Followers

Sabtu, 25 Disember 2010

Hurairah yg Setia..

Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meong....” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong...., ngeong...., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang....! Harun bang....!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun.... anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong....” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi.
Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

tengku zharif

Khamis, 23 Disember 2010

Saya Benci OKU..




Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

"Tak mampu," kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.

Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?

Sabar, sabar, sabar dulu...

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.

* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


dicopy dari iluvislam.

saya gay, saya ok

Pada satu petang tuh, sayer sedang OTW ke dapur, tetibe, tedengar beberapa suara di dalam yang sepertinya sedang bergaduh. ddengan tidak semena-mena, saya terus membelok ke kiri dan memasuki bilik tersebut…

OMG….

Sepertinya pergaduhan antara CJ7 dan kura-kura milik Zhana Violet…Aku sempat meng’capture’ gambar-gambar meraka dan menuli sedikit pergaduhan mereka…

Aku sempat mendengar sikit je coz masa tu dieorang dah lame gadoh..

CJ7: Weih TOtey, ko ingat ko macho sangat la ek???

Totey: memang aku macho, ko pe hal hah nak sebok-sebok pasal aku..?? aku tau la ko jeles pasal ko tu tak hensem langsong, dah la pendek, ade hati nak duduk atas katil gak..

CJ7 : weih, sependek2 aku, aku ade tuan… bukan macam ko, merempat…. Balik la ko kat tuan ko si Zhana Violet tuh!!.. menyampah aku tengok muke ko kat sini..

Totey: Tuan-Tuan ko jangan sebut ek..!! pantang nenek moyang tuan aku ko sebut nama dia..

CJ7: abis tu aku nak sebut pe lagi?? Bongok betol la ko ni..!!

Totey: Arghhhh…ape hak ko nak masuk campor urusan aku??? Diam-diam la ko si pendek…

CJ7 : *#$&@* betol la ko ni totey..ko mmg nak kena ngan aku..!! *hiahhhhh*

Totey: Aku elak..hahh..aku elak…. *piappp*…wahahha…padan muke engkau si pendek, ade hati nak lawan ngan aku…*hiahhh..hiahhh*

Tetibe…..aku melihat kelibat doremon….

Doremon: Wait…wait….Ape gadoh-gadoh ni…Korang ni macam giant ngan sinyu la..

Totey: Ahhh…ni seko lagi budak pendek…sebok je la ko ni doremon!

CJ7: Dora….help me!!!!

Doremon: Iye2 saya tolong…. *cermin mata ajaib*… cermin mata ni boleh membuatkan seseorang tu jadi baik dan lupe aktiviti jahat mereka… * sambil memasang cermin mata itu pada Totey*

Totey: Eh….eh…kenape saya duduk atas awak ye CJ???

CJ7: Awak perkosa saye…waaa…saye xrela wak..xrela….

Doremon: erk?????

Totey: Eh….betol ke CJ???

Doremon: Erk??? Kita semuakan jantan….

Cj7 : Saya Gay, Saya Ok…

Totey,Doremon dan Cj7 pon bergambar sebagai kenang-kenangan…

Sekian…….

*lampiran

Totey menghimpit CJ7

Doremon datang

Pakai sepek ajaib

Gambar kenang-kenangan...

Rabu, 22 Disember 2010

kami nak bertukar....

*entry ini mengenai kucen2ku, tak suke binatang, sile jangan bace*


Salam a'laik..

'kami' tu merujuk kepada kucen2ku..


Semalam ada terbaca satu artikel mengenai anak kuceng,
dia cakap, semasa proses pembesaran, hindari dari memberi susu kambeng atau lembu...*opsss*
sebab badan kucing tu takboleh mencerna masih belum dapat dicerna dengan sempurna sebab mengandungi laktosa.

ohow.....
begitu...

so, mase makan malam tu pon, saye menceritakan hal ini kepade ayahande,

keesokkan arinya (arini la), ayahande balik dgan membawe satu bungkusan...
ekekek...upe2nya susu untuk kucen....

so,lepas makan tgahari,
sayer trus pegi bancuh susu untuk mereka2..
hihii..
sungguh bersemangat sekali mereka menghisap puting susu itu..
hihi...



