Followers

Khamis, 25 Jun 2026

Rezeki minggu ni

Assalamualaikum sahabat SukaSukiSakan. Moga sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa..

Ngam pula nak buat entry sempena hari gaji ni. Hahaa... Punyalah lama nak tunggu lori gaji masuk akaun. 🀣 Tapi disebalik cerita gaji, ada terselit rezeki yang kadang-kadang tak disangka-sangka. 

Kadang-kadang rezeki ni datang dalam bentuk yang sederhana, tapi cukup buat hati rasa bahagia.

Hari ni konon bawa sushi dan rajin nak masak pengat durian pagi-pagi untuk jamu kawan-kawan. Seronok bila dapat berkongsi dan tengok mereka makan dengan berselera.

Dalam masa yang sama kita kongsi rezeki, Allah juga kirimkan rezeki buat kita melalui orang sekeliling. Minggu ni saja si Aiman belanja air Zus dan 100 PLUS. Syed pula bagi durian sampai 3 bekas besar. Coklat cadbury pula la banyak masuk perut minggu ni.Memang tak putus-putus rezeki. 

Bila difikirkan balik, rezeki bukan sekadar duit dalam akaun. Ada rezeki dalam bentuk makanan, sahabat yang baik, orang yang suka berkongsi, dan saat-saat kecil yang buat kita rasa dihargai.

Alhamdulillah atas segala nikmat. Semoga Allah murahkan rezeki semua yang pernah berkongsi rezeki dengan saya. 

"Jika kita tidak mampu menghitung nikmat yang Allah beri, sekurang-kurangnya janganlah kita berhenti mensyukurinya."



Khamis, 4 Jun 2026

Indah, Jadi apa pun Kau Indah..



Petikan lirik daripada lagu Inteam(Satukan Kami di Syurga) 

 

"Indah, jadi apapun kau, indah."

Ada wanita yang setiap pagi bangun sebelum matahari terbit. Menyediakan sarapan, menguruskan anak-anak, kemudian bergegas ke tempat kerja. Sepanjang hari dia menjadi pekerja yang berdedikasi, pulang pula menyambung tugas sebagai isteri dan ibu tanpa banyak bicara.

Kadang-kadang dia penat.

Kadang-kadang dia menangis sendirian.

Kadang-kadang dia merasakan dirinya tidak cukup sempurna.

Namun, hakikatnya dia sedang melakukan sesuatu yang luar biasa.

Menjadi wanita bekerjaya bukanlah mudah. Menjadi isteri yang baik juga bukan tugas yang ringan. Menjadi ibu pula memerlukan pengorbanan yang tidak pernah ada penghujungnya. Tetapi dalam setiap langkah yang diambil, dalam setiap lelah yang disembunyikan, terserlah satu keindahan yang tidak semua orang mampu lihat.

Keindahan itu bukan pada wajah yang sentiasa tersenyum.

Bukan juga pada pakaian yang sentiasa kemas.

Tetapi pada hati yang terus kuat walaupun diuji.

Pada bahu yang terus memikul tanggungjawab walaupun keletihan.

Pada jiwa yang terus memberi kasih sayang walaupun dirinya sendiri memerlukan perhatian.

Lagu yang mengungkapkan bait "Indah, jadi apapun kau, indah" seolah-olah mengingatkan bahawa nilai seorang wanita tidak ditentukan oleh kesempurnaan. Tidak perlu menjadi yang terbaik dalam segala perkara untuk dianggap berharga.

Sebagai wanita bekerjaya, anda indah.

Sebagai ibu yang sentiasa risaukan anak-anak, anda indah.

Sebagai isteri yang berusaha membahagiakan keluarga, anda indah.

Sebagai wanita yang sedang berjuang dengan pelbagai cabaran kehidupan, anda juga indah.

Teruskan melangkah.

Teruskan menjadi kuat.

Dan jika suatu hari nanti dunia terasa terlalu berat, ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas tidak pernah sia-sia di sisi Allah.

Kerana sesungguhnya, keindahan seorang wanita bukan pada apa yang dimilikinya, tetapi pada kekuatan yang ada dalam dirinya untuk terus bangkit walau berkali-kali diuji.

Rabu, 27 Mei 2026

Taqabbalallahu minna wa minkum

Assalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua followers serta pembaca blog sukasukisakan yang sentiasa ada bersama perjalanan blog ini 

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Semoga setiap pengorbanan, doa dan usaha kita dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar tentang korban, tetapi juga tentang keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan. Dalam sibuk menjalani kehidupan, semoga kita tidak lupa untuk menghargai keluarga, sahabat dan insan-insan yang sentiasa hadir memberi sokongan dalam hidup kita.

Terima kasih buat semua yang sentiasa membaca, meninggalkan komen, berkongsi cerita dan terus menyokong sukasukisakan dari dulu sehingga hari ini. Kehadiran kalian sangat bermakna 🫢🏻

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan hati dan kebahagiaan buat kita semua.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.



Salam kasih,

sukasukisakan 



Selasa, 26 Mei 2026

Pengacau Favourite Cikgu

 

Kadang-kadang, dalam ramai-ramai murid yang kita jumpa setiap tahun… akan ada seorang dua yang memang melekat dalam ingatan.

Aiman

Sekarang dah Tingkatan 4. Tapi saya kenal dia sejak Tingkatan 2 lagi, masa saya jadi guru kelas dia. Lepas tu sambung pula jadi guru kelas masa Tingkatan 3. Memang “rezeki” jumpa muka yang sama dua tahun berturut-turut 🀣

Aiman ni jenis suka mengacau dalam diam..Ada saja benda dia nak usik. Kadang-kadang nampak saya lalu dekat koridor pun sempat lagi menyakat. Tapi dalam banyak-banyak perangai dia tu, dia sebenarnya budak yang baik. Jenis yang aktif, ceria dan suka ambil tahu pasal cikgu-cikgu dia.

