Followers

Sabtu, 24 Disember 2011

santai isu Adam Adli

Assalamualaikum....

pagi tadi baca la komen2 dan berita tentang Adam Adli,
tetibe terbaca satu komen nih yang membuatkan aku nak tegelak je..hahah

komen ni mmg terbaek la bagi aku..
disebabkan ramai yang suh Mahasiswa ni tumpukan pelajaran dan jangan berpolitik, so sorang bro ni sentap mereka2 yang cakap mcm ni..huhuuh..terbaek la...

antaranya:


Tumpukan pada pelajaran:

xboleh bersukan,xboleh g KL, xbleh g pasar mlm, xbleh g jln2, xbleh g tgk wayang, xboleh main bowling, xbleh main fb, xbleh g KFC,xbleh shopping, xbleh main futsal, xbleh tgk teater,xbleh join program,xbleh bersosial, xbleh lepak2..apa pun xboleh..
alasan:tumpukan pada pelajaran dulu...hehehhe


Jangan terlibat dengan politik:

jangan baca surat khabar, jangan tgk tv, jangan kenal menteri, jangan dftar SPR, jangan mengundi..pendek kata sume yang ada kaitan dengan politik, sila jauhkan diri..hehehhe

Isnin, 19 Disember 2011

Sajak Pertemuan Mahasiswa – W.S Rendra

Khas buat semua Mahasiswa di Malaysia,
Moga dengan sajak ini, fikiran kamu akan terbuka luas, seluas alam ini.
InsyaAllah..

Sajak Pertemuan Mahasiswa - W.S Rendra


Matahari terbit pagi ini
Mencium bau kencing orok di kaki langit
Melihat kali (sungai) coklat menjalar ke lautan
Dan mendengar dengung lebah di dalam hutan

Lalu kini ia dua penggalah tingginya
Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
Memeriksa keadaan

Kita bertanya:
Kenapa 'maksud baik' tidak selalu berguna?
Kenapa 'maksud baik' dan maksud baik bisa berlaga?
Orang berkata:
Kami punya (ada) 'maksud baik'”
Dan kita bertanya: “'maksud baik' saudara untuk siapa??”

Ya!
Ada yang jaya, ada yang terhina!
Ada yang bersenjata, ada yang terluka!
Ada yang duduk, ada yang diduduki!
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras!
Dan kita disini bertanya:
'Maksud baik' saudara untuk siapa??
Saudara berdiri di pihak yang mana?!!

Kenapa 'maksud baik' dilakukan...
Tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya!
Tanah–tanah di gunung sudah menjadi milik orang–orang di kota!
Perkebunan yang luas
Hanya menguntungkan segolongan kecil saja!
Alat–alat kemajuan yang diimport
Tidak cocok (sesuai) untuk petani yang sempit tanahnya!
Tentu, kita bertanya:
“'maksud baik' saudara untuk siapa?!”
Kita mahasiswa tidak buta!!

Sekarang matahari semakin tinggi
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
Dan di dalam udara yang panas
Kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana??
Ilmu–ilmu yang diajarkan di sini
Akan menjadi alat pembebasan!
Ataukah akan menjadi alat penindasan??
Kita menuntut jawapan!!

Sebentar lagi matahari akan tenggelam
Dan malam tiba
Cicak–cicak bernyanyi di tembok
Rembulan berlayar
Tapi!
Pertanyaan-pertanyaan kita tidak akan mereda
Ia akan muncul di dalam mimpi
Akan tumbuh di kebun belakang!

Dan esok hari
Matahari akan terbit kembali
Senantiasa hari baru akan menjelma
Pertanyaan–pertanyaan kita akan menjadi hutan
atau masuk ke kali (sungai)
menjadi ombak di samudera!!

Di bawah matahari ini kita bertanya:
Ada yang menangis, ada yang mendera
Ada yang habis, ada yang mengikis
Dan maksud baik kita
Memihak yang mana?!!


Cikgu Aiza cakap:
Allah berpihak kepada orang yang benar..
Allah selalu memberikan dugaan kepada orang yang Dia sayang..
Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang benar..
Allahhuakbar...!

Jumaat, 16 Disember 2011

Devil Curry

Salam jumaat semua.. :)
tadi masa dalam kelas masyarakat Malaysia prof saya ada cakap pasal Devil Curry.
tetibe terasa plak kat tekak ni..huhuuh...
balik umah nanti nak suh ibu buat la..huhuuh

Bu....ni ade resepi, pelishhh buatkan..ngeeeeeee




Devil Curry

Bahan-Bahan
45 ml minyak sayur
30 ml air, atau sebanyak mana diperlukan
Bahan Dikisar

6 biji bawang merah dihiris
20 batang cili kering
Sehiris belacan
2g kunyit hidup
2g halia
3 helai daun serai
10g biji sawi
475 ml air
1020g daging ayam (dada) dibuang kulit dan tulang - dipotong kecil-kecil
1020g kentang
Garam secukup rasa
15ml cuka putih



Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dalam periuk dengan kepanasan yang sederhana.Dalam mangkuk yang lain campurkan kesemua bawang, cili kering , belacan, kunyit, halia dan daun serai serta biji sawi.Kisar semua bahan-bahan tadi dengan masukkna sedikit air sehingga semua adunan sebati. Blend together with a little water to form a fine paste. Masukan bahan-bahan dalam periuk dan masakkannya sehingga naik baunya dan hanpir-hjampir kering.
2. Masukkan 2 cawan air dan biarkan di mendidih. Kemudian masukkan daging ayam dan kentang. Kecilkan api dam biarkan ia masak selama 20 minit, sehinggalah ayam masak dan kuah kari agak pekat.
3. Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan dan masukkan cuku. kacau sehingga semuanya sebati dan bolehlah dihidangkan. Masakan ini sesuai dihidangkan bersama-sama nasi putih.


Selamat mencuba.. ^^





gambar yang dipetik dari gugel..
ni tak tau yang mana satu yang betol..huhuuh

Jumaat, 2 Disember 2011

Khas buat perempuan itu


Salam..

entry ni saya nak tujukan kepada seseorang tau.
tapi saya tak nak mention nama dia kat sini..
sebab saya nak dia sendiri yang print screen post saya ni letak kat belog dia..
saya suka sangat bila belog dan komen saya ni di print screen oleh mereka-mereka yang PENGECUT..

SUKA SANGAT.. :)

TAHNIAH juga kepada saudari kerana menjadi PENGECUT..

SAYA SUKA KAT KAMU sebab KAMU PENGECUT macam ANAK AYAM.


Khas untuk kamu yang PENGECUT:

1. kamu ni pandai sangat mengata orang, boleh tak kamu insaf dan renung dalam2 diri kamu tu?? adakah kamu tu perfect sangat??
2. Mulut kamu bau macam longkang, saya rasa la kan, longkang tu wangi lagi daripada mulut kamu.. siyes..xtipu..
3. Umur dah tua, tapi perangai macam budak2. tapi bukan mcm budak biasa tapi mcm budak diseleksia.seswai sangat wak.

Mekasih sebab jadi PENGECUT...Awak...





Cikgu Aiza cakap:

Xpernah rase SERONOK macam ni sebab orang main pas2 lak komen yang ditujukan untuk dia..
haha..
PENGECUT.!
mengata dulang paku serpih, kata orang die yang lebeyh..
bla la pompuan...


Ahad, 27 November 2011

Hamtaro the Tikos Bijak



Assalamualaikum...
ha..arini nak upload pasal binatang yang dah sebulan lebih dibeli..
TAro namanya..
budak ni saya beli dia dekat Pekan Tanjong Malim.
rasenyela, ade satu je kedai kat pekan tu,
kat tempat lain denga kata dekat balai bomba tu..
tapi jauh sangat la plak..
heheh

berbalik kepada Taro..
binatang ni dulunya pemalu orannya binatangnya.
dulu selalu menyorok bawah bedding dia.
tapi sekarang, dak kenal tuan,
tidonye asyik telentang je..
mcm tuan dia..
hahaha

BTW,
Taro dah semakin ensem tau.. <3


Senaman baik untuk kesihatan..





Encemnyerhhh.. ^__^


Cikgu Aiza cakap:
Banyak betol program n esemen.
sampai xcukup tido.
xde masa nak bersama taro..
kesian taro..
nnt taro lari balik umah bapak angkat dia.hha.

Khamis, 17 November 2011

Pelangi di Kampus Sultan Azlan Shah




Cikgu Aiza cakap:
Subahanallah...
dah lama xtengok pelangi..

Akan ku jumpa


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Cikgu Aiza cakap:
lagu ni best..
ari2 denga lagu nih (sbb bukak belog, kompem2 denga..eeheh)
kepada semua murid2, belanje la cikgu,
kan da dapat rm 100..
heheheh

Isnin, 14 November 2011

lagu khas untuk peminjam PTPTN


PULANGKAN….(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa

cikgu Aiza cakap:
dikopi daripada fesebuk kazen

Rabu, 9 November 2011

#2 Wordless Wednesday

'Akmal'


Cikgu Aiza cakap:
Dah pukul 11 lebih baru nak buat wordless-wordless nih..
haha...
layankan aje la..


Khamis, 3 November 2011

Oh kesian GST.



[Malaysiakini] Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.


Cikgu Aiza cakap:
1. Kami nak posting.
2.Kami nak posting.
3. Kami nak posting.

Sekian..

Jumaat, 28 Oktober 2011

kartun VS ori

KARTUN


VS


ORI


Mane lebeyh cun??
hahaha
mOod: Sengal

Cikgu Aiza cakap:
1. Kali pertame pakai shawl..wahaha.. mcm budak nerd weih...Heheh
2. Esemen oh esemen..bile la hang nak siap??
3. Ade 8 lagi esemen menunggu..wahahha...
4. Selamat bercuti.. :)


Selasa, 25 Oktober 2011

Budak 20 tahun punye keja


Salam semua....

Hahhahha... Ainun2,
Bile aku bace balik msg ni,
rase kesian la plak kat mamat Khan ni..haha...

Layan je la...
^__^



u don't like friendship???
i like, but not with u..

aishh..haha

Aku baru je nak carik laki duk obesi,
hang telah memusnahkan impian aku particular durjana (mcm kejam gile ayat)....
huuhu..
:P

Sorry...



It takes a STRONG person to say SORRY,
and an ever STRONGER person to FORGIVE.

Saya mintak maaf sebab marah kat kamo semalam...
maaf ek kawan...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Windu Oyem


Waaa...windunyer kat Oyem...


#2 untitled


People never know how special someone is until they leave,
but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is.




Ahad, 9 Oktober 2011

my first doodle


Salam...
hehe..
ni la jadinyer apebile dah hilang arah tujuan nak buat pe..


saye lukis gamba Ibu saye..
tapi xmenjadik..uhuhu,
name tu je yg betol..heheeh..
sori bu...

Jumaat, 30 September 2011

Domo-kun mengamuk di desktopku

Warghh...kenape ni???
Apesal Incik Domo yang kiut ni makan sume icon2 saya kat desktop???

Incik Domo...
Pulangkan icon2 saye balik...!!!





Isk..Isk..Isk...
Habeh sume die sedot masuk mulut dia..
ayoyoo...
Alahai Incik Domo...


Psssst: Malam yang tiada kerja...
Lepaking bersama timbunan buku yang dipinjam dari library..
Buat yang tersayang, tabahkan hatimu... Kami sentiasa bersamamu..
kami akan menunggu kepulanganmu.. :')


Rabu, 28 September 2011

Ahad, 25 September 2011

i miss you..


Nor Hajirah binti Mohd....


I Miss You So Much dear..
huhuuh..

awat hang p deactivate fesbuk lagi sekali???
uhuuu...

tetibe ade tyme nak ngumpat,
ang ilang plak..
wuuuuuu..
cedeyh nguh la...

pape pown,
selamat kembali ke'sekolah', walopun mende ni dah 2 minggu berlalu..
heheh

jage diri..
:)

Sayang Kamoo...

p/s: Gamba ni mase lower6, zaman saya kurus agi..ehhe,
suke tengok die senyum sebab sewiit sangat.. ^__^
Dah lama rasanya xjumpa dia, setahun lebih.
Harap cuti2 nnt dapat jumpe die lagi.. :)

Isnin, 19 September 2011

Doa buat semua sahabat AizaAkmal


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rasa cinta dan sayang dalam diri setiap makhluk.
Selawat dan salam keatas Rasul junjungan sepanjang zaman, Muhammad s.a.w. Salam kasih sayang buat ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang diredhai Allah .

Ya Allah ya Tuhanku...
Ampunkanlah dosaku serta dosa sahabatku ya Allah. Masukkanlah kami kedalam kalangan orang-orang yang diredhaiMu. Berilah kami rahmat kasih sayangMu. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Aziz...
Berikanlah kekuatan kepada sahabatku untuh menempuhi liku-liku kehidupannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa..

Ya Allah, Ya Mukmin...
Aku bermohon agar Engkau berikan kebahagiaan serta kesihatan buat dirinya. Tidak sanggup lagi aku melihat kesakitan yang dialaminya. Kuatkanlah semangatnya Ya Allah...

Ya Allah, Ya Khaliq...
Walau bagaimana sekali pun takdirMu, ku mohon agar sahabatku sentiasa berada pada jalan kebenaran. Jauhkanlah sahabatku daripada fitnah-fitnah yang sememangnya keji..

Ya Allah, Ya Alim...
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala isi hatinya serta hajatnya, aku mohon, Engkau kabulkanlah hajatnya itu Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui.

Ya Allah, Ya Rasyid...
Berikanlah petunjukMu agar kami memperoleh kejayaan di DuniaMu dan juga di AkhiratMu nanti.

Ya Allah...
Aku memohon kepadaMu, Engkau terimalah segala amalan kami. Mantapkanlah iman kami, beratkanlah timbangan kebaikan kami, tingkatkanlah darjat kami, terimalah solat kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang leka. Berilah kami tingkat yang tinggi di SyurgaMu.

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Kabulkanlah doa ku ini..

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah..
Cukuplah diriMu bagiku.

Tuhan yang Satu...

Mohon dengan sangat.. :')


~Buat semua sahabat yang dikasihi...~

Rabu, 14 September 2011

Keindahan Matematik


Assalamualaikum.. ^_^
tadi bukak fesbuk,
nampak pulak satu status mengenai keindahan matematik,
walaupun saye bukan minat sangat matematik,
dan tak berape fasih sangat pasal nombor2 ni,
tapi saye nak jugak mengopi-paste kat entry saye..
ekkekkekke...



keindahan matematik....

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 1 + 19 = 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 +5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP DIRI

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% :)

Isnin, 12 September 2011

^__^ belated birthday


Assalamualaikum...

Wahh..Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai semula ke Tanjung Malim..

Walaupun dalam bas xberape nak boleh tido, sampai2 je kat bilik, dah terbaring atas katil..hahah ( tapi xtdo pon).. Nasib baek ade bantal buatan sendirik yang dijaet oleh ibu..ekkekke..
mekasih ibu...




Tadi, 11.09.11, saye dapat adiah ari jadi au..
haha..
mcm xpercaya,
dah sebulan lebih pon dapat adiah gak..
matching lak tu ngan cadar saye.
pOOh gitu..
haha

pastu dapat kek ari jadi :P

dapat coklat
dapat kue raye..hohhooo
mekasih kepada si pemberi.. :)



Jumaat, 9 September 2011

kekonfiusan tahap sipoot


Disebabkan simkad Salamfone baru jumpe (lama betol die bersembunyik), so ni kali pertama duk kebek mende ni, ingat nak pakai nombo ni sebab enset bnyak sangat (belagak je bunyik,padahal 3310 jerk)..
Ingat esok nak p 7-11 nak p topap,
tetibe terkompius lak...
die tulis mcm ni masa duk check baki..

