Followers

Friday, July 27, 2012

Murid, telefon, dan masalah




Bismillah...


Masa duk tengok-tengok youtube, ternampak pulak video yang kat atas ni. tetibe rasa nak update pulak pasal telefon bimbit ke sekolah ni.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadget ke sekolah bermula tahun hadapan.

Fuh..memang lepas ni tugas cikgu-cikgu akan bertambah la kan?? Tak gitu cikgu-cikgu??



Apa kebaikan bawak tetefon bimbit ke sekolah ye? Dalam video ni responden ni cakap,
- Senang nak kol mak ayah kalau sakit.
- Senang kol mak ayah kalo kene culik.
- Senang nak kol anak tanya balik kul berapa.
- Senang mengadu kat mak ayah kalo ada apa2 terjadi kat anak.
- Senang nak berkomunikasi


 Apa keburukan bawak tetefon bimbit ke sekolah ye? Dalam video ni responden ni cakap,
- Sibuk dengan telefon bimbit dan tak tumpu pelajaan.
- Guru hilang tumpuan ketika mengajar (bunyi telefon).
- Menyusahkan ibu bapa (kena pergi sekolah kena telefon kene rampas)


 Apa yang saya tak paham sangat (berdasarkan video).
- Kenapa cikgu pulak kene contol budak-budak nak guna henset? Kalau hilang, kalo die sendiri yang susah tak pe, ni tak, menyusahkan satu sekolah nak
duk mencari enset die yang ilang tu. kalau pakai enset harga beribu-ribu boleh la report polis, ni guna 3310 pastu xde kredit pulak tu kat dalam, bila dah hilang,
menyusahkan cikgu-cikgu kat sekolah nak cari. Pastu balik rumah, report kat mak ayah. Mak ayah pulak serang cikgu kat sekolah sebab xpandai pantau anak-anak dieorang masa guna enset.
-Ada ke patut cikgu pulak kene pegang enset tu.
Aiyoo. Kalo keajaan tambah gaji untuk jaga enset2 korang tu, xpe la jugak..
- Kalau budak-budak kol mak ayah dieorang cakap sakit, pastu mak ayah dieorang cakap, cikgu tak jalankan tugas ngan elok, tak jaga anak dieorang. Sape yang dipersalahkan?? Cikgu jugak... Alahai cikgu...


- Bila pulak waktu pelepasan?? Ada pulak sekolah nak buat satu waktu khas nak bagi pelepasan kat murid-murid untuk main enset?? erk...
mcm tak berapa nak logik je kot.. waktu pelepasan tu, baik balik ghumah la main enset ngan ipad puas-puas..ayooOO...


Cadangan ( yang saya rasa wajar)
- Buat pondok telefon banyak-banyak, kalau boleh yang boleh hantar sms.
- Sediakan telefon telesiswa kat sekolah yang mengamalkan sistem 'reverse charge'.
- Kalau budak gian sangat nak main internet, buat satu makmal komputer yang beroperasi sepanjang waktu persekolahan. So, time rehat pon boleh main fesbuk.
- Kalau dah form 6, boleh la nak bawak enset sebab dieorang dah matang, pandai jaga barang-barang dieoang..kan??kan??

Sekian dari saya.. Wasallam..


Wednesday, July 25, 2012

#4 Wordless Wednesday


Iman Sofea #4



BAB 4

Sedang Iman mengemas pakaiannya kedalam beg pakaiannya untuk dibawa ke Tanjong Malim, Iman terdengar seperti Uminya memanggil namanya.

“Iman, sini kejap nak” Panggil Puan Zanariah.

“Ye Umi, Iman datang.” Jerit Iman Sofea

“Ada apa Umi?” soal Iman Sofea.

“Nah, hadiah buat anak perempuan Umi dan Abi. Bawak masuk bilik dan cuba dalam bilik. Lepas tu turun bawah. Umi nak tengok macam mana rupa anak Umi. ” arah Puan Zanariah lalu tersenyum.

“Terima kasih Umi, Abi. Tapi hadiah apa ni Umi?”

“Jangan banyak tanya. Lepas naik bilik nanti Iman tau la” Puan Zanariah hanya tersenyum denga gelagat anak perempuannya itu.

Lalu Iman berlari-lari anak naik ke biliknya lalu membuka bungkusan yang kemas dibalut oleh Uminya itu. Diatas balutan itu terdapat sekeping nota yang ditulis tangan oleh Uminya.

“Tahniah buat anak Umi dan Abi kerana berjaya mencapai separuh cita-cita untuk menjadi seorang guru. Selamat menjejakkan kakimu ke alam Universiti Sayang.Umi dan Abi sayang Iman”

Dengan tidak diduga, setitik demi setitik air mata Iman gugur ke pipi gebunya itu. Lalu disekanya air mata itu sambil membuka balutan hadiah yang diberikan oleh uminya itu. Alangkah terkejutnya Iman apabila hadiah yang diberikan oleh uminya itu berupa sepasang baju kurung moden berwarna kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.

“Eh, ni baju yang aku berkenan hari tu. Kenapa Umi belikan untuk aku?. Baju ni kan mahal. Macam mana umi tau aku suka baju ni?”. Bermacam-macam soalan berlegar-legar dikepala Iman Sofea. Lalu Iman menyarungkan baju tersebut ke badannya. Iman segera berlari-lari menuju ke ruang tamu yang diduduki Umi dan Abinya.

“Wah.. Cantik anak Umi ni.” Puji Puan Zanariah.
“Terima kasih Umi, Abi. Tak sangka Umi belikan Iman baju ni. Iman memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan  baju ni sejak kita pergi Butik Riedz hari tu. Terima kasih umi.” Sambil mencium pipi Puan Zanariah.

“Lepas ni, Iman kene belajar rajin-rajin tau. Iman kena berdikari. Jangan terlalu bergantung kepada Abi dan Umi. Ingat ye Iman, alam universiti tak sama dengan alam sekolah. Kalau Iman ada masalah, Iman mesti pandai mencari kawan nak luahkan segala masalah Iman. Berkawan biar beribu, tapi jangan cari kawan yang macam hantu tau Iman” Nasihat Dr. Arman.

“Baik Abi. Iman ingat nasihat Abi. Iman janji, Iman akan belajar rajin-rajin. Iman nak balas jasa Abi dan Umi. Iman sayang Umi dan Abi” kata Iman sambil memeluk erat kedua orang tuanya.

Iman kemudiannya berlari menaiki tangga dan tersenyum sendirian mengenangkan pemberian Umi dan Abinya.

Bersambung.....

Monday, July 23, 2012

Iman Sofea #3



BAB 3

Iman Sofea dan Zaharul Shafie, duduk berehat di ruang tamu, selepas jemu melayari laman sosial masing-masing. Tepat pada pukul 11.00 malam, mereka adik beradik akan menghadap television untuk menonton cerita kartun kegemaran mereka iaitu Phineas and Ferb di saluran Disney Channel. Pada masa yang sama, fikiran Iman melayang-layang mengingatkan keadaan di UPSI.

“Ermmm. Along, best tak belajar kat UPSI?” soal Iman.

“Hahaha.. Baru sekarang Iman nak tanya Along?” soal Zaharul sambil tergelak.

“Iyelah long, Iman berdebar la, lagi seminggu dah pergi tempat baru. Nak juga Iman tau pasal ‘bakal univeriti’ Iman tu. Manalah tau ada cerita menarik tentang Universiti tu.” Kata Iman.

“Bagi along la, UPSI tu tempat yang mendamaikan. Iman nak tau kenapa Along cakap macam tu?” Soal Zaharul Shafie.

“Kenapa ek long? Sebab keliling dia hutan ke long?” Soal Iman.

“Hahahaha…Pandailah adik Along ni. Nilah Along sayang sangat adik Along ni.” Sambil mengusutkan rambut Iman Sofea.

“Isk Along ni, kusut la rambut Iman. Iman baru buat terapi rambut ni” Seloroh Iman.

“Eleh, iyalah tu. Macamlah Along tak kenal adik along ni, bukak tudung pon tak pernah, nikan pula nak buat treatment rambut kat saloon

“Hehehe.. Pandailah Along Iman ni. Patutlah kak Anis syok.” Usik Iman

“Iman!!!!” Zaharul Shafie mengejar adik kesayangannya dan diperhatikan oleh Puan Zanariah dan Dr. Arman.
“Macam manalah keadaan rumah ni nanti bila mereka berdua dah pergi jauh dari kita kan bang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman.

“Erm.. Yelah.. tentu sunyi rumah ni dengan riuh rendah Zaharul dan Iman. Kalau mereka semua dah berumah tangga nanti, lagi lah sunyi, melainkan mereka tinggal dengan kita. Dapatlah awak main dengan cucu awak nanti.” Usik Dr.Arman sambil memeluk lembut bahu Puan Zanariah.

