waaaa..sedeyh2
Followers
Selasa, 18 Mac 2008
saLam tErakhir!!!
Ayah,ibu n pembaca setia blog ku ni..Emm..esok 18hb 3..Kite sempat lagi nak buke blog nie wat kali terakhir sebelum naik bas pegi PLKN..Untuk pengetahuan semua, kite dapat kat Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu,SelangOr..
Emm..sebelum tu kite da tulis lame dah artikel nie,tp ari nie juz nak kemaskini ngan publish jer..
Sebenarnye,tujuan kite tulis mende nie,kite nak mintak maaf kat ibu,ayah,alOng,angah,kakak.
Kite tau kite banyak buat salah kat semua..I'm really2 sorry,Please 4give me ya!!.
emm..kite nak mintk maaf mlalui lisan,kite malu..^_^....memandangkan kat umah ade teknOlogi,sO,kite tUlis la artikel nie...huuuhuuuu..
hUmm...kite tau!!!,kite bUkan ler anak yang baek,sOb..sOb..butz,kenyataan..kite sbnarnye mmg baek..heheh...Emm..kite slalu jer wat ibu naek hangin..huuu...ayah rilex jer...sOrry Bu!!
kite pOwn tau kite nie malas sejak kite lahir agih..huuh...maaf yer,kite tak bleh jadi macam along angah n kakak..dieoRang lain..kitye lain..
=(
ibu,ayah,kite mintak maaf kalo selama nie kite degil..tak denga kate,malas,xsmacam yang lain..maaf kalo result baru nie xberape memuaskan...
Tp,kite da cube sedaya upaya dah untuk dapat yang terbaik..tp....=(
Kalo lepas nie ibu rindu kat kite,ibu bukak la bLog kite nie..Tolong dOakan keselamatan kite kat sane nnt..Kalo terjadi pape,redha jer..
Kepada kawan2 kite.kite nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ujung kaki..Em..jirah,yana,ayuni,ella,izah,fliana,anis,dayah,anuar,yOyO!!,detektive nma,niena,fattah,fahmi,dak2 fOrm 5 s.Hayat 2007..kwan2 bLog,kOmandOtrg,biskutz,sOul,n lain2..Doakan keselamatan kite ekk..kite xkan lupekan kOrang semua..=(
Sesungguhnyer, kite akan sentiasa rindu kat kamO semua..
bai2
Khamis, 13 Mac 2008
to all ma fren
TAHNIAH!!!
Selasa, 11 Mac 2008
T.U.L.A.N.G
Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari.
<font size="5">Untuk maklumat lebih lanjut KLIK disini</font>
Ahad, 9 Mac 2008
Ibu bapa berdosa izin anak berdating
BERDUA-DUAAN antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram. Apakah pula hukumnya ibu bapa yang mengizinkan anak perempuan mereka keluar dengan teman lelaki sama ada berjalan-jalan atau menonton wayang?
JAWAPAN
Keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram adalah ditegah dan hukumnya haram. Apatah lagi menonton wayang bersama teman lelaki juga adalah haram.
Perbuatan ibu bapa yang mengizin anak perempuan mereka keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram juga haram. Dalam hal ini kesemua yang terlibat berdosa. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang merestui anak perempuannya melanggar perintah Allah s.w.t.
Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh dan bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka yang diamanahkan kepada mereka. Ibu bapa yang mengkhianati amanah ini pasti akan mendapat balasan seksa dua kali ganda kerana mereka merestui malahan menghalalkan apa yang telah jelas haram di sisi Islam.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka…. (al-Thagabun: 14).
Dalam ayat lain, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32).
Ibn Kathir berpendapat maksud zina di sini ialah: “Apa sahaja jalan yang membawa kepada maksiat”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, jld:3, hlm: 55).
Dalam surah al-Thagabun Allah s.w.t. menjelaskan bahawa anak-anak itu dikurniakan kepada manusia kemudian diuji dengannya. Kadangkala anak-anak ini menjadi penawar hati kadang- kadang menjadi musuh kepada kedua- dua ibu bapanya.
Anak-anak lahir ke atas bumi ini dalam keadaan suci dan bersih seperti mana hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud: Setiap anak Adam itu lahir ke atas bumi ini dalam keadaan fitrah (suci jiwanya ), maka ibu bapa yang menjadikan dia Nasrani, Majusi atau Yahudi… (riwayat Bukhari no. 1385).
Kesimpulannya, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak itu menjadi seorang yang baik atau menjadi seorang derhaka kepada Pencipta dan kedua-dua ibu bapa.
Masyarakat perlu faham kadang-kadang perbuatan mereka mengundang musibah yang lebih besar. Apabila seorang lelaki mendampingi seorang wanita yang bukan mahram makhluk yang ketiga yang bersama mereka ialah syaitan.
Tugas syaitan yang dimaklumi ialah sentiasa membisikkan kejahatan dan kemungkaran dalam telinga anak Adam. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah seperti kapas yang berhampiran dengan api, bila-bila masa boleh terbakar. Akhirnya, si anak perempuan terdedah kepada zina. Mungkin juga membawa pulang perut yang berisi anak luar nikah sebagai ‘hadiah’ yang paling istimewa kepada kedua ibu bapanya yang merestui perbuatan anaknya. Ketika itu, ‘nasi sudah menjadi bubur, arang sudah disapu ke muka.’ Yang paling berharga bagi manusia juga sudah tercemar iaitu maruah keluarga.
Justeru, Islam meletakkan kaedah ‘menghalang daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik adalah lebih baik daripada merawat’. Ingatlah sesungguhnya menjaga dan membesarkan anak perempuan adalah lebih besar tanggungjawabnya kerana menjaga mereka seperti menggenggam bara api.
Nabi s.a.w. menjanjikan syurga bagi ibu bapa yang mempunyai dua orang nak perempuan atau lebih dengan balasan syurga. Balasan itu bersyarat. Syaratnya mesti mendidik mereka dengan agama, ajarkan mereka akhlak yang mulia, apabila mereka dewasa, kahwinkan mereka dengan lelaki yang soleh...