Followers

Isnin, 22 Februari 2010

hi-tea zaman lame dulu..huhu

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mempromosikan konsep kejiranan 1Komuniti 1Koperasi dalam usaha meningkatkan bilangannya kepada 10,000 koperasi menjelang 2013.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mangsor Saad berkata, koperasi berkonsepkan gagasan 1Malaysia itu bermatlamat menggalakkan penyertaan semula rakyat dalam koperasi.

"Rakyat digalak menubuhkan koperasi di kawasan perumahan sama ada flat, apartmen, kondominium atau kariah masjid," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Jasamu Dikenang anjuran Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad, Tan Sri Aishah Ghani menyampaikan sumbangan kepada bekas Ahli-Ahli Lembaga Pengarah koperasi tersebut.

Mereka ialah Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Fatimah Abdul Majid, Armi Zainudin, Habshah Osman, Datin Paduka Wan Intan Wan Ahmad Tajuddin, Datuk Fatimah Ahmad, Datin Hamidah Hussain, Datin Mariati Abdul Aziz dan Datin Halimah Redzwan.

Sementara itu, Wahidah Ibrahim, 88, dipilih sebagai ahli paling lama dan paling aktif sejak Koperasi Jaya Murni ditubuhkan pada 1975.

Koperasi itu yang ditubuhkan Aishah ketika menjadi Ketua Wanita UMNO telah berusia 35 tahun dengan keahlian 2,691 orang dan pegangan syer RM2,469,735.53.

Mangsor berkata, 1Komuniti 1Koperasi itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Melalui penubuhan koperasi itu, jelasnya, rakyat akan dididik dalam bidang perniagaan.

Selain itu, katanya, penubuhan koperasi setempat dapat memberi peluang pekerjaan di kalangan ahli dan keluarga.

"Kos perkhidmatan yang ditawarkan koperasi juga rendah dan ini memberi peluang kepada ahli mendapat manfaat," katanya.

Utusan, Jan 10, 2010


Adeh..da brape lame dah article nie..hehe..baru nak upload..hehe...



0 budak mengomen: