Followers

Memaparkan catatan dengan label Iman Sofea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iman Sofea. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2015

Iman Sofea #8

BAB 8

             “Assalamualaikum” Iman Sofea meleretkan senyuman kepada penghuni didalam rumah tersebut.

             “Waalaikumussalam” Jawab beberapa penghuni yang sedang bekumpul di meja makan.

             Iman Sofea dan Puan Zanariah bersalaman dengan penghuni hostel tersebut. “Saya Iman Sofea, penghuni baru rumah ni. Ni Umi saya.” Sambil menunjukkan uminya kepada kenalan barunya.

             “Apa khabar makcik?” Sapa anak-anak remaja tesebut yang menjadi housemate Iman Sofea dengan senyuman yang manis dan sopan.

             “Alhamdulillah, sihat-sihat je. Yang tudung putih ni nama ape?” Soal Puan Zanariah.

             “Saya Humayraa makcik, yang tudung coklat tu Anina dan yang tudung pink tu, Zahra” Jawab Humayraa.

“Kami baru je kenal makcik. Lagipun, duduk serumah mesti tahu nama housemate.” Jelas Anina iaitu nama sebenarnya Nur Aniyah Aina dengan sopan.

“Betul tu. Duduk serumah ibarat satu keluarga. Kena ambil berat pasal kawan, tak gaduh, jaga hati kawan, ermmm…macam-macam la kena ambik tahu. Yang penting, saling jaga antara satu sama lain” Terang Puan Zanariah.

             Iman Sofea ditempatkan bersama seorang teman barunya Nur Zahra Alya yang merupakan coursematenya juga.

             “Wahh…bestnya…dahla satu rumah, lepastu satu bilik, tetibe je tau satu course. Sukenyeeee. Nanti adalah kawan nak pegi kuliah nanti.” Wajah Iman Sofea terpancar keceriaan setelah mendapat tahu Zahra Alya juga adalah coursematenya.

             “Isk awak ni Iman, tak boleh langsung hidup sorang-sorang, Zahra, tolong tengok-tengokan anak Umi ni ya, kalau dia nakal, nasihat dia sikit. Kalau tak boleh nasihat, call je Umi, tau la umi nak ajar si Iman ni.” Seloroh Puan Zanariah sambil mencuit hidung Iman dan diperhatikan oleh Zahra.

             “Ermm, bestnya ada Umi” gertu hati Zahra. Nur Zahra Alya merupakan anak yatim piatu sejak berumur 10 tahun. Ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa menghantar abangnya untuk melaporkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Akibat dari kemalangan itu juga, Zahra turut kehilangan abang kesayangannya, Zahid Arief.

             Zahra membesar bersama ibu saudaranya Puan Anum yang merupakan guru sekolah Menengan di Terengganu. Zahra bercita-cita untuk mengikut jejak langkah Puan Anum untuk menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah, cita-citanya bakal tercapai suatu hari nanti.

Khamis, 14 Mac 2013

Iman Sofea #7


BAB 7

“Ok, ni kunci hostel awak. Lepas ni isi borang kunci dan borang baju dalam dewan” Ramah salah seorang Seketeriat Suai Kenal kepada Iman Sofea.

“Terima kasih akak .” Sambil memberikan senyuman kepada Seketeriat tersebut dan Iman sempat menjeling nametag seketeriat tersebut. “Hurm…, Anis Natrah, no wonder la macam pernah tengok”. Lalu Iman tersenyum sendirian sambil menuju ke dalam dewan untuk menyelesaikan pendaftarannya.

Setelah mengambil kunci bilik, dan mengambil barang-barang keperluan semasa Program Suai Kenal, Iman Sofea bergegas menuju ke parkir kereta untuk berjumpa uminya. Sepanjang perjalanan menuju ke parkir, Iman dikejutkan dengan satu suara yang memanggil namanya.

“Nur Iman Sofea binti Haji Mohd Arman!” Sergah suara itu.

Iman Sofea terkejut. Langkahnya segera terhenti dan takut-takut untuk menoleh. Apabila mahu menoleh, bahunya ditepuk dari belakang.

