Followers

Jumaat, 3 September 2010

SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

di'Copy' daripada belog MPP UPSI. untuk smua kengkwan yang tidak lagi mengetahui hal ini...


SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

Perhatian kepada semua mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda DIWAJIBKAN untuk mengambil slip semakan pendaftaran kursus Semester 1 Sesi 2010/2011 di FAKULTI MASING-MASING mengikut maklumat seperti berikut:

Tarikh slip boleh diambil --> 2 September 2010 hingga 1 Oktober 2010
Denda bermula --> 4 Oktober 2010

Anda DIWAJIBKAN menyemak pengesahan pendaftaran kursus tersebut dan sebarang pembetulan perlu segera dimaklumkan ke Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran)/Fakulti.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda didenda dengan kadar RM5 sehari.

Sekiranya tiada sebarang perubahan dibuat oleh pelajar selepas tempoh yang telah ditetapkan pendaftaran kursus tersebut dianggap betul dan sahih untuk tujuan peperiksaan dan pengijazahan.

Sebarang KEGAGALAN anda untuk mengambil dan mengesahkan pendaftaran kursus yang diambil boleh menjejaskan urusan peperiksaan anda. Sebarang kecuaian adalah di bawah tanggungjawab anda.

Sumber : Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran)

0 budak mengomen: