TRAGEDI 1 MEI
'Abang, duduk sarapan dulu, sayang
buat bihun yang abang suka'
'Awak makanlah, saya pegi keja
dulu' Jawab Amir sambil berjalan membetulkan kolar bajunya
'Kejap bang, sayang tapau untuk abang' sambil berlari-lari anak ke dapur untuk mengambil bekas.
'Eh, tak payah.nanti balik saya
makan' Si suami
berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal dan ucapan selamat hari lahir
buat isterinya.
'Erm, dia lupa lagi ke?'
*********
Si
isteri hanya melihat si suami berjalan melintas jalan menuju ke tempat mencari rezeki iaitu di sebuah bengkel kereta yang letaknya hanya diseberang
jalan dan menghadap rumah mereka.
Si
isteri meletakkan bihun Singapore ke dalam tuppaware dan menulis sedikit nota
diatasnya.
'Buat suamiku tersayang'
'Buat suamiku tersayang'
Lalu si
isteri berjalan menyeberangi jalan dan meletakkan bekal untk suaminya di atas
bonet kereta pelanggan suaminya.
Laju si
isteri menaip pesanan di whatsapp.
'abg, syg ada letak bihun kesukaan
abang kat luar, nanti makan ya.jgan biar perut kosong'.
'Bibb.bibb..'
Si suami
membaca pesanan tersebut lalu menjenguk keluar dan melihat si isteri melintas
untk balik ke rumah. Si suami berjalan keluar untk mengambil bekal tersebut.
Sambil tersenyum, dia masuk ke dalam bengkel.
'Hai bos, apa tu?'
'Ni ha,birthday girl hantar
bihun. Aku saja ja tak nak susahkan dia harini,malam nanti ingat nak ajak dia
makan malam kat luar.'
'Ai,buat2 lupa lagi ka bos? Tiap2
taun asyik menyakat ja.tak takot ka nanti akak merajuk?'
'Isk, aku kenal dia mcm mana,
kejap je rajuknya, dah dapat suprise,hilang la rajuknya,hahahaha'
*******
'Bibb..Bibb'
'Abang sayang nak keluar ke
bandar, nak beli barang sikit'
'Ok' balas si suami
'Cantekk..! Hadi,tolong aku kemas
ruang dapur belakang tu, aku nak buat suprise kat bengkel je la, rare sikit.' pinta Amir sambil meninjau
kelibat isterinya yang baru menghidupkan enjin skuter.
'Aish,mintak2 menjadi kali ni.
Pukul 11:59 mlm baru nak wish guna candle light dinner dgan pizza ada lilin.
hewhewhew' Amir
mula berimaginasi.
*****
'Isk, kenapa Amir selalu buat-buat lupa pasal tarikh lahir aku? Dia saja nak kenakan aku lagi ka? Hmmm, walaupun
aku dah tau trick dia, tapi perasaan sedih tetap ada. Amir ni nak kena la.' Sarah bermonolog sendiri.
Walaupun
hari ini adalah hari lahir Sarah,tapi
Sarah ada kejutan buat suaminya. Dia ingin menunjukkan ujian kehamilannya pada Amir.
‘Ha, rasanya mcm ada satu idea
la.kehkehkeh.'
Sarah tersenyum puas.
*******
'KringKrongKringKrong'
*bunyi
telefon Amir*
'Assalamualaikum, ya Sarah, ada
apa?'
'Waalaikumussalam, encik kenal
dengan pemilik telefon ni?'
soal si pemanggil.
'Eh,ni number isteri saya, sapa
ni? Mana Sarah?'
Amir mulai cemas.
'Encik boleh datang tepi tasik
belakang pokok getah ni tak?Encik tegok sendiri keadaan isteri encik.
Assalamualaikum.'
Si pemanggil terus menekan butang merah diskrin.
'Hello.Hello. Hadi, tolong tengokkan bengkel' Amir semakin cemas lalu bergegas
keluar ke tempat yang dikatakan.
*****
'Ya Allah sayang, sayang
kenapa?apa dah jadi dengan sayang? Sayang ok?' Soal Amir bertubi-tubi sambil membelek wajah dan
anggota bdan isterinya.
'Sarah tak apa-apa la abang.
Sarah ok. Meh duduk sini abang. Sayang ada beli kek kat kedai depan tu tadi. Sayang
beli sepotong, kita kongsi eh?' Omel Sarah tanpa ada perasaan bersalah.
'Sarah, apa yang sarah buat ni? Abang
risau tau. Ntah sapa2 yang guna phone sarah tadi kol abang, abang ingat apa dah
terjadi kat Sarah.. Abang risau tau?'
marah amir.
'Abang jangan la marah-marah, ni kek
yang abang suka. Meh sayang suap eh?'
pujuk Sarah.
'Erm, sedap. Kenapa beli kek?
Birthday abang lambat lagi. Takkan birthday sayang kot?' Soal Amir sambil tergelak didalam
hati.
'Abang memang tak ingat eh arini
hari apa?' Soal Sarah
'Ingat, hari rabu kan?'
'Takpa lah, abang lupa la tu. Tapi takpa la, mungkin lepas ni abang akan ingat tarikh ni tiap-tiap tahun' jawab Sarah dengan lemah.
'Hari apa ek?Abang lupa la'
Bohong Amir lagi. 'Kenapa tiap-tiap tahun abang akan ingat tarikh ni?' Soal Amir lagi.
'Sebab ni' Sarah mengeluarkan sebuah kotak
kecil yang bereben dan di tolak hampir kearah Amir.
'Sarah balik dulu ya bang. Nak
balik masak.. Abang simpan benda tu elok-elok. Assalamualaikum.'
Sarah
berlalu pergi meninggalkan Amir yang terpinga melihat kotak diatas meja ditepi
tasik itu.
Amir
membuka kotak tersebut,
'YaAllah, ni pregnancy test .
Isteri aku mengandung ya Allah. Terima kasih ya Allah.' Amir melonjak kegembiraan.. Dia
berlari menuju keretanya dan memecut untk segera sampai ke rumah.
Kegembiraan
yang dirasai Amir mampu untuk membuatkan dia tersenyum sepanjang perjalanan
pulangnya.. Namun, senyumannya bertukar cemas apa bila dia terlihat skuter pink
milik isterinya tersadai dibahu jalan dan kelihatan ramai yang berkerumun
disitu.
'YaAllah,Sarah!'
Amir
bergegas keluar dari kereta, dan terus melulu menerjah tubuh longlai Sarah.
'Sayang,bangun sayang. Abang ni.
Bangun sayang. Abang mintak maaf,salah abang. Abang takda niat nak buat sayang
sedih. Abang ingat tarikh lahir sayang.Abang tak pernah lupa. Sikit pun tak
sayang. Abang mintak maaf. Bangun sayang, abang ada kejutan untuk sayang kat
bengkel kita. Please sayang, bangun.'
Sarah
menggerakkan tangannya mengusap pipi
Amir.
'Takpa bang, kalau abang tak ingat
tarikh lahir sayang, mungkin abang boleh ingat tarikh sayang pergi' Sarah bercakap dalam nada yang
perlahan sambil menahan sakit.
'Tak sayang, jangan cakap macam tu. Abang
mintak maaf' Rayu
Amir sambil memegang tangan Sarah yang masih melekat dipipinya.
Tidak lama, tangan Sarah yang memegang pipi Amir, jatuh dan terkulai layu.
Tidak lama, tangan Sarah yang memegang pipi Amir, jatuh dan terkulai layu.
"Saraahhhhhhhhhhhhhhhhh" Amir
menjerit sekuat hati sambil memeluk tubuh layu Sarah.
******
1 Mei 2016
12:00am
'Sarah,hari ni 1 mei. hari lahir Sarah. Abangingat tau. Abang tak pernah lupa. Selamat hari lahir Sayang. Abang
saaaaaaayang Sarah.Kalaulah sarah ada kat sebelah abang sekarang.'
Amir mengucup gambar Sarah sambil sebelah tangan memegang stering kereta untuk menuju
ke bandar.
'Eh encik, kenapa lambat sangat?
Cepat masuk isteri encik nak bersalin dah ni.'
Tepat
pukul 12:45 pagi, Sarah selamat melahirkan anak sulung mereka. Ini adalah
kehamilan yang kedua bagi Sarah selepas kandungannya tahun lepas gugur akibat
kemalangan.
'Selamat Hari Lahir Sayang. Selamat lahir kedunia juga untuk anak ayah. Ayah sayang kamu berdua. Terima kasih sayang.'
Kini,
wujud dua perkara terpenting buat diri Amir dalam satu tarikh yang sama..
1 mei 2015 masih terpahat dalam ingatan Amir dan menjadi pengajaran buat dirinya buat selamanya..
1 mei 2015 masih terpahat dalam ingatan Amir dan menjadi pengajaran buat dirinya buat selamanya..
*Moral of the story : Jangan ambil ringan semua perkara yang remeh..hewhewhew... :D
SEKIAN....
By: SukaSukisakan
By: SukaSukisakan
0 budak mengomen:
Catat Ulasan