Followers

Saturday, July 30, 2011

Rindu Ramadhan




Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

by:Devotees
Composed/written/music arranged/mixed/mastered by Halim

Wednesday, July 20, 2011

Si Kembar

Assalamualaikum ouls,
4.4.2011 bru nih, org dapat family baru au,
kembo 3 agi tuh,
tapi sayangnyer, hanya tinggal 2 jer,
tapi org ttp bersyukur sbb dapat jaga si kembar ni..
seronok..
dah macam anak sendiri dah.
hehe..
nak nengok gambo??
meh3..heheh




















Yang Putih tu nama dia Awan, yang bertompok2 tu, nama dia Bulan..
heheh...Sewiiit x name dieorang?

Sekarang ni, umo die dah 16 hari da,
mase hari ke 15, orang dah letak die ngan mak die, bia die main keja2 ngan mak die la.
hehe...
Sewiiit je si Bulan duk keja org petang tadi..huhu...
k lah, nnt sambung agi kisah Bulan ngan Awan ek..
hehe..
daaa

Tuesday, July 19, 2011

Abang Amran Bercerita Pt 4 “ Panas Baran”


(Sekadar gambar hiasan)

Assalamua’laikum semua..
Hari ini pula, Abang Amran ingin bercerita mengenai sifat tercela yang dibenci oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. iaitu marah dan panas baran.
“Adik- adik, perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan. Sikap marah yang terlampau, panas baran, kepala angin, naik hantu, yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang sifat malu, sanggup bertindak di luar batasan sehingga kadang kala boleh mencederakan orang lain. Perasan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Sikap marah antara puca syaitan dapat masuk ke hati manusia”, kata Abang Amran.
“Abang Amran,bagaimana jika kita tak dapat kawal marah? Berdosa tak?”, Tanya Zulaikha.
“Bagus soalan tu. Zulaikha, Islam memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu. Memang ada diantara kita tak dapat kawal perasaan marah itu, tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum melepaskan geram atau menghamburkan kata-kata yang tidak baik kepada pihak lain. Selain itu, kita sebagai insan yang berakal mestilah menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata. Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya”, jelas Abang Amran.
“Selain itu, Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. "Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).”, jelas Abang Amran lagi.
“Abang Amran,bagaimana jika kita tak sengaja melepaskan marah terhadap orang lain?”, soal Balqis.
“Balqis, sifat marah akan timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama adalah dengan mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi, misalnya jika sedang marah dalam keadaan berdiri, duduk seketika. Kemudian, mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran”,beritahu Abang Amran.
“Adik-adik sekalian, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati. Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya. Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa selidik. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.”, pesan Abang Amran.
“Bagaimana jika seseorang itu sengaja menimbulkan kemarahan kita”, tanya Haiqal.
“Haiqal, walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan. Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain”,
“Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari). Ini menggambarkan bahawa kita perlu sabar dalam menangani perasaan marah”, jelas Abang Amran.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).
“Tapi, bagaimana pula jika kita yang dimarahi sedangkan kita tidak melakukan kesalahan itu?”, soal Farhan.
“Begini Farhan, sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.Allah ada berfirman yang bermaksud, : "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).”, jelas Abang Amran.
“Oh..begitu..”, kata Farhan.
“Baiklah adik-adik, setakat ini sahaja kisah Abang Amran pada kali ini. Diharapkan adik-adik dapat memahami apa yang disampaikan oleh Abang Amran ini. Adik-adik, Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu, setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan kita sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.”, nasihat Abang Amran.
Wassalam.
____________________________________________________
Fuhh...Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga mengupload kesemua kisah Abg Amran ni. Cerita ni dikarang oleh kami ber3, (Aiza,Nieza,Dayah). Ini adalah esemen kiteorang untuk Persatuan Puteri Islam Sem1. Dalam ke empat-empat kisah ni, ada juga info-info yang kami cari di internet dan kami olah semula.
nak baca kisah Abang Amran yang lepas?
Klik tajuk dibawah.

Sunday, July 17, 2011

Renovate.Again and Again.


Salam..

Arghh...wa xtau nak buat ape dah dengan belog ni, sentuh situ, sane xkene, sentuh sana, sini lak xkene.
adoii aii....
So, wa ambik kesempatan cuti ni nak menaturalkan belog wa ni seperti biase,
As simple as me..wakkakkakka...
k larhh...


psttt: ade ke org masuk belog wa ni???huhu

Wednesday, July 13, 2011

Sama-sama daun bambu, nanti hang kene bagi tau..


Ngeeeee...

14/07/2011

Merujuk kepada tajuk entry diatas, seperti biasa, entry in adalah kesinambungan antara belog cik jierah dan juge belog sukasukisakan..

ekekeke..