Next recharge to be done on or before 09-08-2011

Erk...maksudnyer, kedit kite tamat pada 09-08-2011 ke, perkhidmatan tu tamat pada 09-08-2011?
waaaaa...wa ni kompius orangnyer..
kang kalo dah beli kad reload,
xpepasal membazir je sebab dah xbole gune simkad tuh...
tapi mase on sim tu,
ade je tulis Salamfone kat atas tu..
pahtu, mase bukak kat web dia.
dia kate
deactive..
erkk...adoi..kompius..
xreti...


Nak tanya pemberi nombo ni kang,
takot kene marah lak..
Aishh..sayang betol la nombo nih...

Erk...kalo xde sape sudi membantu,
xpe larh...

akhir kata...
Janji wa ada Salamfone, lu ada?

hahha...


Rabu, 7 September 2011

i hate you Fahrin Ahmad

Jangan Terlalu Menyayangi Seseorang,
Kelak Kita Akan Membencinya.
Jangan Pula Terlalu Membenci Seseorang,
Kelak Kita Akan Menyayanginya..



Saye benci Fahrin Ahmad...
:P


Khamis, 1 September 2011

maaf

Ini adalah entry pendek yang saya akan buat...


"MAAF kepada semua yang pernah berkecil hati dengan saya..."
tapi kalo kamu suma masih marahkan saya xpe.
"MARAH tanda SAYANG"

Terima kasih sebab..

TERIMA KASIH la sebab bercerita yang buruk-buruk tentang saye kat orang...
Selama ni saya bercerita yang baik-baik je ngan orang tentang awak... kadang-kadang saya tak pernah pon cerita kat orang pasal awak..
Saya tak sentuh sikit pown yang jahat2 sebab awak TAK pernah buat silap ngan saya walaupun SIKIT...


Terima Kasih ehh....
Semoga kebenaran sentiasa bersama awak..
Amin...


Anggaplah suma tu mimpi ngeri buat awak.. dan berdoalah agar tidak berlaku dejavu...


~barang yang lepas jangan dikenang... kenape perlu kenang? dah masuk dalam tong berwarna biru kat tepi jalan dah pon....~


-don't blame me 100%..! One day, you'll know...

Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
buat semua kawan-kawan yang mengenali diri ini...

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Hati tringat sepanjang masa,
kepadamu tman pnwr jiwa,
wlu jauh bak dekat jua..
smoga bbahagia di hari mulia...
Ampunkanlah segala salah dan silapku..
Andai ada kata mguris rasa,
andai tingkah mcetus prasangka,
ampun dan maaf darimu kupinta..

Khamis, 25 Ogos 2011

sedekah

“You will not attain righteousness till you spend in charity of the things you love.” 3:92



Rabu, 24 Ogos 2011

#1 untitled


Memulakan langkah memang perit, bertatih, jatuh...dan bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian. Mimpikan Syurga idaman, sedangkan diri tak tahan ujian.

Kerdil diri bila menghitung keringat yang gugur, titisan air mata kecewa, rupanya masih ada sedikit cinta dan kasih ini dipandu terhadapNya. Memang Dia hendak menguji sejauh mana rasa cinta kita ini padaNya.mekar dalam jambangan, hidup dan mati, duni dan akhirat,setia pada perjuangan Islam....Salam Perjuangan...!!

-Cinta Untukmu [2010]-

Selasa, 23 Ogos 2011

Cerita Kucing ^__^

Two cat decide to marry

they had a sweet married life.

They got the first Baby.

And the second.

the first step for their babies.

Mothers worked hard for her family needs.


And the father gets to play and has a girlfriend.
The children's grow up without care and become bad boys

One of them became terrorist

The other stay in night club

and decided to kill himself out of depression

When dad heard that, he got heart attack.

Mum lost her mind and became crazy.


Moral: Give time to your family...


Hahha...
tengok, family kuceng pon boleh jadi mcm tu,
inikan pula family manusia..
:)


Have a nice day with your family. :)