Followers

Ahad, 28 Disember 2014

#01 Video

*tatit ekk?? meh kite tiup..fuhhh...fuhhhh..*

Isnin, 17 November 2014

All Of Me



'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you,

JohnLegend-AllOfMe

Ahad, 16 November 2014

Senja Dan Sepi



Aku melihat,
Senja kian menjauh,
Dalam gegas yang begitu giras,
Menjemput malam bersama cerita
yang belum habis kita bahas..

Jika laut tak lagi mengirimkan puisi senja,
Katakan pada langit agar menurunkan hujan,
Agar rindu tak kehausan..

Malam membentangkan sayapnya,
Termangu menunggu hujan,
Berharap luka tak lagi datang bertandang
Diantara sunyi yang diam..

Jumaat, 14 November 2014

Cinta Mahabbah



Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan

******

Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.


C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).

Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.

Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah ‘syirik’ iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.

Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali’ Imran  ayat 31.

” Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa, ‘Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.

Selanjutnya Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah SAW , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya.

Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya mencintaiNya dan mencintai apa yang dicintai olehNya.

Wallahua'lam..



Rabu, 12 November 2014

Biiznillah




“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

Selasa, 2 September 2014

Semanis Teh Susu



“Ish, geram betul la duduk dalam rumah ni! Bersepah-sepah ja. Kalau rumah ikhwan tak kata la. Tapi, ni rumah akhawat. Macam sarang tikus ja,” bebel Aufa sambil tangannya ligat mengemas meja makan di ruang tamu.

“Kenapa tu Aufa? Tak baik tau mengungkit-ungkit ni. Kalau tak puas hati, pergi cakap terus kat orang tu. Jangan cakap belakang, OK?” tegur Balqis dalam nada yang lembut. Suasana sepi seketika. Masing-masing memikirkan masalah sendiri.

“Ye la …asyik nak minum teh susu ja, pastu, malas basuh. Nampak sangat ni kerja sapa…” ujar Aufa lagi masih tidak mahu mengalah.

“Aufa, sudah-sudah, Kak Balqis tak nak dengar lagi Aufa cakap macam tu. Kita kan duduk satu rumah, dah ibarat macam satu keluarga dah. Yang Aufa marah tadi tu ibarat adik-beradik Aufa sendiri tau. Aufa sanggup dengar tak kalau ada orang mengata adik-beradik Aufa sendiri? Aufa, kita duduk serumah ni, kita kena banyak bersabar dan mengalah tau. Aufa faham, kan, maksud kak Balqis ni?”

Nasihat Balqis sampai ke hati Aufa, membuatkan lidahnya kelu tidak terkata. Barangkali, Aufa sedang memikirkan kebenaran kata-kata Balqis.

Balqis memerhati gelagat Aufa yang dari tadi masih mengemas seluruh ruang tamu rumah. Pergerakannya selincah mulutnya juga. Sambil menggeleng kepala, Balqis tersenyum nipis. Macam-macam gelagat manusia rupanya. Tanpa berkira, Balqis turut membantu Aufa mengemas.

*************

“Adik-beradik semua, jom makan! Sarapan dulu tau sebelum keluar rumah,” seperti biasa, Husna memekik memanggil ahli rumahnya makan. Suaranya yang lantang boleh membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur. Memang kebiasaan setiap pagi, Husna menyiapkan sarapan, kemudian, mengajak semua ahli rumahnya makan bersama. BERJAMA’AH.

Husna memang seorang yang tegas. Dan juga, amat mementingkan soal kesihatan. Dia sangat mengutamakan sarapan pagi dan sanggup menyiapkan sarapan setiap pagi. Satu lagi, Husna ni memang pantang kalau ada sesiapa yang pergi kelas atau keluar rumah sebelum sarapan.

“Ala, asyik-asyik teh susu ja. Laila dah la tak berapa suka minum susu. Esok buat la air lain pulak,” komen Laila dengan selamba. Semua mata memandangnya tepat. Diam.

“Laila, Alhamdulillah tau sebab kita dapat juga makan dan minum. Kita kena banyak bersyukur,” kata-kata Balqis seperti seorang ibu yang sedang menasihatkan anak, membuatkan semua orang tertunduk. Akur dan patuh.

Balqis yang sudah dianggap seperti kakak dan juga tempat bergantung sentiasa menegur dan menasihatkan salah silap mereka. Kata-katanya juga sangat berhikmah dan penuh dengan kelembutan serta kasih-sayang. Sememangnya faktor umur Balqis yang lebih tua setahun daripada mereka semua membuatkan mereka amat menghormatinya.

“Kalau tak suka minum teh susu, lain kali bangun tidur awal sikit. Pastu, buat la air sendiri. Banyak songeh pulak. Orang dah tolong buatkan ni, berterima kasih je lah,” perli Aufa dengan lancangnya. Sengaja hendak menyedarkan Laila. Sedikit sebanyak, marah yang dia simpan untuk Laila terhambur keluar juga.

Ruang meja makan menjadi sayu seketika. Aufa dan Laila memang ada berlaga angin sikit. Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena.

“Ok, terima kasih Husna, sebab dah buat teh susu yang sedap ni,” Elya cuba untuk menceriakan suasana dengan senda guraunya. Dia memang periang dengan sifatnya yang manja membuatkan semua jatuh sayang. Padanlah, umurnya juga paling muda antara semuanya. Aufa, Husna, Laila, dan Elya sebaya, tapi, Elya yang muda sebab dia lahir pada bulan November lewat beberapa bulan daripada yang lain.

Memang tidak dapat dinafikan yang mereka semua sebenarnya suka minum teh susu. Walaupun awal-awal perkenalan mereka dulu ada yang tidak berapa suka, tapi hakikatnya dah suka pun. Cuma masih tidak mahu mengatakan kesukaan itu lagi. EGO.

************

“Kenapa pagi ni takdak teh susu?” Laila tertanya-tanya sendiri kehairanan. Dia terus duduk di kerusi di meja makan.

Sambil menatang dulang, Aufa yang keluar dari dapur berjalan menuju ke meja makan dan berkata, “Ni dia teh susu buatan tangan Aufa. Tapi, tak la sesedap yang Husna buat.” Aufa seakan memahami apa yang tersirat dalam hati sahabatnya, Laila.

Pagi itu, walaupun mentari sudah menjengah menampakkan dirinya, ada lagi yang masih enak diulit mimpi. Sudah menjadi kebiasaan mereka tidur selepas Subuh. Mungkin disebabkan malam yang pendek pada musim panas seperti ini, waktu tidur tidak mencukupi.

“Eee, tak sedap la. Tak manis sangat, pastu, tak pekat macam Husna selalu buat,” komen Laila membuatkan Aufa terdiam. Benar-benar menggores hati lembutnya.

“Laila ni kan tak reti nak bersyukur langsung. Bila orang dah buat dia nak komen pulak, bila orang tak buat dia nak ungkit itu la ini la. Kalau nak ikut selera sendiri, pegi la buat sendiri,” akhirnya larva gunung berapi meletus juga daripada mulut Aufa. Sudah lama dia bengang dengan sikap Laila yang tidak pernah hendak bersyukur.

Dengan hati yang sebal, Aufa terus melangkah masuk ke dalam bilik, meninggalkan Laila yang masih terkaku dan terpaku di meja makan.
**********

“Aufa, kenapa ni? Dari tadi lagi kak Balqis tengok masam je muka tu?” tanya Balqis dengan prihatin dan penuh kasih sayang.

“Huk, huk, huk …sedih. Hukhuk…” sayu suara Aufa. Balqis memeluk bahu Aufa yang duduk di sebelahnya di atas katil dan cuba menenangkannya. “Cuba cerita…” bisik Balqis ke telinga Aufa dengan penuh kelembutan.

“Aufa geram sangat dekat Laila tu. Dia selalu je kata orang pastu komen macam-macam. Apa dia ingat dia tu betul sangat la. Menyampah tau,” beritahu Aufa dengan penuh emosi.

Balqis membetulkan kedudukannya. Dia menghadap ke arah Aufa agar mereka saling bertentangan. Dia memandang sayu wajah Aufa. Penuh pengertian. Sudah hampir tujuh bulan mereka tinggal bersama,dia seolah sudah memahami perangai setiap seorang daripada mereka.

Otaknya cuba berfikir bagaimana cara terbaik untuk menenangkan Aufa. “Aufa ingat lagi tak tentang hadis Rasulullah..yang mana pada suatu hari tu, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Lalu dia berkata kepada Baginda, “Berikan aku nasihat,” Baginda terus bersabda, “Janganlah kamu marah”. Lelaki itu terus mengulangi permintaannya dan Baginda tetap menjawab, “Janganlah kamu marah”. Sekali lagi dia menuntut persoalan yang sama dan Baginda tetap berkata:”Janganlah kamu marah”. Tiga kali baginda mengucapkan “Janganlah kamu marah” lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kemarahan adalah bara api yang dicampakkan oleh syaitan ke dalam hati Bani Adam…”

Balqis menarik nafas sebelum menyambung kembali butir katanya, “Kak Balqis rasa hadis ni dah cukup untuk Aufa kaji dan muhasabah kembali perbuatan kita.”

Balqis menggenggam erat tangan mulus Aufa, sambil tersenyum. “Kak Balqis tahu Aufa seorang yang kuat dan tabah. Jangan terlalu ikut emosi tau. Aufa cuba fikir dulu sebelum buat apa-apa supaya diri kita tidak dipengaruhi oleh syaitan. OK? Kak Balqis tahu Aufa mampu untuk kawal emosi dan banyakkan bersabar ye dik. Moga Allah sentiasa merahmatimu…” nasihat Balqis seolah butiran permata yang dicerna kemas dalam mindanya.

Aufa turut menyedari kesalahannya. Sebelum ini dia hanya meletakkan kesalahan itu pada Laila sahaja. Aufa berjanji dengan dirinya sendiri untuk lebih bersabar dan mencuba untuk mengawal emosinya. ‘Inilah yang dinamakan JIHAD! Kalau mati dikira SYAHID ni’ bisik hati Aufa masih sempat memikirkan matlamat hidupnya itu.

************

Sejak peristiwa antara Aufa dan Laila hari itu, Aufa banyak berdiam diri. BerMUHASABAH. Bimbang dirinya dikuasai emosi.

Manakala Laila pula mula perasankan sesuatu. Bila dia mengkritik tentang sesuatu, semua orang hanya berdiam. Tidak menegur. Tidak pula membalas kata-katanya seperti selalu. Selalunya, si Aufa lah yang kerap membidasnya.

Timbul rasa bersalah dalam dirinya. ‘Aku ada buat orang terasa hati dengan sikap aku ka?’ Laila bertanya dirinya. Dia cuba mengingati peristiwa lalu…

Laila cuba mencari silapnya. Dia sudah mula menyedari kesalahannya yang lalu. Lirik lagu ‘Sebuah Pertemuan’ dendangan kumpulan Nasyid kegemarannya UNIC dihayati. Kenangan-kenangan indah detik pertemuan mereka diimbau…

Ketika diri mencari sinar, Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar, Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu , Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu , Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan…
Kau bisikkan bicara keinsafan, Kau beri kekuatan, Tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan , Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan, Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan, Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran, Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasihMu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga, Mekar tidak pernah layu,
Damainya hati , Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini, Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya, Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai, Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti, Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan

************

Suatu pagi, ketika semua orang masih lagi di dalam selimut, Laila terbangun. Dia berasa sunyi sahaja. Tetapi, hatinya berbunga-bunga bila difikirkan perancangannya sebelum tidur semalam. Hari ini dia rasa bersemangat untuk melancarkan misinya. Lantas dia bangun dari katil ke bilik air. Yang lain, seperti biasa, sesudah solat Subuh meneruskan kerja ikhlas mereka.

