Followers

Ahad, 23 November 2008

mengintai langit



Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu,
bermimpikanmu sepanjang malamku

Jumaat, 21 November 2008

cinta langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.



Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.



Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Selasa, 18 November 2008

cinte munyet

Alhamdulillah...akhirnya ada jugak kesempatan nak update blog ni...emmm...ari neyh nak cakap pasal CINTE..bOley x ehh nak cite2 sket..kOngsi pengalaman...huhu



Hehh...pandangan saye sbagai remaja la kan,remaja nih suke mencube sumthing new..


actually, xdapat dinafikan, saye pown penah jugak ler terjebak dalam “jerat percintaan” neyh..


hahakz...tu zaman mude2 dulu larh, zaman munyet..n cinte pown munyet gak..Saye pown penah gak rase perasaan sayg,windu kat pasangan kite tuh...heheh...tp, skarang da sedar da la... juz nak tumpu kat stadi dulu,pastu keje...kalo ade jOdoh,panjang umO, kawen la..huhuu...lagi pown mude lagi...18tahun baru..taun depan exam besau...STPM...



eh,teruskan kpd cerita kita...bagi pasangan yg bercinte tuh kan,mgs pOwn mula la bebunge...



“i lap u u lap i” larhh


“i miss u” larh...


“i need u” larh


“xley idOp la kalO xjumpe sehari”


xpat tidO malam kalo xdenga sOre la...


(bukan saye larh,org len)


ape la..ini la...itu la...isk3..



nak mandi msg,nak makan msg,nak tido pown msg,aish..nasib baik tengah tido xmsg... mule lah kalo kat skola sanggup xbelanja tyme rehat,nak kumpul duit beli prepaid la katekan...hahha...bagus..pandai urus duit...xpayah belaja ngan AKPK (agensi kaunseling dan pengurusan kredit) pown xpe..hihi



kalo pasangan same skolah plak, mule lah dengki, cakap ngan pmpuan lain siket da jelez, mule la mOgok xnak anta msg,xnak angkat tepon la..aishh..memacam...dan peperangan mule meletus...uhuhhu...nak jugak kene pujuk...isk...



mule la nyanyi lagu2 cintan..haha..nak pujok la katekan,



“kau tahu bertapa ku sayang padamu,


hanya bidadari sebagai ganti,


hanya takdir mentukan ia,


oh belaian jiwa...


oh angin,


sampaikan lagu ku padanya,


yg sedih pilu,


terimalah lagu ku jadi teman hidupmu untuk slamanya”





“terdengar bisikan mesra


kalimah keramat bermentera


bermulanya siang berakhir malamku


tak akan ku jemu menyebut namamu”





“ aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,


aku ingin menjadi sesuatu,


yang mungkin bisa kau rindu


karna langkah merapuh tanpa dirimu,


karna hati tlah letih.”



cinte..punye cinte...punye cinte....tupp2...clash...hahah...tu larh cinte munyet name nyer... kan da sedeyh...da betaun2 kapel,setia la sangat kunOn nyer,tup2, pasangan curang,pantang nampak pempuan dahi licin, hah...ape lagi, ayat la...pempuan lak, pantang laki ambik berat sket, laki plak ayat.fuh, kan.....



mule la xlalu makan, mate bengkak, hingus neleh jer....isk3..tak terurus....start dari tu mule la dengar lagu2 sedeh...pastu ingat kenangan-kenangan mengusek jiwe...isk buang mase...





“kau hancurkan aku dengan sikapmu


tak sadarkah kau telah menyakitiku


lelah hati ini meyakinkanmu


cinta ini membunuhku


bagaimana caranya untuk


meruntuhkan kerasnya hatimu


ku sadari ku tak sempurna


ku tak seperti yang kau inginkan”



haish..macam2 la kan gelagat budak2 muda skarang....nasihat saye la kan kat remaja2, bukan stakat remaja, budak umor 9 taun pown pandai bercinta,hahah...nasihat saye “fikir dulu sebelum buang” ehh..salah la plak...fikir sblom terima seseorang untuk bertakhta di hati kita..kita n hati kita,juz kita ngan hati kite je yang tahu betOl xperasaan yang kite ade ni.....kite jugak xbleh tOlak perasaan cinta yang dianugerahi Allah nie, prasaan cinta n sayang nie ada dalam setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah..



"Tolong sampaikan pada si dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..





Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..





Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..





Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..


Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..


Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..





Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..


Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..





Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..


Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..


Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..





Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..


Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..


Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..





Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..


Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..


Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..





Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..


Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..





Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..


Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..


Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...





Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..


Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."