Followers

Ahad, 28 Oktober 2007

SPM datang dahh..

wawawa...

takutnyer...SPM da dekat, so,

"wahai kawan2 blog ku sekalian..... di sini, saya, Aizatul, selaku penulis blog nie, nak mintak ampun la banyak2 kat semua ek, kalo banyak wat salah... doa kan sayer berjaya dalam SPM nie ekk....mungkin nie post yang terakhir la ekk, buat sementara waktu jer... Tp,saya akan sambung lepas SPM nie ekk,...

Ok, kepada sahabat2 ku yang berada di SMKSED, SMKTIZ, SMTD, SMKSO, KISAS, dan dimana korang berada.. saye doakan selamat berjaya la ekk..banyak2kan berdoa...
sekian...
Asalamualaikum!!

selamatt!!

Sabtu, 27 Oktober 2007

SPM

wawawa…

takutnyer…SPM da dekat, so,

wahai kawan2 blog ku sekalian….. di sini, saya, Aizatul, selaku penulis blog nie, nak mintak ampun la banyak2 kat semua ek, kalo banyak wat salah… doa kan sayer berjaya dalam SPM nie ekk….mungkin nie post yang terakhir la ekk, buat sementara waktu jer… Tp,saya akan sambung lepas SPM nie ekk,…

Ok, kepada sahabat2 ku yang berada di SMKSED, SMKTIZ, SMTD, SMKSO, KISAS, dan dimana korang berada.. saye doakan selamat berjaya la ekk..banyak2kan berdoa…
sekian…
Asalamualaikum!!

selamatt!!

Jumaat, 26 Oktober 2007

majlis Jasamu Dikenang

huhh...23-10-2007 sambutan Majlis Jasamu Dikenang...

so,ramai la yang datang..Smuanya berpakaian sopan...tapi..

xsempat nak buat sesi photography la....

sikit jer..tu pun luar dewan.

nak tengOk gambar???

hhehhe...







taun dpan xder da la benda nie...waaa, kalu ade pown,,,

saye xder kat situ..

Khamis, 18 Oktober 2007

di hari ghayer!!

huhhh...MERIAH tul...

cam MYDIN la...hahha...mai2 tgok sape dtang braye umah saye..

payied,hazwan,nick,alit,amar

nie hahh bebudak nie kul 6ptg baru nak dtg... isk2...

tp xper...mekasih la sudi dtang ekk...

hhhe...

Selamatt...

di hari ghayer!!

huhhh...MERIAH tul...

cam MYDIN la...hahha...mai2 tgok sape dtang braye umah saye..

payied,hazwan,nick,alit,amar

nie hahh bebudak nie kul 6ptg baru nak dtg... isk2...

tp xper...mekasih la sudi dtang ekk...

hhhe...

Selamatt...

Selasa, 16 Oktober 2007

satu hari dihari raya..

huhhh...

dengar beduk berbunyi,

sayup bergema di subuh sunyi.

memanggil kepada muslimin

segera berbakti kepada Ilahi

hahh.... tu la lagu rayer kalo nak tau..

kih2... di kesempatan nie, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blog yang ada kat Malaysia nie,mane la tau tersalah mengutuk ke,ape ke...

ekk.ekk...hehhe.....salam lebaran yer semua...

aizatul akmal

Khamis, 11 Oktober 2007

slamat pergi dan selamat kembali







Dr Sheikh Muszaphar Shukor

slamatttt

baliklah woK!!! baliklah!!

Baliklah Wok baliklah
Hari raya dok baik bekok
Mok terima mung sayang
Salohnye cuma silap belaga buah getoh
Silap sikitnye rebus ubi kayu dok rebus ubi torok
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok
Hari raya ning baliklah Wok
Mok sorang berlagu pilu sedih
Ayoh mu gi dok royat nok mati
Rasa nok gelekek tadok tepat geli
Raya same mung dok tahu tepat nok gi
Baliklah Wok!
Anok anok ku,
Kalu mu kenang duana mung tubek
Kalu mu kenang sape beso ke mung
Kalu mu kenang sape dia jaga mung jok kecik
Kalu mu kenang macang mane mung buleh baca
nulih
Pagi raya ning mung ade cokoh dumoh
Pagi raya ning mung watt air dappor
Pagi raya ning ciung tangang orang tua
Pagi raya ning mitok maaf denge mok
Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel
mung
Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal
Hadioh paling come, hamper paling beso
Hari raya, mung seremelah paling beso
Anok beranok, warih waroh

p/s: wahai anak-anak....pulanglah di hari raya.!!!

slamattt!!

