Followers

Rabu, 7 Mac 2012

kepada SAHABAT


Mungkin aku bukan kawan yang terbaik untuk dia. Mungkin ada sesuatu yang ada pada aku tidak kena dengan matanya. Mungkin ada sesuatu perasaan yang disembunyikan, yang tidak dapat diterjemahkan oleh diriku. Mungkin juga dia beranggapan bahawa aku telah berubah. Mungkin juga dia merasakan bahawa aku sudah tidak berguna lagi untuknya.

Mungkin juga ada yang lebih baik daripada aku. Mungkin dengan kesalahan ku yang kecil, beliau mahu memutuskan hubungan persahabatan ini.. Terima kasih sahabat kerna pernah jadi kawan saya sepanjang duk kat sini..mekasih jugak sebab banyak bagi tunjuk ajar dan kata2 semangat untuk berjaya..terima kasih..

Segala ilmu, gelak,tawa,makan, minum, harap dihalalkan. semoga awak bertemu sahabat yang lebih baik daripada saya..

Maaf jika ada terguris perasaan atau pernah mengecilkan hati awak. Segala apa yang pernah mengguris, takkan pernah saya simpan dalam hati..

Terima kasih sahabat..



Isnin, 27 Februari 2012

Semester baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, minggu pertama semester 4 telah berjaya diharungi oleh ku..
Walaupun pening mencari kelas di kampus baru, tapi semangat untuk teruskan pelajaran masih membara untuk meningkatkan lagi pengetahuan yang kurang pada diriku..
Semoga Allah memberkati segala apa yang dilakukan oleh ku dan sahabat semua..
:)

------------------------------

Kolej Aminuddin Baki, (KAB) UPSI

Alhamdulillah..dengan izin Allah juga, aku dan sahabat dapat bersama lagi di KAB. Sem ni, Housemate dan Roommate berbeza sikit, tapi tetap enjoy sebab dieorang sporting.. ^^
Sem ni sebilik dengan Ainun. Budak ni mmg ada kimia dengan aku.. huhu..


------------------------------

Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Kampus ni memang banyak menguji kesabaran. Masa pertama kali jejakkan tayar bas dalam kampus ni, kiteorang dah mula sesat..hihi..nasib baik pergi awal pagi, takda lah menonong nak pergi cari kelas. Sepatutnya kiteorang berhenti di perhentian pertama, tapi dah terlajak ke perhentian kedua.haha..kena patah balik..nasib baik jarak dia tak begitu jauh..fuhh..

------------------------------

Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI

Dah dekat 2 tahun, tapi kedudukan Fakulti masih tak ingat..hihi.. Pertama kali pergi kelas Geografi Malaysia. Tak tau FSK kat mana, haha, rupanya kat makmal Geografi. Mujur ada kawan nak bertanya. kelastu agak mengerikan, tapi apakan daya, kalau tak belajar, tak tau la pengetahuan baru kan??hihi


-----------------------------

Blok B 304, KAB, UPSI

Fiza, Siah, Ainun, Wani, Anis - ni lah keluarga baru aku..
:)

+Dayah -mudak kecik yang tercicir jauh ke blok C..kesian dia..takpe, sem depan kita mintak sekali yer.. :)

----------------------------



Jumaat, 10 Februari 2012

Happy Birthday SukaSukiSakan (5 tahun)


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday SukaSukiSakan..
Happy Birthday to you...

happy birthday yang ke 5tahun ye,
dah boleh anta masuk tadika dah ni..
hihi
Semoga panjang umur dan bertambah-tambah kandungan kamu ye belog..
^^

Semoga lepas ni tuan kau rajin menulis belog yer..
Shayunk kat kamu belog..
^^
muwah3...