perangai mengusik dia tu tak hilang sepenuhnya 😆

Benda macam ni yang buat jadi cikgu rasa seronok. Kita tengok sendiri proses mereka membesar depan mata kita. Dari budak Tingkatan 2 yang suka buat lawak, sekarang dah jadi abang pengawas sekolah.

Bila fikir balik, mungkin sebab tu saya senang ingat murid-murid macam ni. Bukan sebab depa sempurna pun… tapi sebab depa hadir dengan macam-macam warna dalam hari-hari dekat sekolah.

Ada hari depa buat saya pening.

Ada hari depa buat saya gelak tak berhenti.

Dan ada hari, depa diam-diam mudahkan urusan saya tanpa banyak cakap. 

Itulah Firas, Aiman dan Iman.

Budak-budak yang kuat menyakat… tapi banyak meninggalkan kenangan. 

Sampai satu tahap… siap ada group WhatsApp dengan depa sekali 🤣

Kadang saya pun tak tahu macam mana boleh “terjebak” hahaha. Tapi biasalah, bila dah selalu jumpa dekat sekolah, selalu menyakat, selalu tolong cikgu sana sini… akhirnya jadi rapat macam tu lah.

Group tu pula memang tak pernah sunyi. Ada saja benda nak dihantar. Meme entah apa-apa lah, sticker pelik-peliklah,link tiktok budak sekolah yang pelik-pelik. Si Iman la sumber sticker kucing pelik-pelik dan link tiktok budak Maha. 🤣

Tapi saya percaya, hubungan macam ni yang buat sekolah jadi lebih daripada sekadar tempat belajar dan mengajar. Ada kenangan, ada gelak tawa, ada manusia-manusia kecil yang perlahan-lahan membesar depan mata kita. Walaupun depa ni kuat menyakat, sebenarnya depa antara murid yang buat hari-hari dekat sekolah jadi lebih ringan. Penat tu tetap ada… tapi bila teringat perangai depa, mesti tergelak sendiri. 



Cuba teka yang mana mereka...