“Isk abang ni… Mereka muda lagi la bang.Takkan kita nak bagi meeka kawin awal? Lagi pun, awal lagi kita nak cerita pasal cucu-cucu ni.”

“Haha.. Awak lupa ke Puan Zanariah oi, kita pun kawin awal jugak, masa tu umur awak baru 20 tahun. Disebabkan isteri abang ni comel orangnya, terpaksalah abang pinang awal-awal. Takut melepas kat tangan orang lain pulak nanti.. Haha. Kalau tak dapat, terpaksalah abang kahwin dengan Mei Ling anak Apek sebelah rumah dekat kampung abang tu. ” Gurau Dr.Arman sambil mencuit dagu isterinya.

“Amboi… Abang ada niat nak kahwin dengan Mei Ling tu ye?” Sambil mencubit manja pinggang Dr. Arman.

“Adoi, sakitla Sayang.. Haha.. Abang gurau je lah Sayang. Sakit tau sayang buat macam tu. Abang nak denda sayang malam ni. Sayang kene urut belakang abang ni. Naik lenguh dah kene cubit.” Dr. Arman membuat muka kesakitan.

“Dah. Jom Za urut belakang Abang tu dengan minyak goreng ikan malam tadi. Menggatal sangat nak kahwin dengan Mei Ling.” Sindir Puan Zanariah sambil menarik tangan Dr.Arman.

“Hehe. Apa saja untukmu sayang” Usik Dr.Arman.

bersambung...

Wednesday, July 18, 2012

Iman Sofea #2


BAB 2

Setibanya di tempat yang dituju, Iman Sofea dan Puan Zanariah segera ke salah sebuah butik untuk memilih baju untuk hari pertama Iman Sofea menjejakkan kakinya ke UPSI. Iman Sofea ditawarkan ke UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Iman merupakan pelajar cemerlang di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar di Ampangan. Iman Sofea juga merupakan pelajar cemerlang bagi negeri tersebut.

Sambil berjalan-jalan di dalam butik tersebut, Iman Sofea terlihat sepasang baju kurung berwarna kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.

 “Isk, cantik jugak baju kurung moden ni, tapi kenapa la mahal sangat harganya sampai RM400. Tak sangguplah pula nak mintak Umi belikan.” Detik hati kecil Iman.

“Eh Iman, kenapa tengok je baju tu? Kalau nak ambillah, biar umi yang bayar” kata Puan Zanariah.

“Erkk… Takpa lah Umi, mahal sangat baju ni, lagi pun kalau Iman pakai, dah macam orang nak naik pelamin je” Iman Sofea menyimpan hasratnya untuk memiliki baju tersebut.

Puan Zanariah yang masak dengan perangai anaknya itu hanya tersenyum melihat gelagat anak bongsunya itu. Puan Zanariah tahu bahawa Iman Sofea merupakan seorang anak yang tidak suka menyusahkan ibu bapanya. Iman juga seorang anak yang pandai menguruskan wangnya. Iman diajar dari kecik cara untuk berjimat dan menabung. Abangnya, Zaharul Shafie juga diajar dari kecil cara untuk berjimat.

“Umi, Iman cari baju kat belakang tu ye Mi.” Iman menyembunyikan rasa kecewanya untuk memiliki baju tersebut.

Setelah menjelajah satu butik, akhirnya Iman mengambil sehelai baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang untuk dipakai pada hari yang dinantikan.

“Umi, jom balik. Iman letih la Umi. Ingatkan Iman yang nak beli barang-barang untuk Iman, rupanya barang Umi lebih banyak daripada barang Iman.” Sambil membuat muka toyanya.

“Alang-alang Iman temankan Umi, apa salahnya Umi beli barang untuk diri Umi. Lagipun 2 minggu lagi, Iman dah pegi nuh jauh ke Perak. Takda siapa nak teman umi pergi beli-belah. Dahla Along kamu tu pun duduk jauh. Nasib baik Along kamu tu sama universiti dengan kamu. Tidak la Umi risau sangat.”

“Isk Umi ni, Abikan ada. Mesti Umi seronok bila kiteorang takda kat rumah. Bolehlah Umi dengan Abi berromantik-romantik dekat rumah. Alamat seminggu jugak Abi tutup Klinik sebab nak berbulan madu buat kali kedua dengan Umi.” Sakat Iman Sofea.

“Kamu ni kalau dilayan makin menjadi-jadi. Dah, habiskan French fries  tu dulu. Kalau Abi ada kat sini, conform Iman kene marah sebab bazirkan makanan tu.” Pesan Puan Zanariah.

“ok..ok..baiklah” jawab Iman

Mereka kemudiannya berjalan menuju ke parkir kereta di tingkat paling atas. Semasa kalut menolak troli, tiba-tiba beg tangan yang di pegang Puan Zanariah di sentap oleh seorang lelaki remaja yang berusia dalam lingkungan 17 tahun. Puan Zanariah terjatuh dan Iman terkaku seketika ketika melihat uminya jatuh. Tanpa melengahkan masa, Iman segera mengejar peragut tersebut. Sedang Iman mengejar, Kepala Iman terlanggar satu susuk badan yang agak tinggi dan tegap.

“Aduh..Sakitnya hidung ni..” rungut Iman.
“Maaf..Ni…” belum sempat lelaki tersebut berkata-kata, Iman segera memotong ayat lelaki tadi.

“Maaf saudara, saudara tak nampak ke saya tengah sibuk kejar peragut ni? Kenapa halang laluan saya? Tengok, peragut tu dah lari jauh dah. Lain kali, kalau nak berkenalan pun, tunggu lah saya dapat peragut tu dulu. Ini tak, time orang nak kejar peragut tu la dia nak berkenalan.” Rungut Iman yang keletihan mengejar peragut tersebut.

“Nah.. tak payah kejar lagi. Saya dah dapat dah beg awak. Lagi satu, sebelum membebel tu,jangan suka potong cakap orang tau. Alang-alang saya dah dapat kejar peragut tu, boleh la kot kalau saya nak berkenalan?” Sindir lelaki tersebut.

“Erk… Terima kasih saudara.. Erkk…Maaf  la sebab membebel tak tentu pasal tadi. Kalau saya letih memang selalu macam ni, kuat membebel.” Balas Iman dengan muka yang merah. “Erm..satu lagi, pasal berkenalan tu saya mintak maaf la ye, xde niat nak cakap macam tu” sambung Iman.

             “Takpe..takpe.. Sa…” sekali lagi lelaki tersebut ingin bersuara, Iman segera berlari mendapatkan Uminya yang masih terduduk di tepi kereta sambil di temani beberapa orang wanita yang prihatin.

             “Umi…Umi tak apa-apa?” Soal Iman dengan nada cemas.

             “Alhamdulillah, Umi tak apa-apa, cuma luka sikit je dekat tangan ni.” Jelas Puan Zanariah.

             “Jom Umi, kita balik. Kita singgah klinik Abi dulu ye.” Kata Iman sambil meminta diri kepada wanita-wanita yang membantu Uminya. Iman masuk kedalam kereta dan mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Tiba-tiba Iman terasa begitu malu apabila lelaki yang menolongnya tadi masih berada di tempat yang sama. Iman hanya memberikan senyuman dan menganggukkan kepalanya tanda terima kasih kepada lelaki tersebut.

             “Iskk… Manis betul senyuman budak perempuan tu. Apa la nama dia eh? Kelakar pulak tu. Kelam-kabut.” Soal lelaki tersebut dalam hati sambil tersenyum sendiri.


Bersambung...

Friday, July 6, 2012

Iman Sofea #1




BAB1

Selepas seminggu bumi Seremban tidak hujan, akhirnya hujan membasahi halaman rumah banglo dua tingkat Dr. Arman yang terletak di taman perumahan di Taman Jaya Indah. Pada pagi sabtu itu, nikmat hujan itu ditambah dengan bunyi-bunyian daripada sang katak yang syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk ciptaan-Nya. Di dalam rumah banglo pula, terdapat seorang ibu dan seorang anak gadis sedang menikmati sarapan pagi bersama mee goreng dan tea suam. Gadis tinggi lampai tersebut tersimpul senyum apabila Uminya khusyuk menikmati sarapan pagi tersebut.