Yang paling tak boleh blah… blog saya pun dia stalk sekali 😭🀣
Kadang tertanya juga, “Eh budak ni tak ada kerja lain ke?” Hahaha. Tapi biasalah budak-budak sekarang, lagi kita tak bagi tahu, lagi dia nak tahu.

Kalau nak ikutkan… bukan Aiman seorang saja yang suka menyakat cikgu-cikgu🀣

Ada lagi dua orang “partner in crime” dia, si Firas dan Iman.

Tiga-tiga ni memang kalau nampak saya, ada saja benda nak mengusik. Kadang saya pun tak faham macam mana depa boleh ada idea nak menyakat cikgu setiap hari 😭🀣

Tapi dalam dok mengusik tu, depa lah antara murid yang banyak tolong saya dekat sekolah. Kalau ada kerja nak kena angkat barang, susun tempat program, tolong panggil murid atau apa-apa saja… mesti muka depa juga yang muncul dulu.

Seronok sebenarnya bila tengok budak yang dulu suka main-main, sekarang dah makin matang. Dah pegang tanggungjawab jadi pengawas sekolah. Walaupun perangai mengusik dia tu tak hilang sepenuhnya πŸ˜†

Benda macam ni yang buat jadi cikgu rasa seronok. Kita tengok sendiri proses mereka membesar depan mata kita. Dari budak Tingkatan 2 yang suka buat lawak, sekarang dah jadi abang pengawas sekolah.

Bila fikir balik, mungkin sebab tu saya senang ingat murid-murid macam ni. Bukan sebab depa sempurna pun… tapi sebab depa hadir dengan macam-macam warna dalam hari-hari dekat sekolah.

Ada hari depa buat saya pening.

Ada hari depa buat saya gelak tak berhenti.

Dan ada hari, depa diam-diam mudahkan urusan saya tanpa banyak cakap. 

Itulah Firas, Aiman dan Iman.

Budak-budak yang kuat menyakat… tapi banyak meninggalkan kenangan. 

Sampai satu tahap… siap ada group WhatsApp dengan depa sekali 🀣

Kadang saya pun tak tahu macam mana boleh “terjebak” hahaha. Tapi biasalah, bila dah selalu jumpa dekat sekolah, selalu menyakat, selalu tolong cikgu sana sini… akhirnya jadi rapat macam tu lah.

Group tu pula memang tak pernah sunyi. Ada saja benda nak dihantar. Meme entah apa-apa lah, sticker pelik-peliklah,link tiktok budak sekolah yang pelik-pelik. Si Iman la sumber sticker kucing pelik-pelik dan link tiktok budak Maha. 🀣

Tapi saya percaya, hubungan macam ni yang buat sekolah jadi lebih daripada sekadar tempat belajar dan mengajar. Ada kenangan, ada gelak tawa, ada manusia-manusia kecil yang perlahan-lahan membesar depan mata kita. Walaupun depa ni kuat menyakat, sebenarnya depa antara murid yang buat hari-hari dekat sekolah jadi lebih ringan. Penat tu tetap ada… tapi bila teringat perangai depa, mesti tergelak sendiri. 



Cuba teka yang mana mereka... 


Isnin, 25 Mei 2026

Sekolah Itu Penat, Tapi Saya Rindu

 Assalamualaikum semua...

Wahhhh... Lama rasanya tak menulis blog.. Rasa otak ni macam dah tepu dah, tak tahu nak tulis apa. 🀣🀣


Meh tolong lap sikit debu-debu dalam blog ni..


Bermula sudah cuti sekolah...

Bila cuti macam ni, barulah terasa betapa penatnya beberapa bulan kebelakangan ni. Bangun awal pagi, kejar masa, siapkan kerja, masuk kelas, urus program, hadap macam-macam ragam murid. Ada hari balik rumah terus “tewas” atas katil tanpa sempat fikir apa-apa dah. πŸ˜†

Kadang-kadang kita rasa penat sangat dengan sekolah. Penat dengan jadual yang padat, penat dengan kerja yang tak pernah habis, penat nak jadi kuat setiap hari. Sampai ada masa terdetik dalam hati, “Bestnya kalau boleh cuti lama sikit...”

Tapi lucu kan…
Bila betul-betul cuti, mula rindu pula. 

Rindu bunyi bising dalam kelas.
Rindu murid datang bilik guru semata-mata nak menyakat.
Rindu suasana pagi dekat pagar sekolah.
Rindu nak marah-marah manja suruh siapkan kerja sekolah. 🀣

Kadang sekolah ni memang penat… tapi dalam diam, sekolah jugalah yang banyak isi hidup kita dengan cerita dan kenangan.

Mungkin sebab tu, walau penat macam mana pun, kita tetap datang lagi esoknya.

Entahlah… mungkin hati seorang guru memang macam tu. 😊

------------

Minggu lepas pula, selesai sudah Sambutan Hari Guru di sekolah.

Penat? Mestilah penat. Penyelaras Program kot. 🀣

Dengan persiapan program, sukaneka, cari pakaian tema, hadiah, uruskan makanan, gelak tawa, riuh satu sekolah… memang meriah habis. Tapi dalam penat tu, ada rasa bahagia yang susah nak diceritakan.

Kadang-kadang bukan sebab sambutan besar mana pun yang buat hati tersentuh. Tapi benda-benda kecil.

Ucapan ringkas daripada murid.

Kad kecil yang ditulis tak berapa nak cantik tapi penuh ikhlas.

Atau bila ada murid datang cakap,

“Cikgu, terima kasih sebab ajar saya.”

Simple… tapi cukup buat hati lembut sendiri. 🀍

Bila dah habis semua, barulah terasa sunyi sikit sekolah tu. Macam baru semalam kecoh satu sekolah pakai tema macam-macam, bergambar sana sini, gelak sampai hilang suara 🀣

Itulah sekolah.

Kadang-kadang penat sampai rasa nak cuti lama. Tapi bila momen tu berlalu, kita jadi orang pertama yang rindu suasana tu semula.



Terima kasih anak-anak atas ingatan tulus ikhlas. 

Ahad, 17 Januari 2021

Ciuman terakhir buatmu


17.1.2020. Genap 4 tahun pemergiannya..

Alhamdulillah, 4 tahun lalu, aku boleh mencium dahinya buat kali terakhir. Terbaca di laman sosial tentang kematian yang berkaitan dengan covid19,anak- anak tidak berpeluang untuk menguruskan jenazah,apatah lagi mencium jenazah. Hanya mampu melihat dari jauh.

Ada hikmah semua ni terjadi. Jika dia masih ada didunia ni, mesti dia antara orang yang paling risau dan paling sibuk kesana kesini untuk memerah keringatnya untuk keluarga. Arwah merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti covid19,dan kami anak beranaklah yang paling takut nak benarkan dia keluar kesana kesini.



Moga Allah tempatkan Zulkifli bin Abd Aziz dalam kalangan orang yang beriman.



Nyahlah segala wabak dari muka bumi. Sesungguhnya Dia adalah pemilik alam ini dan setiap penyakit yang diturunkan pasti diiringi dengan penawarnya.








Jumaat, 25 Disember 2020

Auni Izzah Mohd Yazid


Assalamualaikum.

Lama rasanya tak kongsi cerita disini. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Tapi apakan daya; masa dan keadaan sangat-sangat terhad. 

Kekok rasanya nak mulakan kembali penulisan. Terlalu lama menyepi.

Harini (25.12.2020) ulang tahun kelahiran Auni yang ketiga.. Alhamdulillah, dah besar anak ibu. Masih segar dalam ingatan liku-liku sepanjang ibu kandungkan kakak. Tak perlu untuk ibu kongsi disini. Biarlah ibu saja yang tahu. 

Ibu doakan semoga kakak menjadi anak yang baik,solehah, mendengar kata dan dipermudahkan oleh Allah perjalanan hidup kakak. 

*************

Berlarilah anakku,
Bermainlah anakku,
Menangislah anakku,
Ketawalah anakku,
Senyumlah anakku.

Suatu hari,
Aku pasti rindu;
Gadis kecilku,
Gadis comelku.

Terima kasih ; buah hati ku,
Telah mengajarku,
Perjalanan penuh erti.


Ibumu,
Dungun
[25.12.2020]

Selasa, 22 Disember 2015

DIY Kad Jemputan dan Cara Cetak

Assalamualaikum..

Haaa, tiba masa rajin, rajin pulak duk mengupdate blog ni..hahaha

Seperti yang dijanjikan, entry kali ni, Aiza nak kongsikan cara-cara nak buat dan print kad jemputan sendiri. Tak kisah la jemputan kawen ka, jemputan makan malam ka, jemputan apa-apa je la yang korang rasa sesuai.. huhuhhuu. Tapi perkongsian ni takdelah secara step-by-step sangat. Mana tau, boleh menyumbang sikit-sikit idea untuk jimatkan majlis korang nanti..

Nak buat kad ni kena banyak bersabar, nak-nak kalau citarasa kita ni melambung tinggi. hahaha...disebabkan Aiza suka yang simple-simple, jadi, terdesignlah kad jemputan yang simple mimple ni...

Bagi sape yang mahir guna Adobe Photoshop ni, memang kire anugerahlah buat dia..hahaha... Yang masih terkial-kial macam Aiza ni, mau makan masa gak duk kelebek benda alah ni...

orite..

Langkah Pertama

Buka software Adobe Photoshop anda, (Aiza guna CS8) 

1. tekan File - New (Ctrl+N)
2. Masukkan saiz dan resolution.. (Aiza buat 9x4inches dan 300 pixcel/inch)



3. masukkan gambar apa yang korang berkenan, then tulis perihal kad anda, nama pasangan,tarikh



4. Kemudian lepas siap semua, save hasil kerja anda, jangan biar pisang berbuah dua kali..ahhahaa... (takot laptop terpadam weh). Kemudian save as web bila anda dah betol-betol confirm dengan hasil kerja anda.



5. Ulang langkah 1-4 untuk membuat bahagian belakang kad anda pula.. Peta tu Aiza cadang lukis kat paint dulu, kemudian baru edit kat PS.




Langkah Kedua

1. Buka Microsoft Excel
2. Tarik margin kasi 0.00 inches.Kira masa print nanti, margin tu tak ada, terus keluar kad kita print nanti.





3. Masukkan kad yang dah siap tu, Aiza buat dalam sekeping A4, boleh muat 3 keping kad.
4. Adjust jarak antara kad 1, kad 2 dan kad 3.


Ni kad belah Aiza..heheh

Ni pula, kad belah yazid
5. Tadaaaa.... Siap untuk di print. Mula-mula print page satu dulu tau, bila dakwat dah kering kat kertas tu, baru terbalikkan dan print page 2 pulak...


Aiza beli hat ni, tapi better ambik hat Gloss tu, matt manja sikit..hihihih...

print out.. :D
Keringkan dia.. :D

Ha, lebih kurang mcm ni la jadinya. tapi ni guna A4 biasa je. awal2 nak test...dah siap lupa nak buh gamba dalam laptop..hihih
Orite, sekian saja perkongsian Aiza pada kali ni, nak tunggu next entry, tak tahu la bila..hahaha... nak hujung-hujung tahun baru ada roh nak update, kalau tak, hemmm, kelaut..hihihi

Orite, Assalamualaikum...


*kredit kat tuan punya gamba cumel tu, aiza tukaq warna baju depa ja..hihii



Khamis, 17 Disember 2015

[260715] One Step Closer

Assalamualaikum.. Ha, tudia, berkurun lama dah tak menulis ha. bizi memanjang.. Takda masa nak update blog.. Sian ang blog. hahaha.

Niha, tadi nak login pun satu hal, setelah bertarung dengan beberapa password, akhirnya berjaya jugak login..hihihi...lupa weii...lama tak bukak...

Ok.nak crita la sikit pasai cerita lama ni..Hmmm...

Alhamdulilah. Dah hampir 5 bulan dah bergelar ex-girlfriend kepada Encik Yazid..Hahahahaha.. Jadi ex-girlfriend pon seronok? Haruslah, Sebab sekarang dah jadi Cik Tunang dah. kikikiki.


26.07.2015

Alkisahnya, sebulan sebelum majlis, si Yazid ni excident la pulak. Patah habis tulang hat ada.. Masa tu kenduri kawen Azim. elok ja dia hantar gambar tengah telentang kaki bersimen, pakai baju hospital (dah pulangkan ke belum ntah baju tu)..Kita pun ingat nak tunda la majlis, tapi dia gagahkan jugak diri untuk sihat..hahaha... 2 bulan woo MC... cendekey betol..:P

Majlis kami buat,simple ja, Tak jemput ramai orang pun, cuma adik beradik ayah dan ibu ja yang tau.. Tapi disebabkan kami buat hari ahad (terengganu dah mula kerja), tak dapatlah mereka datang.. Family Yazid pun kebetulan datang Terengganu untuk majlis Perkahwinan sedara mereka, jadi kami decide untuk sekali jalan ja la. Majlis pun sempoi ja. Tak banyak yang dibincangkan sebab kami dah bincang dah antara kami dua nak buat mcm mana. Kenduri kawen nanti pun insyaAllah, simple ja..

Kebanyakannya buat sendiri. dari hantaran sampai ke makanan. Mekaseh kepada penyeponser. hehehe.. Terima kasih juga kepada Ibu, Ayah, adik beradik, abg ipar.. Terima kasih lagi pada makcik2,paksedara yg sudi mai tolong sepanjang hari kejadian. Tak lupa BFF mai dari jauh nuh, semata-mata nak tengok buddy dia jadi exGf org.. hahahah

Ha,ni kat bawah ni, gambar yang sempat disnap pada hari kejadian. Hantaran, Alhamdulillah,dapat siapkan dengan hasil tangan sendiri, bunga pun buat sendiri tau. hahaha. simple2 ja.. Rasanya mcm tak bayar lagi duit beli kertas kat akak. hahaha. kire halal ye kak? :D



Kitkat Rubies.. dapat free gift beg, tapi aiza rembat..hihihi


Penyu bertelur silver..hihihi



Hantaran dari pihak lelaki












InsyaAllah, Tak lama lagi Aiza nak menikah dah. Ampa semua jangan kecewa nah? hahahaha (bajet2 ramai peminat).

Kad pun dah siap dah.. Tu pun buat sendiri gak. hahaha. Nanti next entry,insyaAllah aiza share cara nak print kad sendiri.

Doakan la semoga Masjid yang bakal kami bina ni dipermudahkan oleh Allah dan majlis dapat berjalan dengan lancar.. Amin..

Khamis, 10 September 2015

Tragedi 1 Mei

TRAGEDI 1 MEI

Gambar Hiasan
1 Mei 2015
8:25 pagi

'Abang, duduk sarapan dulu, sayang buat bihun yang abang suka'

'Awak makanlah, saya pegi keja dulu' Jawab Amir sambil berjalan membetulkan kolar bajunya

'Kejap bang, sayang tapau untuk abang' sambil berlari-lari anak ke dapur untuk mengambil bekas.

'Eh, tak payah.nanti balik saya makan' Si suami berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal dan ucapan selamat hari lahir buat isterinya.

'Erm, dia lupa lagi ke?'

*********

Si isteri hanya melihat si suami berjalan melintas jalan menuju ke tempat mencari rezeki iaitu di sebuah bengkel kereta yang letaknya hanya diseberang jalan dan menghadap rumah mereka.

Si isteri meletakkan bihun Singapore ke dalam tuppaware dan menulis sedikit nota diatasnya.
'Buat suamiku tersayang'

Lalu si isteri berjalan menyeberangi jalan dan meletakkan bekal untk suaminya di atas bonet kereta pelanggan suaminya.

Laju si isteri menaip pesanan di whatsapp.
'abg, syg ada letak bihun kesukaan abang kat luar, nanti makan ya.jgan biar perut kosong'.

'Bibb.bibb..'
Si suami membaca pesanan tersebut lalu menjenguk keluar dan melihat si isteri melintas untk balik ke rumah. Si suami berjalan keluar untk mengambil bekal tersebut. Sambil tersenyum, dia masuk ke dalam bengkel.

'Hai bos, apa tu?'
'Ni ha,birthday girl hantar bihun. Aku saja ja tak nak susahkan dia harini,malam nanti ingat nak ajak dia makan malam kat luar.'

'Ai,buat2 lupa lagi ka bos? Tiap2 taun asyik menyakat ja.tak takot ka nanti akak merajuk?'

'Isk, aku kenal dia mcm mana, kejap je rajuknya, dah dapat suprise,hilang la rajuknya,hahahaha'


*******

'Bibb..Bibb'

'Abang sayang nak keluar ke bandar, nak beli barang sikit' 
'Ok'  balas si suami

'Cantekk..! Hadi,tolong aku kemas ruang dapur belakang tu, aku nak buat suprise kat bengkel je la, rare sikit.' pinta Amir sambil meninjau kelibat isterinya yang baru menghidupkan enjin skuter.

'Aish,mintak2 menjadi kali ni. Pukul 11:59 mlm baru nak wish guna candle light dinner dgan pizza ada lilin. hewhewhew' Amir mula berimaginasi.


*****

'Isk, kenapa Amir selalu buat-buat lupa pasal tarikh lahir aku? Dia saja nak kenakan aku lagi ka? Hmmm, walaupun aku dah tau trick dia, tapi perasaan sedih tetap ada. Amir ni nak kena la.' Sarah bermonolog sendiri.

Walaupun hari ini adalah hari lahir Sarah,tapi  Sarah ada kejutan buat suaminya. Dia ingin menunjukkan ujian kehamilannya pada Amir.

‘Ha, rasanya mcm ada satu idea la.kehkehkeh.' Sarah tersenyum puas.


*******

 'KringKrongKringKrong'
*bunyi telefon Amir*

'Assalamualaikum, ya Sarah, ada apa?'

'Waalaikumussalam, encik kenal dengan pemilik telefon ni?' soal si pemanggil.

'Eh,ni number isteri saya, sapa ni? Mana Sarah?' Amir mulai cemas.

'Encik boleh datang tepi tasik belakang pokok getah ni tak?Encik tegok sendiri keadaan isteri encik. Assalamualaikum.' Si pemanggil terus menekan butang merah diskrin.

'Hello.Hello. Hadi, tolong tengokkan bengkel' Amir semakin cemas lalu bergegas keluar ke tempat yang dikatakan.


*****

'Ya Allah sayang, sayang kenapa?apa dah jadi dengan sayang? Sayang ok?' Soal Amir bertubi-tubi sambil membelek wajah dan anggota bdan isterinya.

'Sarah tak apa-apa la abang. Sarah ok. Meh duduk sini abang. Sayang ada beli kek kat kedai depan tu tadi. Sayang beli sepotong, kita kongsi eh?' Omel Sarah tanpa ada perasaan bersalah.

'Sarah, apa yang sarah buat ni? Abang risau tau. Ntah sapa2 yang guna phone sarah tadi kol abang, abang ingat apa dah terjadi kat Sarah.. Abang risau tau?' marah amir.

'Abang jangan la marah-marah, ni kek yang abang suka. Meh sayang suap eh?' pujuk Sarah.

'Erm, sedap. Kenapa beli kek? Birthday abang lambat lagi. Takkan birthday sayang kot?' Soal Amir sambil tergelak didalam hati.

'Abang memang tak ingat eh arini hari apa?' Soal Sarah

'Ingat, hari rabu kan?'

'Takpa lah, abang lupa la tu. Tapi takpa la, mungkin lepas ni abang akan ingat tarikh ni tiap-tiap tahun' jawab Sarah dengan lemah.

'Hari apa ek?Abang lupa la' Bohong Amir lagi. 'Kenapa tiap-tiap tahun abang akan ingat tarikh ni?' Soal Amir lagi.

'Sebab ni' Sarah mengeluarkan sebuah kotak kecil yang bereben dan di tolak hampir kearah Amir.

'Sarah balik dulu ya bang. Nak balik masak.. Abang simpan benda tu elok-elok. Assalamualaikum.'

Sarah berlalu pergi meninggalkan Amir yang terpinga melihat kotak diatas meja ditepi tasik itu.

Amir membuka kotak tersebut,

'YaAllah, ni pregnancy test . Isteri aku mengandung ya Allah. Terima kasih ya Allah.' Amir melonjak kegembiraan.. Dia berlari menuju keretanya dan memecut untk segera sampai ke rumah.

Kegembiraan yang dirasai Amir mampu untuk membuatkan dia tersenyum sepanjang perjalanan pulangnya.. Namun, senyumannya bertukar cemas apa bila dia terlihat skuter pink milik isterinya tersadai dibahu jalan dan kelihatan ramai yang berkerumun disitu.

'YaAllah,Sarah!'

Amir bergegas keluar dari kereta, dan terus melulu menerjah tubuh longlai Sarah.

'Sayang,bangun sayang. Abang ni. Bangun sayang. Abang mintak maaf,salah abang. Abang takda niat nak buat sayang sedih. Abang ingat tarikh lahir sayang.Abang tak pernah lupa. Sikit pun tak sayang. Abang mintak maaf. Bangun sayang, abang ada kejutan untuk sayang kat bengkel kita. Please sayang, bangun.'

Sarah menggerakkan  tangannya mengusap pipi Amir.

'Takpa bang, kalau abang tak ingat tarikh lahir sayang, mungkin abang boleh ingat tarikh sayang pergi' Sarah bercakap dalam nada yang perlahan sambil menahan sakit.

'Tak sayang, jangan cakap macam tu. Abang mintak maaf' Rayu Amir sambil memegang tangan Sarah yang masih melekat dipipinya.

Tidak lama, tangan Sarah yang memegang pipi Amir, jatuh dan terkulai layu.

"Saraahhhhhhhhhhhhhhhhh" Amir menjerit sekuat hati sambil memeluk tubuh layu Sarah.

******

1 Mei 2016
12:00am

'Sarah,hari ni 1 mei. hari lahir Sarah. Abangingat tau. Abang tak pernah lupa. Selamat hari lahir Sayang. Abang saaaaaaayang Sarah.Kalaulah sarah ada kat sebelah abang sekarang.' Amir mengucup gambar Sarah sambil sebelah tangan memegang stering kereta untuk menuju ke bandar.

'Eh encik, kenapa lambat sangat? Cepat masuk isteri encik nak bersalin dah ni.'

Tepat pukul 12:45 pagi, Sarah selamat melahirkan anak sulung mereka. Ini adalah kehamilan yang kedua bagi Sarah selepas kandungannya tahun lepas gugur akibat kemalangan.

'Selamat Hari Lahir Sayang. Selamat lahir kedunia juga untuk anak ayah. Ayah sayang kamu berdua. Terima kasih sayang.'

Kini, wujud dua perkara terpenting buat diri Amir dalam satu tarikh yang sama..
1 mei 2015 masih terpahat dalam ingatan Amir dan menjadi pengajaran buat dirinya buat selamanya..


*Moral of the story : Jangan ambil ringan semua perkara yang remeh..hewhewhew... :D
SEKIAN....

By: SukaSukisakan



Ahad, 29 Mac 2015

Iman Sofea #8

BAB 8

             “Assalamualaikum” Iman Sofea meleretkan senyuman kepada penghuni didalam rumah tersebut.

             “Waalaikumussalam” Jawab beberapa penghuni yang sedang bekumpul di meja makan.

             Iman Sofea dan Puan Zanariah bersalaman dengan penghuni hostel tersebut. “Saya Iman Sofea, penghuni baru rumah ni. Ni Umi saya.” Sambil menunjukkan uminya kepada kenalan barunya.

             “Apa khabar makcik?” Sapa anak-anak remaja tesebut yang menjadi housemate Iman Sofea dengan senyuman yang manis dan sopan.

             “Alhamdulillah, sihat-sihat je. Yang tudung putih ni nama ape?” Soal Puan Zanariah.

             “Saya Humayraa makcik, yang tudung coklat tu Anina dan yang tudung pink tu, Zahra” Jawab Humayraa.

“Kami baru je kenal makcik. Lagipun, duduk serumah mesti tahu nama housemate.” Jelas Anina iaitu nama sebenarnya Nur Aniyah Aina dengan sopan.

“Betul tu. Duduk serumah ibarat satu keluarga. Kena ambil berat pasal kawan, tak gaduh, jaga hati kawan, ermmm…macam-macam la kena ambik tahu. Yang penting, saling jaga antara satu sama lain” Terang Puan Zanariah.

             Iman Sofea ditempatkan bersama seorang teman barunya Nur Zahra Alya yang merupakan coursematenya juga.

             “Wahh…bestnya…dahla satu rumah, lepastu satu bilik, tetibe je tau satu course. Sukenyeeee. Nanti adalah kawan nak pegi kuliah nanti.” Wajah Iman Sofea terpancar keceriaan setelah mendapat tahu Zahra Alya juga adalah coursematenya.

             “Isk awak ni Iman, tak boleh langsung hidup sorang-sorang, Zahra, tolong tengok-tengokan anak Umi ni ya, kalau dia nakal, nasihat dia sikit. Kalau tak boleh nasihat, call je Umi, tau la umi nak ajar si Iman ni.” Seloroh Puan Zanariah sambil mencuit hidung Iman dan diperhatikan oleh Zahra.

             “Ermm, bestnya ada Umi” gertu hati Zahra. Nur Zahra Alya merupakan anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun. Ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa menghantar abangnya untuk melaporkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Akibat dari kemalangan itu juga, Zahra turut kehilangan abang kesayangannya, Zahid Arief.

             Zahra membesar bersama ibu saudaranya Puan Anum yang merupakan guru sekolah Menengan di Terengganu. Zahra bercita-cita untuk mengikut jejak langkah Puan Anum untuk menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah, cita-citanya bakal tercapai suatu hari nanti.

Ahad, 28 Disember 2014

#01 Video

*tatit ekk?? meh kite tiup..fuhhh...fuhhhh..*

Isnin, 17 November 2014

All Of Me



'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you,

JohnLegend-AllOfMe

Ahad, 16 November 2014

Senja Dan Sepi



Aku melihat,
Senja kian menjauh,
Dalam gegas yang begitu giras,
Menjemput malam bersama cerita
yang belum habis kita bahas..

Jika laut tak lagi mengirimkan puisi senja,
Katakan pada langit agar menurunkan hujan,
Agar rindu tak kehausan..

Malam membentangkan sayapnya,
Termangu menunggu hujan,
Berharap luka tak lagi datang bertandang
Diantara sunyi yang diam..

Jumaat, 14 November 2014

Cinta Mahabbah



Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan

******

Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.


C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).

Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.

Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah ‘syirik’ iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.

Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali’ Imran  ayat 31.

” Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa, ‘Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.

Selanjutnya Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah SAW , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya.

Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya mencintaiNya dan mencintai apa yang dicintai olehNya.

Wallahua'lam..



Rabu, 12 November 2014

Biiznillah




“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

Selasa, 2 September 2014

Semanis Teh Susu



“Ish, geram betul la duduk dalam rumah ni! Bersepah-sepah ja. Kalau rumah ikhwan tak kata la. Tapi, ni rumah akhawat. Macam sarang tikus ja,” bebel Aufa sambil tangannya ligat mengemas meja makan di ruang tamu.

“Kenapa tu Aufa? Tak baik tau mengungkit-ungkit ni. Kalau tak puas hati, pergi cakap terus kat orang tu. Jangan cakap belakang, OK?” tegur Balqis dalam nada yang lembut. Suasana sepi seketika. Masing-masing memikirkan masalah sendiri.

“Ye la …asyik nak minum teh susu ja, pastu, malas basuh. Nampak sangat ni kerja sapa…” ujar Aufa lagi masih tidak mahu mengalah.

“Aufa, sudah-sudah, Kak Balqis tak nak dengar lagi Aufa cakap macam tu. Kita kan duduk satu rumah, dah ibarat macam satu keluarga dah. Yang Aufa marah tadi tu ibarat adik-beradik Aufa sendiri tau. Aufa sanggup dengar tak kalau ada orang mengata adik-beradik Aufa sendiri? Aufa, kita duduk serumah ni, kita kena banyak bersabar dan mengalah tau. Aufa faham, kan, maksud kak Balqis ni?”

Nasihat Balqis sampai ke hati Aufa, membuatkan lidahnya kelu tidak terkata. Barangkali, Aufa sedang memikirkan kebenaran kata-kata Balqis.

