Followers

Ahad, 3 Oktober 2010

Permohonan Penginapan Kolej Kediaman bagi Sesi Disember 2010/2011

Adalah dimaklumkan bahwa Permohonan Penginapan Kolej Kediaman bagi Sesi Disember 2010/2011 akan mula diaktifkan pada 29 September 2010 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sehubungan dengan itu kepada pelajar yang berminat untuk menginap di kolej kediaman bagi sesi Disember 2010/2011, anda boleh membuat permohonan secara Online melalui My UPSI Portal bermula pada 29 September 2010 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2010. Pelajar diminta untuk mengisi Permohonan secara Online dan borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu di cetak dan dihantar ke kolej yang di pohon. Kepada pelajar semester 1 Ambilan Julai 2010/2011 anda juga perlu membuat Permohonan secara Online bagi mengesahkan penginapan di kolej kediaman. Sebarang masalah bolehlah di rujuk ke Unit Perumahan Pelajar JHEPA dengan menghubungi talian 05-4505338. Sekian. Terima Kasih

0 budak mengomen: