Followers

Sabtu, 14 Mac 2009

nazam ibu mengandung




Ibu mengandung 9 bulan,
Lebih dan kurang tak ditentukan,
Lahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpantang pula minum dan makan,


Cukuplah masa sampai ketika,
Lahirlah engkau ke dalam dunia,
Barulah suka ibu dan bapa,
Kepada engkau sangat kasihnya,


Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap darinya bukit,
Lama ibumu merasa sakit,
Sembilan bulan tidak berbangkit,


Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidurpun tidak barang seketka,
Makan dan minum tidak berasa
,

Berapalah dian dengannya tanglung,
Diangkat dituam lalu dibendung,
Sudahla jaga lalu didukung,
Kasih dan sayang tidak tertanggung,


Tidaklah tentu siang dan malam,
Bangun memangku di dalam kelam,
Terkejut jaga di tengan malam,
Tidurpun tidak lekat di tilam.


3 budak mengomen:

BeriBiru berkata...

salam..ana memang minat dengan nazam ni..
sangat menyentuh hati..

boleh ana dapatkan video nazam ni..atau recitation nazam ni??
sgt2 diperlukan..

aizatul berkata...

salam....
mp3 ader...
kalau nak,
sila bagi email kt saya..
insyaAllah, saya bg..
=]

~aizatul
[move - http://sukasukisakan.blogspot.com]

aqma berkata...

salam ziarah...sy suka nazam ni..dulu pernah belaja ms kat maktab...ade mp3 ek?kalau boleh sy nak mintak..boleh tak?