Followers

Sabtu, 11 Ogos 2012

Iman Sofea #5



BAB 5

Perjalanan dari Seremban untuk ke Tanjung Malim mengambil masa selama dua jam jika melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Disebabkan waktu pendaftaran Iman adalah pada pukul 12 tengahari, maka seawal jam 7 pagi, mereka berempat telah meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

“Umi, Iman berdebar la. Iman bukannya pernah berjauhan dari Umi dan Abi.” Jelas Iman sambil meletakkan dagunya pada kusyen penumpang dihadapan.

Puan Zanariah mengusap lembut pipi Iman. “Iman, tak payah risaukan sangat pasal semua tu. Apa gunanya along kamu dekat sana? Dia boleh tengok-tengokkan Iman kan? Iman jangan risau la.” Jelas puan Zanariah.

“Umi agak-agak la kan, muka comel macam Iman ni, sesuai ke jadi cikgu?” Iman gerun la pulak bila sampai kat sana nanti, muka budak-budak dekat sana matured je semua. Mesti dia orang tak pecaya Iman ni 20 tahun kan Umi? ” Seloroh Iman.

“Haha.. Yelah, mesti dia orang tak percaya sebab umur dah tua, tapi perangai macam budak-budak lagi, kan Abang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman sambil ketawa

“Awak ni kok ye pun nak menyakat Iman ni, tunggu lah sampai sana dulu, boleh kita menyakat dia sampai dia menangis nak balik rumah. Haha.” Sakat Dr.Arman lagi.

Dengan menunjukkan muncung yang panjang dan muka yang masam, Iman membidas kata-kata Abinya. “Abi ni.. Tak baik tau sakat Iman mcm tu. Yelah, walaupun perangai Iman ni macam budak-budak, tapi Iman tak da lah sampai nak menangis balik rumah.” Jelas Iman.

“Haha.. Dahla, jangan lah buat muncung itik tu lagi, karang Abi ambik tali pinggang keledar tu ikat reben dekat mulut tu baru tau.” Gurau Dr.Arman.

“Entah kak Iman ni, nanti Akmal tarik muncung tu, panjang sampai akhir semester, ha, pastu takda siapa nak mengurat kak Iman nanti.” Seloroh Akmal.

Mereka sekeluarga ketawa mendengar kata-kata Akmal. Perjalanan mereka ke Tanjong Malim pada pagi itu, di penuhi dengan hilai tawa dari Iman dan Akmal. Perjalanan ke Tanjong Malim sedikit sesak kerana beribu-ribu kenderaan menuju ke Tanjong Malim disebabkan oleh pendaftaran kemasukkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mujur mereka keluar awal dan sampai setengah jam lebih awal di Dewan Kolej Zaba di Proton City.

Bersambung...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Hari matangku


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah...
tanggal 3 ogos 2012,
Genap 22 tahun umur seorang insan yang bernama Nur Aizatul Akmal binti Zulkifli.

Ya, anak bongsu kepada Encik Zulkifli dan Puan Zakiah.
Merupakan anak yang sangat degil dan banyak songeh.. ^_^

Itulah saya..
Budak yang pada hari ini, menjangkau umur 22 tahun.
maka, makin dekatlah ia dengan kematian...

Semoga dengan meningkat umurnya itu,
Akan menjadikannya seorang anak yang berdikari dan matang. :)

Mekasih Ayah Ibu.. 

Khamis, 2 Ogos 2012

Buat yang sedarah dengannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



BUAT YANG SEDARAH DENGANNYA
nukilan: Nur Aizatul Akmal





Ibu tiada, bapa pun tiada, 
Tinggalah mereka 9 bersaudara,
Tak termasuk ipar yang ada,
Ditambah pula, teruna dan dara.

Sedihnya hati,tidak terperi,
Hendak berkahwin, tidak diberi,
Bertapa pilu, hatinya ini,
Ingin menyunting, pilihannya hati.

Merajuk sudah,hatinya itu,
Diajak berjumpa,tidaknya mahu,
Mana tak sedih,hatinya itu,
Sudahlah solo, yatim piatu..

Apalah guna, ada saudara,
Jika tiada seseorang yang bersuara,
Sampai bila harus menderita?
Takkan nak hidup begitu, sampai ke tua.?

Tolonglah abang,tolonglah kakak,
Adikmu itu,perlukan t0ngkat,
Berikan dia,berikan semangat,
Untuk meniti hidup yang sihat.

Alangkah tersentuh, hatiku ini,
Melihat luahan hatinya, hari-hari,
Ingin membantu, tidaklah reti,
Hanya berdoa, didalam hati.

Mana hilang pesan gemulah bonda?
Jagalah adik, jagalah saudara.
Ikatan darah jangan dilupa,
Agar bonda tenang disana.

Sudahlah rasanya, sampai disini,
Harap saudaranya, dapat memahami.
Kasihilah adik, sepenuh hati,
Semoga hidupnya, lebih bererti..


Sebagai peringatan kepada orang muda macam saya supaya menyayangi dan mamahami hati dan hasrat yang sedarah dengan saya. Semoga semuanya menjadi indah belaka..
Amin.