BAB
6
“Cikgu-cikgu, sila
beratur berdua-dua ya. Bila dipanggil sila bergerak mengikut arah yang betul. ”
Laung seorang Seketeriat Minggu Suai Kenal dengan menggunakan pembesar suara di
dewan Kolej Zaba.
“Wah.. belum daftar
lagi, dah panggil ‘Cikgu’.. Untungla..” Seloroh Akmal Rakin.
“Haha.. jeles la tu.
Nanti Akmal masuk la sini jugak, boleh merasa panggilan cikgu jugak” Jelas Iman
sambil menumbuk lembut bahu Akmal. “Iman
pegi beratur dulu ya Umi. Nanti bila dah selesai, kita jumpa dekat kereta ya” Kata
Iman kepada Puan Zanariah sambil membawa file
dan keperluan untuk mendaftar.
Puan Zanariah
mengangguk dan melihat Iman pergi menuju ke dalam barisan yang dibuat sejak
tadi. Iman nampak mesra berbual dan bersalaman dengan beberapa orang pelajar
yang mendaftar pada hari itu. Iman melihat Puan Zanariah memerhatikannya dan
sambil melontarkan senyuman, Iman membuat simbol ‘peace’ kepada Uminya.
“Hai anak aku sorang
ni, perangai tak berubah-ubah, macam budak kecik.” Jelas Puan Zanariah didalam
hati sambil menggeleng dan tersenyum sendirian. “Akmal, jom teman Umi beli
barang-barang untuk kakak kamu kat khemah sana.” Ajak puan Zanariah.
“Jom, lagi pun tengah
dahaga ni.” Jawab Akmal Rakin ringkas sambil tersenyum manis.
“Ye,
Umi tau anak Umi ni dahaga dan lapar, sebab tu Umi ajak Akmal jalan-jalan
dengan Umi. Sambil tu boleh beli minuman dan makanan sekali. Jelas Puan
Zanariah sambil mencuit manja hidung Akmal.
Walaupun
Akmal hanya anak angkatnya, namun kasih sayang yang dicurahkan oleh Puan
Zanariah kepada Akmal Rakin adalah sama dengan kasih sayang yang dicurahkan
kepada Zaharul Shafie dan Iman Sofea. Akmal juga diajar cara menghormati orang
tua dan mengamalkan sifat-sifat mulia didalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama,
Kelihatan Zaharul Shafie mundar-mandir di kawasan khemah seperti mencari
sesuatu yang hilang.
“Eh
Umi, tu Along kan? Macam mana Along boleh ada kat sini Umi?” Soal Akmal Rakin.
“Ha,
yelah Along kamu tu kan belajar kat sini juga. Dia bertugas untuk mengawal
pelajar-pelajar baru yang daftar harini. Mungkin Along cari Iman” Balas Puan
Zanariah.
“Alongggggggggggg!”…
Laung Akmal Rakin.
Sambil tersenyum,
Zaharul melambai-lambai kearah Umi dan adiknya, Akmal. “Ha…Jumpa pun Umi kat
sini. Mana Iman?” soal Zaharul.
“Iman dah masuk dalam
dewan dah, tadi tengah beratur, sekarang umi tak tau la pulak” Jelas Puan
Zanariah. “Along dah makan?”
“Belum la Mi” sambil
tangannya mengusap-ngusap perut. “Umi, Along rasa macam nak sakat Iman je kat
dalam tu. Along pergi dulu ye Mi. Assalamualaikum” Kata Zaharul sambil menyalam
Puan Zanariah dan berlalu pergi.