“Umi, Boleh tak kalau Iman tak nak masuk UPSI tu?” Soal Iman Sofea

“Ha??” Hampir tersembur air yang di minum Puan Zanariah. “Kamu jangan mengada-ngada Iman, bersusah payah kamu belajar sampai STPM semata-mata nak kejar impian kamu, tiba-tiba kamu hancurkan segala usaha yang kamu lakukan selama ni. Apa nak jadi dengan kamu Iman? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni??” Marah Puan Zanariah sambil meletakkan garfu yang digunakan sebagai alat untuk makan mee goreng tersebut.

“Hehe, Ala Umi ni, Iman gurau je la Mi, takkan tu pun Umi nak membebel. Hehe.. Sori Umi.” Usik Iman Sofea, lalu mencuit pipi Uminya. “Erm.. Umi, boleh tak hari pendaftaran nanti kita bawak Akmal sekali, barulah riuh sikit. Boleh kan Mi?

“Kamu ni Iman, janganlah selalu menyakat Umi dengan benda-benda yang mengarut macam ni, nanti silap haribulan, boleh kene heart attack  dibuatnya” Seloroh Puan Zanariah. “Boleh, tapi kena lah mintak kebenaran dari Mak Lang kamu.

“Ok..Ok.. Iman janji Iman tak buat lagi. Yeahhh.. Seronoknyer Akmal ikut sekali.” Sambil membuat muka comelnya. “Ermm… Mi, Abi mana?”

“Mmm..biasalah Abi kamu tu Iman, pagi-pagi macam ni kat Klinik kesayangan dia la tu”

“Aik?? Hari minggu macam ni pun Abi masih ke Klinik Iman Shafie ye Mi? Iman baru berhajat nak ajak Abi pergi beli barang keperluan Iman untuk masuk UPSI tu. Along mana?”

“Abi kamu tu baik orangnya. Mesti ramai orang yang memerlukan perkhidmatan Abi sekarang. Along kamu tu macam biasalah, keluar dengan kawan-kawan sekolah menengah dia dulu la tu. Dahla, kalau macam tu, biar Umi je yang teman Iman kesayangan Umi ni pergi beli-belah. Lepas kita beli, lepas tu kita blah..” Usik Puan Zanariah

“Umii!!... alaaa… takkan terus blah, kita singgahla makan kat KFC ke, MC’D ke, Secret Recipe ke?. Please Umi…” Rayu Iman Sofea.

“Yelah.. demi anak Umi..” Lalu mencubit pipi gebu Iman.

Puan Zanariah segera mengemas meja dibantu oleh Iman sofea. Iman Sofea merupakan seorang gadis yang sangat manja dan suka menolong Uminya didapur. Walaupun mereka hidup dalam keadaan yang mewah, namun mereka tidak sesekali memakai perkhidmatan orang gaji bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Iman Sofea dan abangnya, Zaharul Shafie telah diajar sejak kecil oleh Puan Zanariah dan Abinya Dr. Arman cara menguruskan rumah dan sangat tertib didalam setiap perilaku.

Iman Sofea dan Zaharul Shafie merupakan anak perempuan dan lelaki tunggal Dr. Armand dan Puan Zanariah. Iman dan Zaharul diberikan kasih sayang yang tidak terhingga oleh Dr.Arman dan Puan Zanariah kerana mereka merupakan penyeri di dalam rumahtangga mereka. Apa yang diinginkan oleh anak-anak mereka, tentu saja diberikan oleh Abi mereka. Tetapi Iman dan Zaharul tidak seperti anak-anak yang lain, jika ditunaikan segala permintaan, maka akan dipijak kepala ibubapanya. Mereka tetap ada perasaan malu jika inginkan sesuatu daripada Abi mereka.

Akmal Rakin pula merupakan sepupu kepada Iman Sofea, anak kepada Mak Lang Zainab, iaitu kakak kepada Dr. Arman. Akmal Rakin berumur 15 tahun dan sangat rapat dengan keluarga Dr. Arman. Keluarga Dr. Arman telah menganggap Akmal sebagai anak dan adik-beradik kandung mereka sekeluarga disebabkan dahulu keluarga Dr. Arman pernah membesarkan Akmal Rakin selama 9 tahun di banglo milik mereka. Disebabkan bapa Akmal Rakin telah mengalami kecelakaan semasa pulang dari kerja, bapanya mengalami kecederaan yang teruk di kaki dan menyebabkan isterinya terpaksa melakukan tugas untuk menjaga suaminya. Puan Zanariah telah menolong dengan menjaga Akmal dengan sebaik mungkin dan memberikan bantuan kepada keluarga Mak Lang Zainab.

BERSAMBUNG....