Followers

Ahad, 27 November 2011

Hamtaro the Tikos Bijak



Assalamualaikum...
ha..arini nak upload pasal binatang yang dah sebulan lebih dibeli..
TAro namanya..
budak ni saya beli dia dekat Pekan Tanjong Malim.
rasenyela, ade satu je kedai kat pekan tu,
kat tempat lain denga kata dekat balai bomba tu..
tapi jauh sangat la plak..
heheh

berbalik kepada Taro..
binatang ni dulunya pemalu orannya binatangnya.
dulu selalu menyorok bawah bedding dia.
tapi sekarang, dak kenal tuan,
tidonye asyik telentang je..
mcm tuan dia..
hahaha

BTW,
Taro dah semakin ensem tau.. <3


Senaman baik untuk kesihatan..





Encemnyerhhh.. ^__^


Cikgu Aiza cakap:
Banyak betol program n esemen.
sampai xcukup tido.
xde masa nak bersama taro..
kesian taro..
nnt taro lari balik umah bapak angkat dia.hha.

Khamis, 17 November 2011

Pelangi di Kampus Sultan Azlan Shah




Cikgu Aiza cakap:
Subahanallah...
dah lama xtengok pelangi..

Akan ku jumpa


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Cikgu Aiza cakap:
lagu ni best..
ari2 denga lagu nih (sbb bukak belog, kompem2 denga..eeheh)
kepada semua murid2, belanje la cikgu,
kan da dapat rm 100..
heheheh

Isnin, 14 November 2011

lagu khas untuk peminjam PTPTN


PULANGKAN….(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa

cikgu Aiza cakap:
dikopi daripada fesebuk kazen

Rabu, 9 November 2011

#2 Wordless Wednesday

'Akmal'


Cikgu Aiza cakap:
Dah pukul 11 lebih baru nak buat wordless-wordless nih..
haha...
layankan aje la..


Khamis, 3 November 2011

Oh kesian GST.



[Malaysiakini] Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.


Cikgu Aiza cakap:
1. Kami nak posting.
2.Kami nak posting.
3. Kami nak posting.

Sekian..