BAB
5
Perjalanan dari
Seremban untuk ke Tanjung Malim mengambil masa selama dua jam jika melalui Lebuhraya
Utara-Selatan. Disebabkan waktu pendaftaran Iman adalah pada pukul 12
tengahari, maka seawal jam 7 pagi, mereka berempat telah meninggalkan
perkarangan rumah banglo tersebut.
“Umi, Iman berdebar la.
Iman bukannya pernah berjauhan dari Umi dan Abi.” Jelas Iman sambil meletakkan
dagunya pada kusyen penumpang dihadapan.
Puan Zanariah mengusap
lembut pipi Iman. “Iman, tak payah risaukan sangat pasal semua tu. Apa gunanya
along kamu dekat sana? Dia boleh tengok-tengokkan Iman kan? Iman jangan risau
la.” Jelas puan Zanariah.
“Umi agak-agak la kan,
muka comel macam Iman ni, sesuai ke jadi cikgu?” Iman gerun la pulak bila
sampai kat sana nanti, muka budak-budak dekat sana matured je semua. Mesti dia orang tak pecaya Iman ni 20 tahun kan
Umi? ” Seloroh Iman.
“Haha.. Yelah, mesti
dia orang tak percaya sebab umur dah tua, tapi perangai macam budak-budak lagi,
kan Abang?” Soal Puan Zanariah kepada Dr.Arman sambil ketawa
“Awak ni kok ye pun nak
menyakat Iman ni, tunggu lah sampai sana dulu, boleh kita menyakat dia sampai
dia menangis nak balik rumah. Haha.” Sakat Dr.Arman lagi.
Dengan menunjukkan
muncung yang panjang dan muka yang masam, Iman membidas kata-kata Abinya. “Abi
ni.. Tak baik tau sakat Iman mcm tu. Yelah, walaupun perangai Iman ni macam
budak-budak, tapi Iman tak da lah sampai nak menangis balik rumah.” Jelas Iman.
“Haha.. Dahla, jangan
lah buat muncung itik tu lagi, karang Abi ambik tali pinggang keledar tu ikat
reben dekat mulut tu baru tau.” Gurau Dr.Arman.
“Entah kak Iman ni,
nanti Akmal tarik muncung tu, panjang sampai akhir semester, ha, pastu takda siapa
nak mengurat kak Iman nanti.” Seloroh Akmal.
Mereka sekeluarga
ketawa mendengar kata-kata Akmal. Perjalanan mereka ke Tanjong Malim pada pagi
itu, di penuhi dengan hilai tawa dari Iman dan Akmal. Perjalanan ke Tanjong
Malim sedikit sesak kerana beribu-ribu kenderaan menuju ke Tanjong Malim
disebabkan oleh pendaftaran kemasukkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mujur mereka keluar awal dan sampai setengah jam lebih awal di Dewan Kolej Zaba
di Proton City.
Bersambung...
1 budak mengomen:
keep it up sissy :)
Catat Ulasan