BAB
8
“Assalamualaikum”
Iman Sofea meleretkan senyuman kepada penghuni didalam rumah tersebut.
“Waalaikumussalam”
Jawab beberapa penghuni yang sedang bekumpul di meja makan.
Iman
Sofea dan Puan Zanariah bersalaman dengan penghuni hostel tersebut. “Saya Iman
Sofea, penghuni baru rumah ni. Ni Umi saya.” Sambil menunjukkan uminya kepada
kenalan barunya.
“Apa
khabar makcik?” Sapa anak-anak remaja tesebut yang menjadi housemate Iman Sofea dengan senyuman yang manis dan sopan.
“Alhamdulillah,
sihat-sihat je. Yang tudung putih ni nama ape?” Soal Puan Zanariah.
“Saya
Humayraa makcik, yang tudung coklat tu Anina dan yang tudung pink tu, Zahra”
Jawab Humayraa.
“Kami baru je kenal
makcik. Lagipun, duduk serumah mesti tahu nama housemate.” Jelas Anina iaitu nama sebenarnya Nur Aniyah Aina
dengan sopan.
“Betul tu. Duduk
serumah ibarat satu keluarga. Kena ambil berat pasal kawan, tak gaduh, jaga
hati kawan, ermmm…macam-macam la kena ambik tahu. Yang penting, saling jaga
antara satu sama lain” Terang Puan Zanariah.
Iman
Sofea ditempatkan bersama seorang teman barunya Nur Zahra Alya yang merupakan coursematenya juga.
“Wahh…bestnya…dahla
satu rumah, lepastu satu bilik, tetibe je tau satu course. Sukenyeeee. Nanti
adalah kawan nak pegi kuliah nanti.” Wajah Iman Sofea terpancar keceriaan
setelah mendapat tahu Zahra Alya juga adalah coursematenya.
“Isk
awak ni Iman, tak boleh langsung hidup sorang-sorang, Zahra, tolong
tengok-tengokan anak Umi ni ya, kalau dia nakal, nasihat dia sikit. Kalau tak
boleh nasihat, call je Umi, tau la
umi nak ajar si Iman ni.” Seloroh Puan Zanariah sambil mencuit hidung Iman dan
diperhatikan oleh Zahra.
“Ermm,
bestnya ada Umi” gertu hati Zahra. Nur Zahra Alya merupakan anak yatim piatu
sejak berumur 10 tahun. Ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalanraya
semasa menghantar abangnya untuk melaporkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akibat dari kemalangan itu juga, Zahra turut kehilangan abang kesayangannya, Zahid
Arief.
Zahra
membesar bersama ibu saudaranya Puan Anum yang merupakan guru sekolah Menengan
di Terengganu. Zahra bercita-cita untuk mengikut jejak langkah Puan Anum untuk
menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah, cita-citanya bakal tercapai suatu hari
nanti.
0 budak mengomen:
Catat Ulasan