Followers

Rabu, 12 September 2012

Iman Sofea #6



BAB 6

“Cikgu-cikgu, sila beratur berdua-dua ya. Bila dipanggil sila bergerak mengikut arah yang betul. ” Laung seorang Seketeriat Minggu Suai Kenal dengan menggunakan pembesar suara di dewan Kolej Zaba.

“Wah.. belum daftar lagi, dah panggil ‘Cikgu’.. Untungla..” Seloroh Akmal Rakin.

“Haha.. jeles la tu. Nanti Akmal masuk la sini jugak, boleh merasa panggilan cikgu jugak” Jelas Iman sambil menumbuk lembut bahu Akmal.  “Iman pegi beratur dulu ya Umi. Nanti bila dah selesai, kita jumpa dekat kereta ya” Kata Iman kepada Puan Zanariah sambil membawa file dan keperluan untuk mendaftar.

Puan Zanariah mengangguk dan melihat Iman pergi menuju ke dalam barisan yang dibuat sejak tadi. Iman nampak mesra berbual dan bersalaman dengan beberapa orang pelajar yang mendaftar pada hari itu. Iman melihat Puan Zanariah memerhatikannya dan sambil melontarkan senyuman, Iman membuat simbol ‘peace’ kepada Uminya.

“Hai anak aku sorang ni, perangai tak berubah-ubah, macam budak kecik.” Jelas Puan Zanariah didalam hati sambil menggeleng dan tersenyum sendirian. “Akmal, jom teman Umi beli barang-barang untuk kakak kamu kat khemah sana.” Ajak puan Zanariah.

“Jom, lagi pun tengah dahaga ni.” Jawab Akmal Rakin ringkas sambil tersenyum manis.

             “Ye, Umi tau anak Umi ni dahaga dan lapar, sebab tu Umi ajak Akmal jalan-jalan dengan Umi. Sambil tu boleh beli minuman dan makanan sekali. Jelas Puan Zanariah sambil mencuit manja hidung Akmal.

             Walaupun Akmal hanya anak angkatnya, namun kasih sayang yang dicurahkan oleh Puan Zanariah kepada Akmal Rakin adalah sama dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada Zaharul Shafie dan Iman Sofea. Akmal juga diajar cara menghormati orang tua dan mengamalkan sifat-sifat mulia didalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, Kelihatan Zaharul Shafie mundar-mandir di kawasan khemah seperti mencari sesuatu yang hilang.

             “Eh Umi, tu Along kan? Macam mana Along boleh ada kat sini Umi?” Soal Akmal Rakin.

             “Ha, yelah Along kamu tu kan belajar kat sini juga. Dia bertugas untuk mengawal pelajar-pelajar baru yang daftar harini. Mungkin Along cari Iman” Balas Puan Zanariah.

“Alongggggggggggg!”… Laung Akmal Rakin.

Sambil tersenyum, Zaharul melambai-lambai kearah Umi dan adiknya, Akmal. “Ha…Jumpa pun Umi kat sini. Mana Iman?” soal Zaharul.

“Iman dah masuk dalam dewan dah, tadi tengah beratur, sekarang umi tak tau la pulak” Jelas Puan Zanariah. “Along dah makan?”

“Belum la Mi” sambil tangannya mengusap-ngusap perut. “Umi, Along rasa macam nak sakat Iman je kat dalam tu. Along pergi dulu ye Mi. Assalamualaikum” Kata Zaharul sambil menyalam Puan Zanariah dan berlalu pergi.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Iman Sofea #5



BAB 5

Perjalanan dari Seremban untuk ke Tanjung Malim mengambil masa selama dua jam jika melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Disebabkan waktu pendaftaran Iman adalah pada pukul 12 tengahari, maka seawal jam 7 pagi, mereka berempat telah meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

“Umi, Iman berdebar la. Iman bukannya pernah berjauhan dari Umi dan Abi.” Jelas Iman sambil meletakkan dagunya pada kusyen penumpang dihadapan.

Puan Zanariah mengusap lembut pipi Iman. “Iman, tak payah risaukan sangat pasal semua tu. Apa gunanya along kamu dekat sana? Dia boleh tengok-tengokkan Iman kan? Iman jangan risau la.” Jelas puan Zanariah.

“Umi agak-agak la kan, muka comel macam Iman ni, sesuai ke jadi cikgu?” Iman gerun la pulak bila sampai kat sana nanti, muka budak-budak dekat sana matured je semua. Mesti dia orang tak pecaya Iman ni 20 tahun kan Umi? ” Seloroh Iman.

“Haha.. Yelah, mesti dia orang tak percaya sebab umur dah tua, tapi perangai macam budak-budak lagi, kan Abang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman sambil ketawa

“Awak ni kok ye pun nak menyakat Iman ni, tunggu lah sampai sana dulu, boleh kita menyakat dia sampai dia menangis nak balik rumah. Haha.” Sakat Dr.Arman lagi.

Dengan menunjukkan muncung yang panjang dan muka yang masam, Iman membidas kata-kata Abinya. “Abi ni.. Tak baik tau sakat Iman mcm tu. Yelah, walaupun perangai Iman ni macam budak-budak, tapi Iman tak da lah sampai nak menangis balik rumah.” Jelas Iman.

“Haha.. Dahla, jangan lah buat muncung itik tu lagi, karang Abi ambik tali pinggang keledar tu ikat reben dekat mulut tu baru tau.” Gurau Dr.Arman.

“Entah kak Iman ni, nanti Akmal tarik muncung tu, panjang sampai akhir semester, ha, pastu takda siapa nak mengurat kak Iman nanti.” Seloroh Akmal.

Mereka sekeluarga ketawa mendengar kata-kata Akmal. Perjalanan mereka ke Tanjong Malim pada pagi itu, di penuhi dengan hilai tawa dari Iman dan Akmal. Perjalanan ke Tanjong Malim sedikit sesak kerana beribu-ribu kenderaan menuju ke Tanjong Malim disebabkan oleh pendaftaran kemasukkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mujur mereka keluar awal dan sampai setengah jam lebih awal di Dewan Kolej Zaba di Proton City.

Bersambung...