Disebabkan cik jierah tak letak tempat untuk mengomen, jadik, saye dengan berbesar hatinyer, buat satu lagi entry khas untuk cik Jierah..ekekke


Disebabkan Cik Jierah telah berjanji kepada cik Sukasukisakan, bahawa cik jierah nak ceritakan kepada cik sukasukisakan gerangan orang yang disekodeng oleh cik jierah, maka, dengan ini, saya menuntut hak saya untuk mendengar cerita cik jierah...


Erkk..ape bende yang aku merapu nih??


hahah..okeyhlah, disebabkan cik jierah ade menyebut didalam belognyer bahawa beliau cayang cayangg cayannnggggggg sayaaaa, maka dengan ini, saya pown nak cakap,

saye pown cayang cayangg cayannnggggggg kamuuu..

hehe...sekian...




Contest: Teringat mase budak-budak dulu


(Wa rase header belog Nieza ni canteeq, sbb die kale ijow..heheh..)


Disebabkan wa ditag oleh Cik Nieza untuk join contest dia, so dengan berbesar hati (sambil kembang idong), wa join contest dia... Harap wa dapat la gift daripada dia.. hehe. (ayat membodek x?? :P)


Sebenarnya, wa dah tak ingat kisah masa budak-budak dulu, tapi ade satu kisah yang membuatkan wa nak senyum dan gelak sesorang je. heheh. (ha,tgok dah mula penyakit).


Teringat masa budak-budak dulu. Peristiwa ni berlaku masa umo wa xmencapai 20an agi. (kira budak ag la). haha.


Kejadian ni berlaku mase wa dan kawan wa duk lepak kat surau. Masa tu takda kuliah maghrib. Kitaorang baru lepas baca yasin kalo xsilap. Time tu aku rase mcm nak mengenekan orang je. hehe. Ape lagi, keluarlah idea jahat wa yang sedikit sopan.


Mangsanya, 3 org kawan wa diimport dari Sabah dan Sarawak. Nama dia biarlah rahsia. Meh bace dialog kiteorang...


Wa: 'Aku pandai baca fikiran orang'

Sabah A: 'xcaye lah'

Wa: 'Okeyh aku bace fikiran kau'

Pastu wa buat2 pakar la dalam membaca fikiran org ni sambil diperhatikan 2 org kawan wa dari Sarawak.

Wa: 'Herm, musti dalam kepala ko cakap aku kiut an?'

Dengan muke gelabah budak tu menjawab,

Sabah A: 'mcm ne ko tau?'

Wa: 'Ha,kan aku dah cakap aku boleh baca fikiran org'

Dengan muke yg berkerut, die suruh wa cube baca fikiran die lagi.

Wa: 'Hermm, ko tengah menyangkal kebolehan aku an? ko xpecaya aku bole bace org an?'

Dengan wajah yang pucat lesi,die mengangguk lalu beredar ketepi dinding surau kerana terlalu terkejut. Lalu wa tambahkan kepercayaan mereka terhadap kebolehan wa.

Wa: 'er╬║kk. dinding tu 'keras'..

Mereka ber3: 'hah??' (dengan muke yang kalo toreh xkua darah)

Wa: 'Yelah.dinding tu keras,kan batu tu.keras lah..kah3' (Sambil wa ketawa terbahak2)

Yang aku kompius,dieorg xgelak pown. dieorang mmg bebetol ingat aku ni ahli sihir ke ape macam Wizards of Waverly Place tu. haha.

Dengan muke yang agak-agak kiut,aku cube menerangkan balik kejadian tu kepada mereka. Tp mereka tetap menganggap aku ni ahli sihir.haha.

Hahh,ambek ko aiza,kan padan muke ko..

Wa pown macam xpercaya je wa dapat bace fikiran budak tu, niat wa cume nak gurau2 je..hehe... adoila... Dari aritu terus kiteorang jadi rapat.. Sebab ape?? Sebab dieorang suka wa cerita bende2 merapu yang agak menakutkan kat dieorang. Al-maklumlah, malam2 selalu kene kacow..ngeee...dorm tepi padang lak tu.hehe..


Lepas join contest ni, wa asyik teringat masa budak2 dulu jerk..ekekek


Tu jelah cerita yang wa dapat sampaikan kepada Cik Nieza untuk memenangi shawl, topi dan jam..hehe


Wa tak tau nak tag sape, wa rase macam nak tag Jierah,Maira,CipOotSedut,ShYana,AikoFarahSyahida... Aishh...semualah..ehhe



(sekadar hiasan)

Sunday, July 3, 2011

family day's out [Kuantan]


~Duta Village Beach Resort~
biarlah gambar yang berbicara..ekeke

















Saturday, July 2, 2011

dont lost your pen


Lost your pen = no pen
No pen = no notes
No notes = no study
no study = fail
fail = no diploma/asasi/degree
no diploma = no work
no work = no money
no money = no food
no food = you get skinny
skinny = then you get ugly
ugly = no lover
no lover = no marriage
no marriage = no children
no children = alone
alone = depression
depression = sickness
sickness = death


lesson: Don't lost your pen