Laila terus menapak ke dapur untuk meneruskan perancangannya. Dia leka membuat sarapan. Setelah siap memasak, dia menghidangnya. Saat itu, terdetik di hatinya, ‘Sedap ka aku masak ni? Macam mana kalau takdak orang nak makan? Aku ni bukannya pandai masak sangat. Redha je lah…’

Laila mengajak semua orang makan. Dadanya berdebar-debar hebat. Takut dikritik sebenarnya. Maklumlah, sebelum ini dia yang mengkritik orang. Dia berharap agar rancangannya menyiapkan sarapan menjadi, sebagai permintaan maaf akan salah silapnya sebelum ini. Takut-takut juga tiada yang mahu memakan masakannya.

“Alhamdulillah, sedapnya. Pandai Laila masak,” puji Balqis walaupun masakan Laila biasa-biasa saja hanya nasi goreng biasa dan air. Sudah tentulah teh susu kegemaran bersama. Laila terasa lega. ‘Tapi, teh susu tu macam mana?’

Laila nampak Elya menuang air ke dalam cawan lalu diminum. “Wah, sedapnya. Lepas ni Laila boleh la ganti Husna buat teh susu pulak ye.”

Laila terharu mendengar komen positif daripada sahabat-sahabatnya. Walaupun hakikatnya rasa teh susu itu tidak dapat menandingi teh susu Husna, mereka semua tetap memujinya.

Laila bertambah sedar akan kelancangannya sebelum ini. Dia juga dapat merasakan bagaimana perasaan sahabat-sahabatnya apabila membuat sesuatu, seperti memasak dengan penat lelah dan bersungguh-sungguh, akhirnya tidak dihargai malah dikritik pula. Pasti sedih dan kecewa rasanya. Laila bersyukur, secara berhikmah Allah menegur sikapnya. Dia juga bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sudah dianggap sebagai adik-beradik yang sangat baik dan penyayang. Walaupun banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, mereka masih sabar dan tidak menyisihkannya. Malah, menegur kesalahannya dengan berhikmah.

Ukhwah mereka bermula dengan ketetapan ALLAH. Bertaut kerana teh susu, Menjadi semakin erat semanis teh susu. Tetap akan segar dalam kenangan bersama teh susu. Moga kekal hingga ke syurga dengan kenikmatan teh susu di syurga.



Selasa, 15 April 2014

Selamat Hari Lahir Sahabat

Asalamualaikum.. pejam celik, pejam celik, hampir 4 tahun kita ber4 berkawan. Banyak kenangan yang kita cipta bersama.. (aishh..awat mcm skima je nih..)

Pertama kali bertemu, waktu sem 1. Haha.. Teringat masa mula2 nak bcakap, kiteorg kontrol habis woo slang..sbb takot awok tak paham bahasa kami, ghupenye awok paham je.. :P
Pahtu kami ber3 ngumpat awok sebab awok nanges lari dalam bilik. kiteorang ingat awok gaduh dgan pakwe awok, upenye rindu kat anak buah.. sooriiii..hahah.. 

Kawan2 lain selalu cakap yg muke awok chengey, depa takot nak tegoq. Tapi kiteorg ber3 ni tau awok mcm mana, tegas2 manja gituu.. (kdg2 gatey lebih..hahaha) ^_^ 
Even muke awok chengey pom, awok ttp sweet kat mata kami, awok baikkkkkkkkkk sangattttt.... (alamak terbagi tau plak yg muka chengey.. :P )

Bile kite hangout sesame, awok selalu jadi dreba kami, 'sapot' makanan kami, selalu jadi bahan kami gelak dalam kreta sbb awok selalu langgaq bonggol ngan bawak laju kat selekoh..hihiih.. :P

Bile time dengaq lagu, kiteorg masing2 ternganga dengaq lagu awok sebab lagu awok pelik2, tak paham kami. Tapi, bile lama2, kami plak yg terikut2 dgan lagu awok tu..kehkehkeh..
Part paling best, awok nyanyi lagu tu, ikot suke hati awok je.. kekadang geram gak bila dengaq awok salah lirik. Dah la kiteorang baru nak jinak2 hafal lirik tu, bleh plak dia p ubah lirik..
uuhhh..! :P

