Followers

Monday, March 26, 2007

sahabat

::saHabAt::

DevoTees


Kulayarkan kerinduan di lautan memori..

Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi..

Masih segar di ingatan saat mesra berputik..

Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi..

Sahabat...

kau sesungguhnya..

Temanku di kala suka dan lara..

Tika ku buntu diselubungi sendu..

Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman..

Bagaikan embun hilang diterbit fajar..

Kau pergi jauh mengejar cita..

Menggapai redha yang ESA..

Duhai sahabat dengarkanlah..

Bicara hatiku ini..

Meskipun jarak memisahkan..

Namun tiada noktah kasih..

Biarlah waktu menentukan..

Nilai ukhwah yang terjalin..

Teruskanlah perjuangan..

Hingga ketitisan darah terakhir..

Dan aku...

masih di sini..

Terus mendaki puncak tertinggi hidupku..

Dan aku...

terus menanti..

Saat yang manis akan berulang kembali..

Sahabat...



Friday, March 9, 2007

DeHearty - Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akal mu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta atau pun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dariTuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

[buat semua kaum hawa di 5 sains hayat...]