Followers

Rabu, 29 Julai 2009

oh..nO!!jerawat!!!!!!!!


hoho..awi neyh nak kongsi sket pasal jewawat(jerawat). ader yang cakap, jewawat neyh tumboh sbb de pnyakit angau@ gatai.. hahah.... tpkan... BUKAN LAaaa!!

Akne merupakan masalah kulit yang biasanya mengganggu remaja. Kamu mungkin mengenali jenis akne seperti jerawat, bintik hitam atau bintik putih. Ia selalunya dijumpai pada wajah, dada, belakang dan lengan. Akne mungkin membuatkan kamu rasa malu dan mula rendah diri. Biasalah tu! Tapi jangan risau sebab ada cara untuk kamu mengawal akne.Akne merupakan perkara biasa ketika membesar dan ia tak akan kekal selamanya.

Apa penyebab akne: FIKIR SEMULA

  • Makanan manis buat saya berakne. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan akne. Akne disebabkan oleh pori yang bermasalah. Pori ini sebenarnya membuang kulit mati di dalamnya. Kulit-kulit mati ini kemudiannya menyumbat pori. Apabila ia berlaku, bakteria tertentu dalam kulit menyebabkan pori menjadi merah dan pedih dengan memecahkan kotoran dan minyak di dalam pori. Inilah sebabnya kamu mendapat jerawat.

  • Hanya mereka yang muda mendapat akne. Sebenarnya, orang dewasa pun ada akne juga! Tapi cuma orang muda yang lebih mendapat akne kerana perubahan hormon dalam badan mereka. Apabila seorang gadis sedang membesar mereka juga mempunyai sejumlah kecil hormon lelaki yang dibebaskan dalam tubuh mereka. Hormon lelaki ini membuatkan pori mula membebaskan minyak atau sebum. Pada masa yang sama, kamu juga mula ditumbuhi bulu pubik dan bulu di ketiak. Untuk orang dewasa, akne mungkin disebabkan oleh hormon. Selain dari hormon, penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan akne pada orang dewasa.
  • Kotoran, minyak dan peluh menyebabkan akne. Tak semestinya begitu. Bahang, peluh dan kotoran akan membuatkan kulit kering dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya kamu mempunyai akne yang agak sederhana, kotoran dan bahang akan membuatkan ia lebih teruk.

  • Saya boleh mendapat akne dengan memegang wajah rakan saya. Bukan begitu. Kamu tak akan dapat akne, jerawat atau bintik hitam sekiranya kamu menyentuh wajah rakan kamu, melainkan kulit rakan kamu mempunyai jangkitan yang disebabkan bakteria.

Akne disebabkan oleh:

Dan bukannya:

  • -Coklat dan gula-gula
  • -Kacang
  • -Peluh, bahang dan kotoran
  • -Dengan sentuhan pada kulit

0 budak mengomen: