Followers

Sabtu, 2 Februari 2013

Buatmu Sahabat yang baru dikenali





Assalamualaikum..

Entri ni khas buat seorang SAHABAT yang baru saya kenal, As.
Beliau sangat disenangi dan sangat baik budi pekerti.
Kalau diizinkan, saya teringin nak ada kawan yang ramai, yang sama macam dia..
Berterus terang, redha dengan ketentuan dan sangat setia.
Walaupun hanya sekejap kita berkenalan,
ia tetap menjadi ingatan buat saya sampai bila-bila.

Tabahkan hatimu dengan segala dugaan yang menimpa.
Ya saya tau, sakit sangat bila ditinggalkan.
Saya harap sangat dapat bantu kamu sahabat.
Tapi saya tak mampu lakukan lebih dari tu.
Maafkan saya SAHABAT...

Kecewa? Ya, memang saya kecewa,
Saya kecewa sebab awak dah tinggalkan sahabat baik awak ni..
Tapi tidak mengapa SAHABAT,
Saya tau niat awak..
Dan saya sentiasa ingat,
Bahawa setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Bunga bukan sekuntum SAHABAT,
Andai dia bukan jodoh kamu, maka redhalah dengan ketentuanNya.
Yakinlah sahabat,walaupun kamu berpisah dengannya, ada lagi yang terbaik buatmu.
Mungkin ada yang sedang menantimu.
Sesugguhnya, DIA mengetahui apa yang terbaik buatmu, SAHABATku.

Perjalanan kita masih jauh SAHABAT,
Masih banyak lagi perkara yang kita harus lakukan.
Berserahlah kepada Allah,
Kerana DIA lebih mengetahui segalanya.

Semoga Allah menguatkan hati kita yang semangnya lemah dengan dugaan.
Persiapkanlah dirimu menjadi mukmin yang soleh SAHABAT.
Semoga bertemu bidadari yang solehah buat seorang mukmin yang kuat imannya.

Ingatlah SAHABAT,bila duduk negara orang,
Mesti jaga diri, jaga Iman.
Belajar niat kerana Allah, bukan niat nak kejar perempuan..
Ingat ye SAHABAT..

Doa saya dari jauh, semoga SAHABAT saya yang jauh dimata ni,
beroleh kejayaan diDunia dan diAkhirat.Amin..
Terima kasih SAHABAT kerana pernah menjadikan hari-hari saya ceria,
walaupun awak tak ada didepan mata..

Dah habis belajar, balik Malaysia, suruh mak carikan bini sorang.. :)
Jangan sedih-sedih.. ^_^

Allahu'alam..
Wassalam...

with love: AizaAkmal Zulkifli

Sabtu, 29 Disember 2012

Selamat Menduduki Peperikaan Akhir Semester 1 12/13


Assalamualaikum Sahabat.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf kepada semua sahabat yang pernah terguris dengan kata-kata dan tindakan saya...:) Terima kasih juga sebab sama-sama melalui kehidupan yang penuh suka dan duka terutama buat sahabat baik saya. Korang memang osem,sanggup melayan saya yang kadang-kadang seperti kanak-kanak (yang comel :P).

Semoga dipermudahkan olehNya untuk kita semua. Percayalah pada diri sendiri, belajar ikut strategi tersendiri, ikut jadual yang dibuat, dan pastikan juga rehat yang cukup. Jangan terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan otak terlalu penat dan tidak dapat jawab dengan baik pada hari peperiksaan nanti.

“Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.” Selamat maju jaya ^_^
Assalamualaikum^_^


*jupa* = *lupa* typo..hihi





P/s: Good luck Aiza.. ^_^ . Buat yang terbaik.. :)

Rabu, 12 Disember 2012

#5 Wordless Wednesday




Saat aku kenali dia,
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

*comella awak. :) *