Hari sabtu adalah hari paling 'menguntungkan' bagi kami..hahaha.. nak tau pasai pa?? Pasai awok beli makanan punyalah banyak, tapi xpernah habis. tak pasal2 kiteorg gak kena habiskan.. Yelakan, takot membazir.. :P


Dear,
Firstly, kami nak mintak maaf dengan awok kalau selama kita berkawan ni, kami ada sakitkan hati awok, kecikkan hati awok, tersepak perasaan awok, bergurau kasar dan apa2 yang negatifla,
kami mintak maaf la nohh.. mungkin masa kami bergurau tu, kami ada tersilap cakap, tetau je la mulut kami ni kan.. :)

So, bagi mengakhiri cerpen kami ni, kami nak ucapkan:

Selamat Hari Lahir Sayang, semoga dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberikan umur yang bermanfaat. Semoga dengan meningkatnya umur ini, dapat la bagi kami "Abang ipaQ" sorang. Buleh la noh?? wohaaa
Semoga sejahtera diDunia dan diAkhirat dan terus menerus istiqamah dalam menjalankan ibadah kepadaNya .. ^_^ Amin..

Jangan lupa persahabatan kita selama 4 tahun ni tau.. tak mau sombong2 tau.. :')

Ikhlas -Aiza-Dayah-Fiza


Selasa, 25 Mac 2014

Sang Perwira Negara

Walau terik matahari membakar,
Walau hujan datang mencurah,
Usaplah keringat yang mengalir membasahi dahimu,
Hiraukan keliling yang mencemuh,
Walau kau disumpah seranah setiap hari,
Jangan menyerah dan jangan pernah mengalah
Kerna kau adalah
SANG PERWIRA NEGARA.
(Khas buat semua warga PDRM ikhlas daipada SSS)

Perghh.. ni firsttime pertama kali Aiza duk ucap mcm ni kat belog..hahaha.
Macam tak pecaya pulak kan?, 
ni kalau geng-geng yang sewaktu dengan Aiza dulu bace entry ni,
kompem kene hentam..
wOhha...

tanpa Aiza sedari,
ramai antara kawan-kawan aiza yang jadi SANG PERWIRA NEGARA.
Uiishh, ramai la, payah bilang dengan jari,
kene guna kalkulator jugak kalau nak kira.. :P

Apa-apa pun,
Selamat Hari Polis yang ke-207 buat semua anggota PDRM di seluruh Malaysia..

Tak lupa kepada 'sahabat baik'
Selamat hari polis wak, ^_^
Lakukan setiap kerja yang awak buat, dengan penuh istiqamah..
Semoga Allah meredhai setiap kerja yang awak lakukan..
Amin.. :)


Isnin, 10 Februari 2014

Setelah 7 tahun, kini...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 10.02.2014.
Setelah 7 tahun, kini, genap sudah usia sukasukisakan 7 tahun.
Wah Alhamdulillah, dah boleh masuk darjah satu..hehehe
Nak anta skolah mana ek? 

Teringat 7 tahun lepas.. Auch, memori betol, masa tu tingkatan 5 kalau tak silap.
*Time tergedik-gedik ngan hafiz hamidun lagi*
Dulu, asalnya buat blog ni sebab dah jadi trend.
* takde makne trend*
Dalam kelas masa form 5 dulu, brapa orang je yang ada blog. Yang saya ingat, Cik Siput, Masokis, Jierah, Aaahh..opkos tak ingat dah..

