Followers

Monday, February 18, 2008

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , "
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang
soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pun pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

2 budak mengomen:

zool said...

begitulah kelebihan yang diberi olehNYa..
Bersyukur lah kepada insan wanita.

aizatul said...

yer...sy bersyukur dilahirkan sebagai seorang insan yang bernama wanita..
=)