Followers

Khamis, 14 Februari 2008

sajak buat tErsayang..

buat sesape yang dilamOn cinte..huak3


 



Jika awak memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah awak mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali awak lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

 



Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangi awak..
hendaklah awak menjaga hatinya..
jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak..

 



Jika awak menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan mu..
apabila sekali retak..
tentu sukar untuk awak menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika awak cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

 




Begitu juga jika awak memiliki seseorang terimalah seadanya..
janganlah awak terlalu mengaguminya
dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi awak menerimanya..
akhirnya awak kecewa meninggalkannya..
sedangkan jika awak memaafkannya
boleh jadi hubungan awak akan berterusan sehingga ke akhirnya..

 



Jika awak telah memiliki sepinggan nasi..yang awak pasti baik untuk diri awak..
mengeyangkan berkhasiat..
mengapa awak berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak,nasi itu akan basi dan awak tidak boleh memakannya
awak akan menyesal..

 



Begitu juga jika awak telah bertemu seorang insan..
yang awak pasti membawa kebaikkan kepada diri awak
menyayangi awak..mengasihi awak..
mengapa awak berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain..(kesempurnaan)
Kelak,awak akan kehilangan apabila dia menjadi milik orang lain..
awak juga yang akan menyesal..............


 



 


 

1 budak mengomen:

fiza berkata...

oh..so sweet.. i like it..
smoga seme yg b'cnta b'bahgia ngn couple masing2...