BAB 7
“Ok, ni kunci hostel
awak. Lepas ni isi borang kunci dan borang baju dalam dewan” Ramah salah
seorang Seketeriat Suai Kenal kepada Iman Sofea.
“Terima kasih akak .”
Sambil memberikan senyuman kepada Seketeriat tersebut dan Iman sempat menjeling
nametag seketeriat tersebut. “Hurm…,
Anis Natrah, no wonder la macam
pernah tengok”. Lalu Iman tersenyum sendirian sambil menuju ke dalam dewan
untuk menyelesaikan pendaftarannya.
Setelah mengambil kunci
bilik, dan mengambil barang-barang keperluan semasa Program Suai Kenal, Iman
Sofea bergegas menuju ke parkir kereta untuk berjumpa uminya. Sepanjang
perjalanan menuju ke parkir, Iman dikejutkan dengan satu suara yang memanggil
namanya.
“Nur Iman Sofea binti
Haji Mohd Arman!” Sergah suara itu.
Iman Sofea terkejut. Langkahnya segera terhenti dan takut-takut untuk menoleh. Apabila mahu menoleh,
bahunya ditepuk dari belakang.
“Ooohh makcik hang rimau.” Latah
Iman Sofea sambil mencuba untuk menumbuk perut gerangan yang memeranjatkan
dirinya yang sedia terkejut itu.
“Hahaha, makcik hang
yang sebelah sapa rimau cik Iman oi?” gelak Zaharul sambil mengelak tumbukan Iman
Sofea.
“Along ni tak
habis-habis nak menyakat Iman kan? Along tak da kerja lain ke nak buat? Marah
Iman.
Sambil membuat muka
comel, Zaharul merenung wajah adiknya yang sedang marah itu. “Ala, Along saja
je nak sakat Iman, nak tengok sejauhmana kemelatahan Iman.”
“Sengal la Along ni!
Iman report kat Abi, jaga la Along” Sambil membuat muncung yang panjang, Iman
memanjangkan langkahnya pergi ke parkir kereta bersebelahan dengan Dewan Zaba.
“Abi... Tengok along
ni, dia tak habis-habis nak sakat Iman. Kang Iman balik umah kang, ha baru
padan muka UPSI sebab takda budak macam Iman ni.”
“Zaharul, apa yang kamu
sakat adik kamu sampai panjang muncung dia ni? Kalau ye pun, tunggu la Abi
dengan Umi balik dulu, lepas tu kalau nak sakat, haa, sakat la..” Dr Arman mengenyitkan
mata tanda memberikan kebenaran untuk Zaharul menyakat Iman.
“Haha. Along saja je
Bi. Ha, ni Iman, lepas ni, balik hostel, rehat cukup-cukup tau. Malam karang
ada program dekat Kampus. Mandi awal, nanti berebut bilik air karang, lewat
pulak nak makan malam. Ingat tu?” Jelas Zaharul.
“Erm, Yela. Yela. Abi,
Umi, jom teman Iman naik hostel. Hehe, banyak la barang Iman ni. Hehe. Please.”
“Yela. Yela. Akmal,
tolong Abi angkat bantal-bantal kak Iman naik atas.” Arah Dr. Arman. “Tingkat
berapa Iman duduk?” Soal Dr.Arman lagi.
“Erm.. Blok E tingkat
5, Abi” Jawab Iman.
“Wahh. Tinggi tu. Iman.
Ha, lepas ni memang kurus la hang Iman. Haha.” Sindir Zaharul
“Dah..Dah, Along,
tolong Abi bawak beg Iman naik atas. Along pon perlu exercise jugak tau.” Arah
Puan Zanariah.
0 budak mengomen:
Catat Ulasan