             “Ooohh makcik hang rimau.” Latah Iman Sofea sambil mencuba untuk menumbuk perut gerangan yang memeranjatkan dirinya yang sedia terkejut itu.

“Hahaha, makcik hang yang sebelah sapa rimau cik Iman oi?” gelak Zaharul sambil mengelak tumbukan Iman Sofea.

“Along ni tak habis-habis nak menyakat Iman kan? Along tak da kerja lain ke nak buat? Marah Iman.

Sambil membuat muka comel, Zaharul merenung wajah adiknya yang sedang marah itu. “Ala, Along saja je nak sakat Iman, nak tengok sejauhmana kemelatahan Iman.”

“Sengal la Along ni! Iman report kat Abi, jaga la Along” Sambil membuat muncung yang panjang, Iman memanjangkan langkahnya pergi ke parkir kereta bersebelahan dengan Dewan Zaba.

“Abi... Tengok along ni, dia tak habis-habis nak sakat Iman. Kang Iman balik umah kang, ha baru padan muka UPSI sebab takda budak macam Iman ni.”

“Zaharul, apa yang kamu sakat adik kamu sampai panjang muncung dia ni? Kalau ye pun, tunggu la Abi dengan Umi balik dulu, lepas tu kalau nak sakat, haa, sakat la..” Dr Arman mengenyitkan mata tanda memberikan kebenaran untuk Zaharul menyakat Iman.

“Haha. Along saja je Bi. Ha, ni Iman, lepas ni, balik hostel, rehat cukup-cukup tau. Malam karang ada program dekat Kampus. Mandi awal, nanti berebut bilik air karang, lewat pulak nak makan malam. Ingat tu?” Jelas Zaharul.

“Erm, Yela. Yela. Abi, Umi, jom teman Iman naik hostel. Hehe, banyak la barang Iman ni. Hehe. Please.”

“Yela. Yela. Akmal, tolong Abi angkat bantal-bantal kak Iman naik atas.” Arah Dr. Arman. “Tingkat berapa Iman duduk?” Soal Dr.Arman lagi.

“Erm.. Blok E tingkat 5, Abi” Jawab Iman.

“Wahh. Tinggi tu. Iman. Ha, lepas ni memang kurus la hang Iman. Haha.” Sindir Zaharul

“Dah..Dah, Along, tolong Abi bawak beg Iman naik atas. Along pon perlu exercise jugak tau.” Arah Puan Zanariah.





Rabu, 12 September 2012

Iman Sofea #6



BAB 6

“Cikgu-cikgu, sila beratur berdua-dua ya. Bila dipanggil sila bergerak mengikut arah yang betul. ” Laung seorang Seketeriat Minggu Suai Kenal dengan menggunakan pembesar suara di dewan Kolej Zaba.

“Wah.. belum daftar lagi, dah panggil ‘Cikgu’.. Untungla..” Seloroh Akmal Rakin.

“Haha.. jeles la tu. Nanti Akmal masuk la sini jugak, boleh merasa panggilan cikgu jugak” Jelas Iman sambil menumbuk lembut bahu Akmal.  “Iman pegi beratur dulu ya Umi. Nanti bila dah selesai, kita jumpa dekat kereta ya” Kata Iman kepada Puan Zanariah sambil membawa file dan keperluan untuk mendaftar.

Puan Zanariah mengangguk dan melihat Iman pergi menuju ke dalam barisan yang dibuat sejak tadi. Iman nampak mesra berbual dan bersalaman dengan beberapa orang pelajar yang mendaftar pada hari itu. Iman melihat Puan Zanariah memerhatikannya dan sambil melontarkan senyuman, Iman membuat simbol ‘peace’ kepada Uminya.

“Hai anak aku sorang ni, perangai tak berubah-ubah, macam budak kecik.” Jelas Puan Zanariah didalam hati sambil menggeleng dan tersenyum sendirian. “Akmal, jom teman Umi beli barang-barang untuk kakak kamu kat khemah sana.” Ajak puan Zanariah.

“Jom, lagi pun tengah dahaga ni.” Jawab Akmal Rakin ringkas sambil tersenyum manis.

             “Ye, Umi tau anak Umi ni dahaga dan lapar, sebab tu Umi ajak Akmal jalan-jalan dengan Umi. Sambil tu boleh beli minuman dan makanan sekali. Jelas Puan Zanariah sambil mencuit manja hidung Akmal.

             Walaupun Akmal hanya anak angkatnya, namun kasih sayang yang dicurahkan oleh Puan Zanariah kepada Akmal Rakin adalah sama dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada Zaharul Shafie dan Iman Sofea. Akmal juga diajar cara menghormati orang tua dan mengamalkan sifat-sifat mulia didalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, Kelihatan Zaharul Shafie mundar-mandir di kawasan khemah seperti mencari sesuatu yang hilang.

             “Eh Umi, tu Along kan? Macam mana Along boleh ada kat sini Umi?” Soal Akmal Rakin.

             “Ha, yelah Along kamu tu kan belajar kat sini juga. Dia bertugas untuk mengawal pelajar-pelajar baru yang daftar harini. Mungkin Along cari Iman” Balas Puan Zanariah.

“Alongggggggggggg!”… Laung Akmal Rakin.

Sambil tersenyum, Zaharul melambai-lambai kearah Umi dan adiknya, Akmal. “Ha…Jumpa pun Umi kat sini. Mana Iman?” soal Zaharul.

“Iman dah masuk dalam dewan dah, tadi tengah beratur, sekarang umi tak tau la pulak” Jelas Puan Zanariah. “Along dah makan?”

“Belum la Mi” sambil tangannya mengusap-ngusap perut. “Umi, Along rasa macam nak sakat Iman je kat dalam tu. Along pergi dulu ye Mi. Assalamualaikum” Kata Zaharul sambil menyalam Puan Zanariah dan berlalu pergi.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Iman Sofea #5



BAB 5

Perjalanan dari Seremban untuk ke Tanjung Malim mengambil masa selama dua jam jika melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Disebabkan waktu pendaftaran Iman adalah pada pukul 12 tengahari, maka seawal jam 7 pagi, mereka berempat telah meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

“Umi, Iman berdebar la. Iman bukannya pernah berjauhan dari Umi dan Abi.” Jelas Iman sambil meletakkan dagunya pada kusyen penumpang dihadapan.

Puan Zanariah mengusap lembut pipi Iman. “Iman, tak payah risaukan sangat pasal semua tu. Apa gunanya along kamu dekat sana? Dia boleh tengok-tengokkan Iman kan? Iman jangan risau la.” Jelas puan Zanariah.

“Umi agak-agak la kan, muka comel macam Iman ni, sesuai ke jadi cikgu?” Iman gerun la pulak bila sampai kat sana nanti, muka budak-budak dekat sana matured je semua. Mesti dia orang tak pecaya Iman ni 20 tahun kan Umi? ” Seloroh Iman.

“Haha.. Yelah, mesti dia orang tak percaya sebab umur dah tua, tapi perangai macam budak-budak lagi, kan Abang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman sambil ketawa

“Awak ni kok ye pun nak menyakat Iman ni, tunggu lah sampai sana dulu, boleh kita menyakat dia sampai dia menangis nak balik rumah. Haha.” Sakat Dr.Arman lagi.

Dengan menunjukkan muncung yang panjang dan muka yang masam, Iman membidas kata-kata Abinya. “Abi ni.. Tak baik tau sakat Iman mcm tu. Yelah, walaupun perangai Iman ni macam budak-budak, tapi Iman tak da lah sampai nak menangis balik rumah.” Jelas Iman.

“Haha.. Dahla, jangan lah buat muncung itik tu lagi, karang Abi ambik tali pinggang keledar tu ikat reben dekat mulut tu baru tau.” Gurau Dr.Arman.

“Entah kak Iman ni, nanti Akmal tarik muncung tu, panjang sampai akhir semester, ha, pastu takda siapa nak mengurat kak Iman nanti.” Seloroh Akmal.

Mereka sekeluarga ketawa mendengar kata-kata Akmal. Perjalanan mereka ke Tanjong Malim pada pagi itu, di penuhi dengan hilai tawa dari Iman dan Akmal. Perjalanan ke Tanjong Malim sedikit sesak kerana beribu-ribu kenderaan menuju ke Tanjong Malim disebabkan oleh pendaftaran kemasukkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mujur mereka keluar awal dan sampai setengah jam lebih awal di Dewan Kolej Zaba di Proton City.

Bersambung...

Rabu, 25 Julai 2012

Iman Sofea #4



BAB 4

Sedang Iman mengemas pakaiannya kedalam beg pakaiannya untuk dibawa ke Tanjong Malim, Iman terdengar seperti Uminya memanggil namanya.

“Iman, sini kejap nak” Panggil Puan Zanariah.

“Ye Umi, Iman datang.” Jerit Iman Sofea

“Ada apa Umi?” soal Iman Sofea.

“Nah, hadiah buat anak perempuan Umi dan Abi. Bawak masuk bilik dan cuba dalam bilik. Lepas tu turun bawah. Umi nak tengok macam mana rupa anak Umi. ” arah Puan Zanariah lalu tersenyum.

“Terima kasih Umi, Abi. Tapi hadiah apa ni Umi?”

“Jangan banyak tanya. Lepas naik bilik nanti Iman tau la” Puan Zanariah hanya tersenyum denga gelagat anak perempuannya itu.

Lalu Iman berlari-lari anak naik ke biliknya lalu membuka bungkusan yang kemas dibalut oleh Uminya itu. Diatas balutan itu terdapat sekeping nota yang ditulis tangan oleh Uminya.

“Tahniah buat anak Umi dan Abi kerana berjaya mencapai separuh cita-cita untuk menjadi seorang guru. Selamat menjejakkan kakimu ke alam Universiti Sayang.Umi dan Abi sayang Iman”

Dengan tidak diduga, setitik demi setitik air mata Iman gugur ke pipi gebunya itu. Lalu disekanya air mata itu sambil membuka balutan hadiah yang diberikan oleh uminya itu. Alangkah terkejutnya Iman apabila hadiah yang diberikan oleh uminya itu berupa sepasang baju kurung moden berwarna kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.

“Eh, ni baju yang aku berkenan hari tu. Kenapa Umi belikan untuk aku?. Baju ni kan mahal. Macam mana umi tau aku suka baju ni?”. Bermacam-macam soalan berlegar-legar dikepala Iman Sofea. Lalu Iman menyarungkan baju tersebut ke badannya. Iman segera berlari-lari menuju ke ruang tamu yang diduduki Umi dan Abinya.

“Wah.. Cantik anak Umi ni.” Puji Puan Zanariah.
“Terima kasih Umi, Abi. Tak sangka Umi belikan Iman baju ni. Iman memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan  baju ni sejak kita pergi Butik Riedz hari tu. Terima kasih umi.” Sambil mencium pipi Puan Zanariah.

“Lepas ni, Iman kene belajar rajin-rajin tau. Iman kena berdikari. Jangan terlalu bergantung kepada Abi dan Umi. Ingat ye Iman, alam universiti tak sama dengan alam sekolah. Kalau Iman ada masalah, Iman mesti pandai mencari kawan nak luahkan segala masalah Iman. Berkawan biar beribu, tapi jangan cari kawan yang macam hantu tau Iman” Nasihat Dr. Arman.

“Baik Abi. Iman ingat nasihat Abi. Iman janji, Iman akan belajar rajin-rajin. Iman nak balas jasa Abi dan Umi. Iman sayang Umi dan Abi” kata Iman sambil memeluk erat kedua orang tuanya.

Iman kemudiannya berlari menaiki tangga dan tersenyum sendirian mengenangkan pemberian Umi dan Abinya.

Bersambung.....

Isnin, 23 Julai 2012

Iman Sofea #3



BAB 3

Iman Sofea dan Zaharul Shafie, duduk berehat di ruang tamu, selepas jemu melayari laman sosial masing-masing. Tepat pada pukul 11.00 malam, mereka adik beradik akan menghadap television untuk menonton cerita kartun kegemaran mereka iaitu Phineas and Ferb di saluran Disney Channel. Pada masa yang sama, fikiran Iman melayang-layang mengingatkan keadaan di UPSI.

“Ermmm. Along, best tak belajar kat UPSI?” soal Iman.

“Hahaha.. Baru sekarang Iman nak tanya Along?” soal Zaharul sambil tergelak.

“Iyelah long, Iman berdebar la, lagi seminggu dah pergi tempat baru. Nak juga Iman tau pasal ‘bakal univeriti’ Iman tu. Manalah tau ada cerita menarik tentang Universiti tu.” Kata Iman.

“Bagi along la, UPSI tu tempat yang mendamaikan. Iman nak tau kenapa Along cakap macam tu?” Soal Zaharul Shafie.

“Kenapa ek long? Sebab keliling dia hutan ke long?” Soal Iman.

“Hahahaha…Pandailah adik Along ni. Nilah Along sayang sangat adik Along ni.” Sambil mengusutkan rambut Iman Sofea.

“Isk Along ni, kusut la rambut Iman. Iman baru buat terapi rambut ni” Seloroh Iman.

“Eleh, iyalah tu. Macamlah Along tak kenal adik along ni, bukak tudung pon tak pernah, nikan pula nak buat treatment rambut kat saloon

“Hehehe.. Pandailah Along Iman ni. Patutlah kak Anis syok.” Usik Iman

“Iman!!!!” Zaharul Shafie mengejar adik kesayangannya dan diperhatikan oleh Puan Zanariah dan Dr. Arman.
“Macam manalah keadaan rumah ni nanti bila mereka berdua dah pergi jauh dari kita kan bang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman.

“Erm.. Yelah.. tentu sunyi rumah ni dengan riuh rendah Zaharul dan Iman. Kalau mereka semua dah berumah tangga nanti, lagi lah sunyi, melainkan mereka tinggal dengan kita. Dapatlah awak main dengan cucu awak nanti.” Usik Dr.Arman sambil memeluk lembut bahu Puan Zanariah.

“Isk abang ni… Mereka muda lagi la bang.Takkan kita nak bagi meeka kawin awal? Lagi pun, awal lagi kita nak cerita pasal cucu-cucu ni.”

“Haha.. Awak lupa ke Puan Zanariah oi, kita pun kawin awal jugak, masa tu umur awak baru 20 tahun. Disebabkan isteri abang ni comel orangnya, terpaksalah abang pinang awal-awal. Takut melepas kat tangan orang lain pulak nanti.. Haha. Kalau tak dapat, terpaksalah abang kahwin dengan Mei Ling anak Apek sebelah rumah dekat kampung abang tu. ” Gurau Dr.Arman sambil mencuit dagu isterinya.

“Amboi… Abang ada niat nak kahwin dengan Mei Ling tu ye?” Sambil mencubit manja pinggang Dr. Arman.

“Adoi, sakitla Sayang.. Haha.. Abang gurau je lah Sayang. Sakit tau sayang buat macam tu. Abang nak denda sayang malam ni. Sayang kene urut belakang abang ni. Naik lenguh dah kene cubit.” Dr. Arman membuat muka kesakitan.

“Dah. Jom Za urut belakang Abang tu dengan minyak goreng ikan malam tadi. Menggatal sangat nak kahwin dengan Mei Ling.” Sindir Puan Zanariah sambil menarik tangan Dr.Arman.

“Hehe. Apa saja untukmu sayang” Usik Dr.Arman.

bersambung...

Rabu, 18 Julai 2012

Iman Sofea #2


BAB 2

Setibanya di tempat yang dituju, Iman Sofea dan Puan Zanariah segera ke salah sebuah butik untuk memilih baju untuk hari pertama Iman Sofea menjejakkan kakinya ke UPSI. Iman Sofea ditawarkan ke UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Iman merupakan pelajar cemerlang di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar di Ampangan. Iman Sofea juga merupakan pelajar cemerlang bagi negeri tersebut.

Sambil berjalan-jalan di dalam butik tersebut, Iman Sofea terlihat sepasang baju kurung berwarna kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.

 “Isk, cantik jugak baju kurung moden ni, tapi kenapa la mahal sangat harganya sampai RM400. Tak sangguplah pula nak mintak Umi belikan.” Detik hati kecil Iman.

“Eh Iman, kenapa tengok je baju tu? Kalau nak ambillah, biar umi yang bayar” kata Puan Zanariah.

“Erkk… Takpa lah Umi, mahal sangat baju ni, lagi pun kalau Iman pakai, dah macam orang nak naik pelamin je” Iman Sofea menyimpan hasratnya untuk memiliki baju tersebut.

Puan Zanariah yang masak dengan perangai anaknya itu hanya tersenyum melihat gelagat anak bongsunya itu. Puan Zanariah tahu bahawa Iman Sofea merupakan seorang anak yang tidak suka menyusahkan ibu bapanya. Iman juga seorang anak yang pandai menguruskan wangnya. Iman diajar dari kecik cara untuk berjimat dan menabung. Abangnya, Zaharul Shafie juga diajar dari kecil cara untuk berjimat.

“Umi, Iman cari baju kat belakang tu ye Mi.” Iman menyembunyikan rasa kecewanya untuk memiliki baju tersebut.

Setelah menjelajah satu butik, akhirnya Iman mengambil sehelai baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang untuk dipakai pada hari yang dinantikan.

“Umi, jom balik. Iman letih la Umi. Ingatkan Iman yang nak beli barang-barang untuk Iman, rupanya barang Umi lebih banyak daripada barang Iman.” Sambil membuat muka toyanya.

“Alang-alang Iman temankan Umi, apa salahnya Umi beli barang untuk diri Umi. Lagipun 2 minggu lagi, Iman dah pegi nuh jauh ke Perak. Takda siapa nak teman umi pergi beli-belah. Dahla Along kamu tu pun duduk jauh. Nasib baik Along kamu tu sama universiti dengan kamu. Tidak la Umi risau sangat.”

“Isk Umi ni, Abikan ada. Mesti Umi seronok bila kiteorang takda kat rumah. Bolehlah Umi dengan Abi berromantik-romantik dekat rumah. Alamat seminggu jugak Abi tutup Klinik sebab nak berbulan madu buat kali kedua dengan Umi.” Sakat Iman Sofea.

“Kamu ni kalau dilayan makin menjadi-jadi. Dah, habiskan French fries  tu dulu. Kalau Abi ada kat sini, conform Iman kene marah sebab bazirkan makanan tu.” Pesan Puan Zanariah.

“ok..ok..baiklah” jawab Iman

Mereka kemudiannya berjalan menuju ke parkir kereta di tingkat paling atas. Semasa kalut menolak troli, tiba-tiba beg tangan yang di pegang Puan Zanariah di sentap oleh seorang lelaki remaja yang berusia dalam lingkungan 17 tahun. Puan Zanariah terjatuh dan Iman terkaku seketika ketika melihat uminya jatuh. Tanpa melengahkan masa, Iman segera mengejar peragut tersebut. Sedang Iman mengejar, Kepala Iman terlanggar satu susuk badan yang agak tinggi dan tegap.

“Aduh..Sakitnya hidung ni..” rungut Iman.
“Maaf..Ni…” belum sempat lelaki tersebut berkata-kata, Iman segera memotong ayat lelaki tadi.

“Maaf saudara, saudara tak nampak ke saya tengah sibuk kejar peragut ni? Kenapa halang laluan saya? Tengok, peragut tu dah lari jauh dah. Lain kali, kalau nak berkenalan pun, tunggu lah saya dapat peragut tu dulu. Ini tak, time orang nak kejar peragut tu la dia nak berkenalan.” Rungut Iman yang keletihan mengejar peragut tersebut.

“Nah.. tak payah kejar lagi. Saya dah dapat dah beg awak. Lagi satu, sebelum membebel tu,jangan suka potong cakap orang tau. Alang-alang saya dah dapat kejar peragut tu, boleh la kot kalau saya nak berkenalan?” Sindir lelaki tersebut.

“Erk… Terima kasih saudara.. Erkk…Maaf  la sebab membebel tak tentu pasal tadi. Kalau saya letih memang selalu macam ni, kuat membebel.” Balas Iman dengan muka yang merah. “Erm..satu lagi, pasal berkenalan tu saya mintak maaf la ye, xde niat nak cakap macam tu” sambung Iman.

             “Takpe..takpe.. Sa…” sekali lagi lelaki tersebut ingin bersuara, Iman segera berlari mendapatkan Uminya yang masih terduduk di tepi kereta sambil di temani beberapa orang wanita yang prihatin.

             “Umi…Umi tak apa-apa?” Soal Iman dengan nada cemas.

             “Alhamdulillah, Umi tak apa-apa, cuma luka sikit je dekat tangan ni.” Jelas Puan Zanariah.

             “Jom Umi, kita balik. Kita singgah klinik Abi dulu ye.” Kata Iman sambil meminta diri kepada wanita-wanita yang membantu Uminya. Iman masuk kedalam kereta dan mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Tiba-tiba Iman terasa begitu malu apabila lelaki yang menolongnya tadi masih berada di tempat yang sama. Iman hanya memberikan senyuman dan menganggukkan kepalanya tanda terima kasih kepada lelaki tersebut.

             “Iskk… Manis betul senyuman budak perempuan tu. Apa la nama dia eh? Kelakar pulak tu. Kelam-kabut.” Soal lelaki tersebut dalam hati sambil tersenyum sendiri.


Bersambung...

Jumaat, 6 Julai 2012

Iman Sofea #1




BAB1

Selepas seminggu bumi Seremban tidak hujan, akhirnya hujan membasahi halaman rumah banglo dua tingkat Dr. Arman yang terletak di taman perumahan di Taman Jaya Indah. Pada pagi sabtu itu, nikmat hujan itu ditambah dengan bunyi-bunyian daripada sang katak yang syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk ciptaan-Nya. Di dalam rumah banglo pula, terdapat seorang ibu dan seorang anak gadis sedang menikmati sarapan pagi bersama mee goreng dan tea suam. Gadis tinggi lampai tersebut tersimpul senyum apabila Uminya khusyuk menikmati sarapan pagi tersebut.

“Umi, Boleh tak kalau Iman tak nak masuk UPSI tu?” Soal Iman Sofea

“Ha??” Hampir tersembur air yang di minum Puan Zanariah. “Kamu jangan mengada-ngada Iman, bersusah payah kamu belajar sampai STPM semata-mata nak kejar impian kamu, tiba-tiba kamu hancurkan segala usaha yang kamu lakukan selama ni. Apa nak jadi dengan kamu Iman? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni??” Marah Puan Zanariah sambil meletakkan garfu yang digunakan sebagai alat untuk makan mee goreng tersebut.

“Hehe, Ala Umi ni, Iman gurau je la Mi, takkan tu pun Umi nak membebel. Hehe.. Sori Umi.” Usik Iman Sofea, lalu mencuit pipi Uminya. “Erm.. Umi, boleh tak hari pendaftaran nanti kita bawak Akmal sekali, barulah riuh sikit. Boleh kan Mi?

“Kamu ni Iman, janganlah selalu menyakat Umi dengan benda-benda yang mengarut macam ni, nanti silap haribulan, boleh kene heart attack  dibuatnya” Seloroh Puan Zanariah. “Boleh, tapi kena lah mintak kebenaran dari Mak Lang kamu.

“Ok..Ok.. Iman janji Iman tak buat lagi. Yeahhh.. Seronoknyer Akmal ikut sekali.” Sambil membuat muka comelnya. “Ermm… Mi, Abi mana?”

“Mmm..biasalah Abi kamu tu Iman, pagi-pagi macam ni kat Klinik kesayangan dia la tu”

“Aik?? Hari minggu macam ni pun Abi masih ke Klinik Iman Shafie ye Mi? Iman baru berhajat nak ajak Abi pergi beli barang keperluan Iman untuk masuk UPSI tu. Along mana?”

“Abi kamu tu baik orangnya. Mesti ramai orang yang memerlukan perkhidmatan Abi sekarang. Along kamu tu macam biasalah, keluar dengan kawan-kawan sekolah menengah dia dulu la tu. Dahla, kalau macam tu, biar Umi je yang teman Iman kesayangan Umi ni pergi beli-belah. Lepas kita beli, lepas tu kita blah..” Usik Puan Zanariah

“Umii!!... alaaa… takkan terus blah, kita singgahla makan kat KFC ke, MC’D ke, Secret Recipe ke?. Please Umi…” Rayu Iman Sofea.

“Yelah.. demi anak Umi..” Lalu mencubit pipi gebu Iman.

Puan Zanariah segera mengemas meja dibantu oleh Iman sofea. Iman Sofea merupakan seorang gadis yang sangat manja dan suka menolong Uminya didapur. Walaupun mereka hidup dalam keadaan yang mewah, namun mereka tidak sesekali memakai perkhidmatan orang gaji bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Iman Sofea dan abangnya, Zaharul Shafie telah diajar sejak kecil oleh Puan Zanariah dan Abinya Dr. Arman cara menguruskan rumah dan sangat tertib didalam setiap perilaku.

Iman Sofea dan Zaharul Shafie merupakan anak perempuan dan lelaki tunggal Dr. Armand dan Puan Zanariah. Iman dan Zaharul diberikan kasih sayang yang tidak terhingga oleh Dr.Arman dan Puan Zanariah kerana mereka merupakan penyeri di dalam rumahtangga mereka. Apa yang diinginkan oleh anak-anak mereka, tentu saja diberikan oleh Abi mereka. Tetapi Iman dan Zaharul tidak seperti anak-anak yang lain, jika ditunaikan segala permintaan, maka akan dipijak kepala ibubapanya. Mereka tetap ada perasaan malu jika inginkan sesuatu daripada Abi mereka.

Akmal Rakin pula merupakan sepupu kepada Iman Sofea, anak kepada Mak Lang Zainab, iaitu kakak kepada Dr. Arman. Akmal Rakin berumur 15 tahun dan sangat rapat dengan keluarga Dr. Arman. Keluarga Dr. Arman telah menganggap Akmal sebagai anak dan adik-beradik kandung mereka sekeluarga disebabkan dahulu keluarga Dr. Arman pernah membesarkan Akmal Rakin selama 9 tahun di banglo milik mereka. Disebabkan bapa Akmal Rakin telah mengalami kecelakaan semasa pulang dari kerja, bapanya mengalami kecederaan yang teruk di kaki dan menyebabkan isterinya terpaksa melakukan tugas untuk menjaga suaminya. Puan Zanariah telah menolong dengan menjaga Akmal dengan sebaik mungkin dan memberikan bantuan kepada keluarga Mak Lang Zainab.

BERSAMBUNG....

Khamis, 10 Mei 2012

Review "Iman Sofea"


Dengan nama Allah yang Maha Menentukan lagi Maha Berkuasa.

Iman Sofea bakal menemani anda di SukaSukiSakan tidak lama lagi.. yeahhhhh ^_^

Tidak ketinggalan Siti Humayraa Nabilah, Nur Aniyah Aina dan Nur Zahra Alya yang bakal menyerikan lagi kehidupan Iman Sofea semasa di IPTA kelak.

Mohd Zafir Andhar dan Ahmad Affan Afif juga bakal menghangatkan kisah persahabatan mereka berempat.
Tapi, siapa Andhar dan siapa pula Affan? Ikuti kisah mereka berenam semasa cuti semester (akhir bulan 6) yang akan datang.. :)

Wasalam...