Selasa, 9 Oktober 2007

berbudi pada binatang.

Assalamualaikum...

huhh...letih betul ari nie ekk..Balik skolah tadi kene jalan kaki pergi perpustakaan awam..

Tapi..huhh.. dapat gak saya pinjam buku nie..

tajuk dia " KEMUSYKILAN HUKUM..MENJAWAB PELBAGAI PERSOALAN SEMASA..".

sO,kat bLog nie la, saya nak kongsi persoalan2 tu ngan anda semua...

 


sOAlan:


 


apakah hukum kita memberi makan kepada binatang?


 


adakah ia termasuk sedekah?


 


Jawapan:


harus berbudi kepada binatang. Islam menggalakkan umatnya berbudi kapada seluruh makhluk ciptaan Allah sama ada manusia,jin,binatang, tumbuhan dan sebagainya.

Perbuatan itu termasuk sedekah yang akan diberi ganjaran...insya-Allah...

Dalam riwayat yang sahih, seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana memberi minuman kepada seekor anjing..

...

so, sayangilah binatang di sekeliling anda ekk!!...



slamatttt...

Sabtu, 6 Oktober 2007

cara mencari malam Lailatul Qadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 hb Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!


Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

selamattt..

fadilat 10 malam terakhir

SEKARANG kita memasuki 10 hari terakhir Ramadan. Ini merupakan fasa ketiga yang menjanjikan selamat dari api neraka.

Pada 10 malam terakhir dalam bulan mulia ini, Allah menganugerahkan satu malam yang sungguh istimewa dan penuh berkat padanya iaitu Lailatul Qadar yang diiktiraf Allah sebagai satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.
Banyak hadis nabi yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar, antaranya hadis riwayat Aisyah r.a yang bermaksud: “Carilah sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Namun, malam sebenarnya Lailatul Qadar muncul tidak diketahui dengan tepat. Ternyata Allah menurunkan Lailatul Qadar yang penuh kerahmatan, limpah kurnia dan keampunan ini sebagai rahsia Allah kepada hamba-Nya.

Tentu ada hikmah kenapa Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar kepada hamba-Nya.

Pertamanya bagi menggalakkan umatnya mencari serta menantikan malam itu dengan memakmurkan sebaik mungkin 10 malam terakhir Ramadan.

Seterusnya malam itu juga disembunyikan kerana kelebihan Lailatul Qadar tidak diberikan kepada sebarangan manusia, sebaliknya dikurniakan pada mereka yang benar-benar berusaha mencari serta memakmurkan malam itu dengan amalan kepada-Nya.

Namun, jangan ada pula yang meringan-ringankan amalan dan Tarawih pada 10 malam pertama dan kedua Ramadan sebaliknya hanya hendak bertarawih dan ibadat pada10 malam terakhir saja.

Ini tak betul kerana nak cari berkat Ramadan ini macam juga main bola, nak masuk pusingan akhir kenalah menang pusingan pertama dan kedua dulu. Mana boleh terus masuk akhir.

Justeru, marilah kita mencari malam penuh berkat ini. Bagi yang benar-benar mencari Lailatul Qadar mereka memakmurkan semua 10 malam terakhir.

Mengikut hadis pula Lailatul Qadar ialah malam ganjil pada sepuluh terakhir Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Memakmurkan malam-malam itu dengan solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana Rasul bersabda maksudnya:

“Barangsiapa solat Isyak berjemaah pada malam Lailatul Qadar seolah-olah beribadat separuh malam dan barangsiapa solat Subuh berjemaah akan dapat pahala separuh malam lagi.”

Perbanyakkanlah ibadat, berzikir dan berdoa serta bangunkanlah seluruh ahli keluarga atau jemaah masjid jika beriktikaf untuk bersama memakmurkan 10 malam terakhir agar bertemu malam Lailatul Qadar ini sebagaimana yang selalu dilakukan Rasulullah s.a.w.

Sekian, salam Ramadan.