(lama)

(baru)

(lama)

(baru)
tapi ada satu hal yang sangat menyedihkan...
:(
si tOmpok banyak (dah namakan dengan mudak icik) xnak makan..
dah 3 ari dia mcm tu,
tapi saye pakse juge dia makan...
sOb3...sangat sidih...
mudak icik...cepat sembuh ekk...nnt makan bnyak2 mcm mudak 2 eko lagi tu ek...

Selasa, 21 Disember 2010

hihi..

salam 'alaik..
ai fwen..
:)
tetibe rajin nak buat entry

kAwa2 nak tau,
kat fesbukkan ade satu application ni,
kite dapat tau kitenyer status dulu2...
hihihi

disebsbkan saya penah deactivate fesbuk saye,
so xder la yang lame2..:(

yang ade stat dari saya nak pegi masuk U arituh..
hiih...







ni baru sikit..hiihhi

nak try buat????

sila la klik url dibawah..

http://apps.facebook.com/mystatusinyear/

meh tuka link

Salam 'alaik..

kengkawan, followers n silent reader,
sile2 la letak url anda disini..:)
just clik je kat atas tu..



Ahad, 19 Disember 2010

surat berantai??ayarkkkkk


salam 'alaik..

Pagi semua..:)

erm...arini bukak pesbuk, ade sorang sahabat bagi satu msg mengenai surat berantai, act bnyak kali dah dapat mende mcm ni, mase kekecik dulu mmg pcye sangat la pasal surat berantai ni..ye larh kan name pon kecik lagi..huhu...tp skrunk xdah..hihi

meh kite bincang dan kaji sikit pasal surat berantai nim..

Surat tu berbunyik...:

baca sampai abez....pastu fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.


Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain ebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW...naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM

erm bace yang nih plak...

Dipetik dari incik wiki

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ia tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.

____________________________________________


huhu..saye tergaskan sekali lagi,

hukum memepercayai surat itu adalah HARAM...


Oleh itu, kita sebagai muslim yang berakal, haruslah menyelidik sesuatu perkara tersebut sebelum menyebarkannya...

sekian...


Jumaat, 17 Disember 2010

Cerita Si Kembar 3

salam 'alaik...

Fuhh...
Sori yerp kengkawan...
agak lama gak tak update belog ni..
Al-maklumlah, ngah sibuk layan kembar 3 kat sini..


erk???
kembar 3???

herm.. Jap lagi orang cerita ek...
tetibe jep rase nak kopi paste satu cerita pada zaman Rasulullah dahulu...
kisah ini ada kaitannya dengan apa yang ingin saya ceritakan...

__________________________________________________


Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu hari, ketika nabi hendak mengambil jubah, di temui Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubah Baginda. Disebabkan tidak ingin mengganggu tidur haiwan kesayangan baginda itu, nabi pun memotong lengan jubah yang ditiduri Mueeza. Ketika Rasulullah kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya, seperti kesal atas perbuatan tidur diatas jubah baginda. Kemudian, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam kisah yang lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di letakkan dipaha baginda. Salah satu sifat Mueeza yang nabi suka ialah ia selalu mengiow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan tersebut.

Rasulullah berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri. Dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. Rasulullah SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.


Subahanallah....

Ya Allah...

________________________________________________


Ni pulak cerita saya..

:)


Incik Plandox mesej, dia cakap kat umah dya ade kittens,

but...

mama kucen tu dah takder..

So, dya pon xtau nak buat mcm ne dah,

kucin2 tu kicik2 lagi..nasik pon dia xtau makan...

(umo dlam 2mggu kot)

So, Incik plandox pon bagi la susu dalam piring... hahakz..lawakz..kucen tu xminum, tapi memain kat dalam piring tu.

So, saye pon tawarkan diri nak jage si Kembar 3 tu.. sbb saya fikir, kat umah ada ibu kucen, ingat boleh la tompang menyusu kat dia...

tapi....

hampeh...kedek betol ibu kucen tu....

(dia xsedar dia pon dulu tompang ibu kucen yang lain coz dia pon anaktongsampah)

So, disebabkan ibu kucen tu kedek, saye kenelah menyusukan dieorg... First, bukan main payah lagi nak sumbat dalam mulut dieorg.. huhuhu..

tapi..dah 2-3 hari, jadi biase dah...

Kesian plak tgok dieorg, berak,kencing xder mama nak jilat, tido kesejukkan...(berpeluk la sesame sendiri).. huhuhu...setiap hari, musti suap dieorang minum susu... (susu Dutchlady)..Sehari 4kali minum susu..

Ada sekor tuh, mmg payah nak suap susu... then,org try la pakai susu tepung omega mak org.. perh.....minum lak dia... (memilih pnya kucen..ahha)

Disebabkan kamo semua chomel semase isap susu, esok saye bawak kamo semua p melawat Puan Junior ngan laki dia...(kalo tak ujan la) musti dia suka tgok korang.. sbb xlama lagi, mungkin Puan Junior pon ade anak..

yeyehhh..


Isnin, 13 Disember 2010

Buah tangan untuk Followers

salam 'alaik..
:)
wahhhh..tetibe rasa nak buat award untuk Followers saye..
hihi..
nah..ni hasilnya...
hanya untuk Followers SukaSukiSakan sahajer..

Saya buat award ni bukan saja-saja tau..
tapi...
tanda terima kasih saya untuk anda semua kerana sudi menjadi followers saya..
walaupun follower belog ni tak mencapai 100 org..
tapi saye tetap bangga sebab ada juga yang sudi menjadi follower saya..
MyEm0.Com
:)
mekacih...
muacxxxxxxxxxx..
MyEm0.Com
Disebabkan belog anda semua gempak-gempak..
so, saya cipta award "blog gempaK"
hihi...
nah terimalah...


award2.gif



silela jawab soalan ni ek followers ku chayum... hihi

1) Apekah perasaan anda sekarang???
2) 2 sebab kenapa anda rasa belog anda gempak?
3) Senaraikan 5 belog yang gempak yang menyebabkan anda terasa ingin mempunyai belog sepertinya?
4) Apa pendapat anda mengenai belog SukaSukiSakan??

dah ambil award,
sila comment kat sini ek..
:)
mekaceh...

Selasa, 7 Disember 2010

Epi buzday




Happy Birthday To All of You..

for my bRo Aizad and Apis
oso my housmate, arenieza
may Allah bless ull..

Isnin, 6 Disember 2010

tag yang tertangguh..

Salam 'alaik..:)
wahhhh...
seronoknyer la...
dah ader kat umah..
ekekek

so, boleh la saya jawab soalan-soalan yang ditag oleh Cik Fa kite..
dah lama dah dia bagi..
tapi xde mase agi nak buat..hihi

cowi fa...

soalan dia agak xtrim r...
hihihi

1. apa yang paling penting dalam hidup korang?
- Haruslah diri sendiri...
sbb kalo dapat kekuatan drpd diri sendiri, barulah kita dapat tlg org lain..:)

2. benda terakhir yang korang beli dengan duit korang sendiri?
- cokelat cadbury...hihi..yg rm8.00 dapat free yang kicik..hihi

3. adakah korang bercinta sekarang?
- Haruslah...:) bercinta dgan Allah, cintakan ibubapa,kluarga, dan juga.......KAMO..

4. berapa lama korang akan mencintai seseorang?
- Selagi ada waktu...selagi ada rindu..ekekke...
Haruslah hingga ke akhir hayat saya..:)
InsyaAllah kalo hati ini xberubah...
Tapi org kata hati manusia cepat berubah....erm..betul ke??

5. di mana korang akan jumpa kekasih korang?
- dalam mimpi pon boleyh..:)

6. novel/ buku/ majalah terakhir yang korang beli?
- hurm..buku ek??? rasenya buku Hijab Sang Pencinta..

7. apakah nama penuh korang?
- Haruske bagi tau??hiih... korangkan dah kenal saye..:)

8. antara mak dan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?
- Haruslah BOTH.:)

9. namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
- Kalo bole, semua saya nak jumpa..:)

10. namakan tempat yang korang betul-betul nak pergi?
- SEKOLAH...saye nak mengajar kat sekolah..betol2 nak pegi..:)

11. pilih salah satu.. peluk atau cium?
- BOTH..hahha...ape punye soalan la..hihi

12. 5 lagu yang paling bermakna dalam hidup korang?
- Maher Zain - Semua lagu2 dia.haha
- Dadali - Disaat aku Mencintaimu.
- Hafiz - Andai Aku Disisimu.
- Amar - Amani.
- Vagetos - Penyesalan.

13. beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang..
- name dia fa.
- budak chantek.
- ade anak sedare name Faez.

14. 5 benda yang korang sayang sgt dalam hidup korang?
- Bibah..(tp dah xder.. :( )
- Junior.
- Miss.Silver
- Mr.Blacky
- Pendrive...(hahah)

15. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
- 030890
- taun lepas??? hihii..pizza kut..uni blanjer..hihii

16. 5 blogger / followers yang korang nak tag..
- ayuni chomot
- farah nabila
- zhana violet
- Sh.Liyana
- bloggers

MyEm0.Com

hihi..:)
Babaii...
muacxxxxxx...

Sabtu, 4 Disember 2010

sukasukisakan :)



wahh...
saya sangat suka dengan perubahan belog ini..:)

mcm kebudak2kan..
hihi..
rindu zaman sekolah..:)

Isnin, 29 November 2010

RENOVATE??? AGAIN???



ades...
rase xbest r plak pakai tmplate dalam blogger ni..
hermm..
perlukan idea untuk mengedit..
ngeh3...
bile perlu diedit???

herm....
bila2 waktu yang terluang la...
ekekek...
muackxxxxxxxx..
jumpe agi pade hari RENOVATE..
ekekkek...

Ahad, 21 November 2010

Rabu, 17 November 2010

raya oh raya

Salam 'alaik..:)

kabare semua??
waras???
ekekke...ter'tubik' jowo plak...

herm...arini ari raya kan??
ape kate, kite tgok gamba je la ek...
bole x???


















Selamat Hari Raya Aidil Adha

pagi2 raya ni, tetibe ade kesempatan nak tulis belog...
dan dengan kesempatan tu,
saya ingin mengucapkan,
selamat hari raya Aidil Adha buat semua kengkawan,
xlupe juga kpada kawan2 yang berada diperantauan..:)



makan daging kambing dan lembu tu ingat diri sikit...ekekke


muacxxxxxx...
papaii..:)

Selasa, 16 November 2010

kisah saye dan perot2 saye

salam 'alaik semua...




ekkekke

PAGI semua blogger..:)
pagi yang endah indah perlu didahulukan dengan puji2an keatas-Nya..

okeilah...beralih kepada tajuk diatas,
ekekek (tabiat baru,gelak budak 3suku)

"KISAH SAYA DAN PERUT-PERUT SAYA"

cerita ni ade kaitan sikit je..hihhii...
bukan aper, semenjak balik kampong ni,
berat shayer dah naik.. T_T
sbb...
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
makanan yang ibO masak besh2 je sume,
ape mintak sume dapat..
ekeekke (jangan amalkan gelak mcm ni tau)

dari selua shayer yang bersaiz 'S' telah bertukar kepada saiz 'XXL'
ekekek..
siyess...xtipo...ekekekek
MyEm0.Com

erm...bukan nak salahkan sesape, tapi shayer nih hah yang xpandai nak kawal pemakanan..
ermm...
kalolah saye bole jadi kurus...(ekekke)

tapi nak buat macam manakan???
untung dapat ibo yang pandai masak...MyEm0.Com
huhhuu..xlupe juge kpade ayah yang membuat keropok lekor,
untung sesangat dapat mereka..:)
MyEm0.Com
weeeeeeeeeeee...
nanti xder la orang mengutuk,
"eishh...kurusnyer...xmakan nasik ker??"
ekeke..
nnt mak bapak plak yang disalahkan..hihi..

xper, nnt balik kolej,
shayer nak tolak segala jenis pelawaan untuk makan..
MyEm0.Com
ekekke..


hahhh..ni satu lagi
mane taknyer shayer nih jadi chomel
rayer aji nih ibo shayer masak SOTO..
eekke...shayer sukerrr..
yum3....:)MyEm0.Com

okei la,setakat ni sahajer....
ibo saye dah panggil dah suh mam..

yum3..
papaii...
muacxxxxxxx...

MyEm0.Com