 Dulu cita-cita nak buat laman web untuk alumni kelas 5SH, memang dah separuh jalan dah siap. Lepas masuk PLKN, dah lupa dah macam mana nak buat laman tu. Memang dah hampir-hampir siap la laman tuh. Konon siap dengan biodata, gambar bagai. Background plak buh Prince Of Tennis... Hahaha.. siyes macam kanak-kanak. Tapi, tulah, macam yang saya taip tadi, SEPARUH JALAN.. :(

Walaupun sedikit frust sebab tahun lepas tak sampai target tulis entry, harap-harap tahun ni, tuan ang ni rajin la ek menulis entry.. Doa-doakan tuan ang ni sihat dan rajin tau..haha.. Takpe…takpe, target sebulan sekurang-kurangnya 6 entry..kehkehkeh.. Eleh, bukan ada orang nak bace pun. Ekeyh, sibuk je, biar la tak da orang baca , asal aku puas hati. Ekeyh, emo pulak ko ni. Rilek arr. Mende entah. Haha, tu lah pasal.. Aku pon tak tau kenapa aku tiba-tiba emo sikit..Hehe, jangan marah haa! Dah-dah, jangan gaduh-gaduh..

Meh la nak nyanyi sikit untuk awok, sayam weh.

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday SukaSukiSakan..
Happy Birthday to you...

Auuuchh, sepiking weih.. :P

Wallahua'lam..


Selasa, 28 Januari 2014

#1 - Terrific Tuesday

Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah..

Eh,selasa ke  harini?
Kalau Rabu Worldless Wednesday, selasa kita buh Terrific Tuesday la kot..
*pon boleh*

Jadi, 
Yeahh, ni adalah Terrific Tuesday ku yang pertama
*hemmm.hemmm.. Cover sikit Cik Aiza oi*

Ape yang terrific sangat ntah..haha..

Harini, Aiza nak upload satu gambar yang Aiza rasa terrific sepanjang Aiza praktikal tahun lepas..
*baru nak upload???*

mOh kite..


Gambar ni, Aiza ishtihar sebagai terrific sebab ada Puan Jawahir Alias kat situ. :)
Dengar kata, bulan 2 ni Puan Jawahir nak pencen dah.
Diharap agar puan tetap menyumbang bakti  untuk  kemajuan pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara dan juga bangsa.
Terima kasih juga atas layanan sepanjang kami di SMADKLANA

TabarakAllah..
Wassalam.

Ahad, 26 Januari 2014

Official Co-pilot



Izinkan aku menjadi official co-pilotmu,
Untuk terbang menemani perjalanan panjangmu.
Dan menjadi sayap yang kuat dan kukuh disepanjang perjalananmu.

Izinkan aku menjadi official co-pilotmu,
Akan ku selalu setia menjadi seseorang yang memberi semangat kepadamu,
mendukung segala kesusahan dan kesenangan bersamamu,
pada saat pesawatmu jatuh,
dan disaat pesawatmu terbang dengan megah.

Izinkan aku untuk menjadi official co-pilotmu,
Akanku bantumu dalam usaha menerbangkan pesawatmu.
Dikala keringatmu mula mengalir dari dahi ke pipi,
Sebelum sempat ianya kering dengan sendiri,
Akanku menyapunya dengan tanganku sendiri.

Izinkan aku menjadi official co-pilotmu,
Akan ku merawat kesedihanmu dengan pelukan semangat daripadaku,
Ciuman kasih yang hanya untukmu,
Dan kata-kata perangsang yang ku kira cukuplah untuk membahagiakan,
serta memberikan ketenangan pada jiwa pilotku iaitu kamu.

Pilotku,
jadikanlah aku official co-pilotmu yang diiktiraf olehNya.
Dan akanku menunggumu dan awak-awak pesawatmu,
mendarat dihalaman rumahku.

-AizaAkmal Zulkifli-
26.01.2014



Jumaat, 17 Januari 2014

A Moment More




With every breath i take,
With every heartbeat,
I am always thinking of you

In my awake, breezing in my daydream,
In my sleep and imagination,
I am always thinking of you.

It's so obvious, i needed love,
From you my dear,
only then i will feel,
Alive.....

My dear,
I really do love you,
Because you give meaning to my life,
I will continue to love,
A moment more,
After ever-after.

In the moment of fear,
With all the struggles in life,
I'm grateful because you are here.

Let it be that i lost all my worldly posessions,
As long as you're still here.
It's so obvious, i needed love,
From you my dear,
only then i will feel
alive.....

i will continue to love,
a moment more,
after ever-after.

... S E D E T I K  L E B I H ...