Balqis memerhati gelagat Aufa yang dari tadi masih mengemas seluruh ruang tamu rumah. Pergerakannya selincah mulutnya juga. Sambil menggeleng kepala, Balqis tersenyum nipis. Macam-macam gelagat manusia rupanya. Tanpa berkira, Balqis turut membantu Aufa mengemas.

*************

“Adik-beradik semua, jom makan! Sarapan dulu tau sebelum keluar rumah,” seperti biasa, Husna memekik memanggil ahli rumahnya makan. Suaranya yang lantang boleh membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur. Memang kebiasaan setiap pagi, Husna menyiapkan sarapan, kemudian, mengajak semua ahli rumahnya makan bersama. BERJAMA’AH.

Husna memang seorang yang tegas. Dan juga, amat mementingkan soal kesihatan. Dia sangat mengutamakan sarapan pagi dan sanggup menyiapkan sarapan setiap pagi. Satu lagi, Husna ni memang pantang kalau ada sesiapa yang pergi kelas atau keluar rumah sebelum sarapan.

“Ala, asyik-asyik teh susu ja. Laila dah la tak berapa suka minum susu. Esok buat la air lain pulak,” komen Laila dengan selamba. Semua mata memandangnya tepat. Diam.

“Laila, Alhamdulillah tau sebab kita dapat juga makan dan minum. Kita kena banyak bersyukur,” kata-kata Balqis seperti seorang ibu yang sedang menasihatkan anak, membuatkan semua orang tertunduk. Akur dan patuh.

Balqis yang sudah dianggap seperti kakak dan juga tempat bergantung sentiasa menegur dan menasihatkan salah silap mereka. Kata-katanya juga sangat berhikmah dan penuh dengan kelembutan serta kasih-sayang. Sememangnya faktor umur Balqis yang lebih tua setahun daripada mereka semua membuatkan mereka amat menghormatinya.

“Kalau tak suka minum teh susu, lain kali bangun tidur awal sikit. Pastu, buat la air sendiri. Banyak songeh pulak. Orang dah tolong buatkan ni, berterima kasih je lah,” perli Aufa dengan lancangnya. Sengaja hendak menyedarkan Laila. Sedikit sebanyak, marah yang dia simpan untuk Laila terhambur keluar juga.

Ruang meja makan menjadi sayu seketika. Aufa dan Laila memang ada berlaga angin sikit. Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena.

“Ok, terima kasih Husna, sebab dah buat teh susu yang sedap ni,” Elya cuba untuk menceriakan suasana dengan senda guraunya. Dia memang periang dengan sifatnya yang manja membuatkan semua jatuh sayang. Padanlah, umurnya juga paling muda antara semuanya. Aufa, Husna, Laila, dan Elya sebaya, tapi, Elya yang muda sebab dia lahir pada bulan November lewat beberapa bulan daripada yang lain.

Memang tidak dapat dinafikan yang mereka semua sebenarnya suka minum teh susu. Walaupun awal-awal perkenalan mereka dulu ada yang tidak berapa suka, tapi hakikatnya dah suka pun. Cuma masih tidak mahu mengatakan kesukaan itu lagi. EGO.

************

“Kenapa pagi ni takdak teh susu?” Laila tertanya-tanya sendiri kehairanan. Dia terus duduk di kerusi di meja makan.

Sambil menatang dulang, Aufa yang keluar dari dapur berjalan menuju ke meja makan dan berkata, “Ni dia teh susu buatan tangan Aufa. Tapi, tak la sesedap yang Husna buat.” Aufa seakan memahami apa yang tersirat dalam hati sahabatnya, Laila.

Pagi itu, walaupun mentari sudah menjengah menampakkan dirinya, ada lagi yang masih enak diulit mimpi. Sudah menjadi kebiasaan mereka tidur selepas Subuh. Mungkin disebabkan malam yang pendek pada musim panas seperti ini, waktu tidur tidak mencukupi.

“Eee, tak sedap la. Tak manis sangat, pastu, tak pekat macam Husna selalu buat,” komen Laila membuatkan Aufa terdiam. Benar-benar menggores hati lembutnya.

“Laila ni kan tak reti nak bersyukur langsung. Bila orang dah buat dia nak komen pulak, bila orang tak buat dia nak ungkit itu la ini la. Kalau nak ikut selera sendiri, pegi la buat sendiri,” akhirnya larva gunung berapi meletus juga daripada mulut Aufa. Sudah lama dia bengang dengan sikap Laila yang tidak pernah hendak bersyukur.

Dengan hati yang sebal, Aufa terus melangkah masuk ke dalam bilik, meninggalkan Laila yang masih terkaku dan terpaku di meja makan.
**********

“Aufa, kenapa ni? Dari tadi lagi kak Balqis tengok masam je muka tu?” tanya Balqis dengan prihatin dan penuh kasih sayang.

“Huk, huk, huk …sedih. Hukhuk…” sayu suara Aufa. Balqis memeluk bahu Aufa yang duduk di sebelahnya di atas katil dan cuba menenangkannya. “Cuba cerita…” bisik Balqis ke telinga Aufa dengan penuh kelembutan.

“Aufa geram sangat dekat Laila tu. Dia selalu je kata orang pastu komen macam-macam. Apa dia ingat dia tu betul sangat la. Menyampah tau,” beritahu Aufa dengan penuh emosi.

Balqis membetulkan kedudukannya. Dia menghadap ke arah Aufa agar mereka saling bertentangan. Dia memandang sayu wajah Aufa. Penuh pengertian. Sudah hampir tujuh bulan mereka tinggal bersama,dia seolah sudah memahami perangai setiap seorang daripada mereka.

Otaknya cuba berfikir bagaimana cara terbaik untuk menenangkan Aufa. “Aufa ingat lagi tak tentang hadis Rasulullah..yang mana pada suatu hari tu, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Lalu dia berkata kepada Baginda, “Berikan aku nasihat,” Baginda terus bersabda, “Janganlah kamu marah”. Lelaki itu terus mengulangi permintaannya dan Baginda tetap menjawab, “Janganlah kamu marah”. Sekali lagi dia menuntut persoalan yang sama dan Baginda tetap berkata:”Janganlah kamu marah”. Tiga kali baginda mengucapkan “Janganlah kamu marah” lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kemarahan adalah bara api yang dicampakkan oleh syaitan ke dalam hati Bani Adam…”

Balqis menarik nafas sebelum menyambung kembali butir katanya, “Kak Balqis rasa hadis ni dah cukup untuk Aufa kaji dan muhasabah kembali perbuatan kita.”

Balqis menggenggam erat tangan mulus Aufa, sambil tersenyum. “Kak Balqis tahu Aufa seorang yang kuat dan tabah. Jangan terlalu ikut emosi tau. Aufa cuba fikir dulu sebelum buat apa-apa supaya diri kita tidak dipengaruhi oleh syaitan. OK? Kak Balqis tahu Aufa mampu untuk kawal emosi dan banyakkan bersabar ye dik. Moga Allah sentiasa merahmatimu…” nasihat Balqis seolah butiran permata yang dicerna kemas dalam mindanya.

Aufa turut menyedari kesalahannya. Sebelum ini dia hanya meletakkan kesalahan itu pada Laila sahaja. Aufa berjanji dengan dirinya sendiri untuk lebih bersabar dan mencuba untuk mengawal emosinya. ‘Inilah yang dinamakan JIHAD! Kalau mati dikira SYAHID ni’ bisik hati Aufa masih sempat memikirkan matlamat hidupnya itu.

************

Sejak peristiwa antara Aufa dan Laila hari itu, Aufa banyak berdiam diri. BerMUHASABAH. Bimbang dirinya dikuasai emosi.

Manakala Laila pula mula perasankan sesuatu. Bila dia mengkritik tentang sesuatu, semua orang hanya berdiam. Tidak menegur. Tidak pula membalas kata-katanya seperti selalu. Selalunya, si Aufa lah yang kerap membidasnya.

Timbul rasa bersalah dalam dirinya. ‘Aku ada buat orang terasa hati dengan sikap aku ka?’ Laila bertanya dirinya. Dia cuba mengingati peristiwa lalu…

Laila cuba mencari silapnya. Dia sudah mula menyedari kesalahannya yang lalu. Lirik lagu ‘Sebuah Pertemuan’ dendangan kumpulan Nasyid kegemarannya UNIC dihayati. Kenangan-kenangan indah detik pertemuan mereka diimbau…

Ketika diri mencari sinar, Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar, Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu , Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu , Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan…
Kau bisikkan bicara keinsafan, Kau beri kekuatan, Tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan , Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan, Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan, Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran, Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasihMu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga, Mekar tidak pernah layu,
Damainya hati , Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini, Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya, Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai, Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti, Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan

************

Suatu pagi, ketika semua orang masih lagi di dalam selimut, Laila terbangun. Dia berasa sunyi sahaja. Tetapi, hatinya berbunga-bunga bila difikirkan perancangannya sebelum tidur semalam. Hari ini dia rasa bersemangat untuk melancarkan misinya. Lantas dia bangun dari katil ke bilik air. Yang lain, seperti biasa, sesudah solat Subuh meneruskan kerja ikhlas mereka.

Laila terus menapak ke dapur untuk meneruskan perancangannya. Dia leka membuat sarapan. Setelah siap memasak, dia menghidangnya. Saat itu, terdetik di hatinya, ‘Sedap ka aku masak ni? Macam mana kalau takdak orang nak makan? Aku ni bukannya pandai masak sangat. Redha je lah…’

Laila mengajak semua orang makan. Dadanya berdebar-debar hebat. Takut dikritik sebenarnya. Maklumlah, sebelum ini dia yang mengkritik orang. Dia berharap agar rancangannya menyiapkan sarapan menjadi, sebagai permintaan maaf akan salah silapnya sebelum ini. Takut-takut juga tiada yang mahu memakan masakannya.

“Alhamdulillah, sedapnya. Pandai Laila masak,” puji Balqis walaupun masakan Laila biasa-biasa saja hanya nasi goreng biasa dan air. Sudah tentulah teh susu kegemaran bersama. Laila terasa lega. ‘Tapi, teh susu tu macam mana?’

Laila nampak Elya menuang air ke dalam cawan lalu diminum. “Wah, sedapnya. Lepas ni Laila boleh la ganti Husna buat teh susu pulak ye.”

Laila terharu mendengar komen positif daripada sahabat-sahabatnya. Walaupun hakikatnya rasa teh susu itu tidak dapat menandingi teh susu Husna, mereka semua tetap memujinya.

Laila bertambah sedar akan kelancangannya sebelum ini. Dia juga dapat merasakan bagaimana perasaan sahabat-sahabatnya apabila membuat sesuatu, seperti memasak dengan penat lelah dan bersungguh-sungguh, akhirnya tidak dihargai malah dikritik pula. Pasti sedih dan kecewa rasanya. Laila bersyukur, secara berhikmah Allah menegur sikapnya. Dia juga bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sudah dianggap sebagai adik-beradik yang sangat baik dan penyayang. Walaupun banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, mereka masih sabar dan tidak menyisihkannya. Malah, menegur kesalahannya dengan berhikmah.

Ukhwah mereka bermula dengan ketetapan ALLAH. Bertaut kerana teh susu, Menjadi semakin erat semanis teh susu. Tetap akan segar dalam kenangan bersama teh susu. Moga kekal hingga ke syurga dengan kenikmatan teh susu di syurga.