Assalamualaikum sahabat SukaSukiSakan. Moga sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa..
Ngam pula nak buat entry sempena hari gaji ni. Hahaa... Punyalah lama nak tunggu lori gaji masuk akaun. 🤣 Tapi disebalik cerita gaji, ada terselit rezeki yang kadang-kadang tak disangka-sangka.
Kadang-kadang rezeki ni datang dalam bentuk yang sederhana, tapi cukup buat hati rasa bahagia.
Hari ni konon bawa sushi dan rajin nak masak pengat durian pagi-pagi untuk jamu kawan-kawan. Seronok bila dapat berkongsi dan tengok mereka makan dengan berselera.
Dalam masa yang sama kita kongsi rezeki, Allah juga kirimkan rezeki buat kita melalui orang sekeliling. Minggu ni saja si Aiman belanja air Zus dan 100 PLUS. Syed pula bagi durian sampai 3 bekas besar. Coklat cadbury pula la banyak masuk perut minggu ni.Memang tak putus-putus rezeki.
Bila difikirkan balik, rezeki bukan sekadar duit dalam akaun. Ada rezeki dalam bentuk makanan, sahabat yang baik, orang yang suka berkongsi, dan saat-saat kecil yang buat kita rasa dihargai.
Alhamdulillah atas segala nikmat. Semoga Allah murahkan rezeki semua yang pernah berkongsi rezeki dengan saya.
"Jika kita tidak mampu menghitung nikmat yang Allah beri, sekurang-kurangnya janganlah kita berhenti mensyukurinya."


