Followers

Sabtu, 23 April 2011

Abang Amran Bercerita Pt 3 “Hasad Dengki”

Abang Amran Bercerita Pt 3

“Hasad Dengki”


(gambar hiasan)


Assalamu'alaikum adik-adik...
Minggu sudah, Abang Amran telah bercerita mengenai sifat terpuji. Hari ini Abang Amran nak bercerita tentang satu sifat mazmumah manusia.
“Abang Amran, sifat mazmumah itu apa?”, tanya Haiqal.
“Sifat mazmumah bermaksud sifat-sifat yang tidak baik dan tercela, juga sifat yang patut kita jauhi, contoh sifat mazmumah adalah hasad dengki”, jawab Abang Amran ringkas.
“Manusia ni memang suka hasad dengki ek?”, tanya Aiman dengan selamber.
“Iya Aiman, sifat hasad dengki atau iri hati ini lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya”, jelas Abang Amran.
“Hadis Nabi saw yang bermaksud: “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
Kita boleh lihat sifat hasad dengki atau iri hati ini dalam situasi perniagaan. Misalnya, perniagaan yang dijalankan secara berdekatan atau bersebelahan pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan iri hati dalam kalangan peniaga apabila melihat peniaga lain mendapat untung dan mempunyai ramai pelanggan. Contohnya, asal ada orang bukak kedai jual air, ramai orang datang membeli, kau nak dengki.asal ada orang tawarkan perkhidmatan percuma, kau punya perniagaan tak laku, kau nak dengki...asal ada orang berjaya sikit dari kau, kau ketinggalan, kau dengki... asal ada orang dapat bini lawa dari kau, pun kau nak dengki.”

“Adik- adik, kalau semua benda dalam dunia ni kita nak dengki, baik kita jadi raja, baru semua orang tidak boleh lawan.”
“Baiklah adik-adik,dengki ini ada dua jenis. Satu 'dengki bersih' dan satu lagi 'dengki kotor'. Orang tak marah kalau kita ada sifat 'dengki bersih' kerana dengki bersih itu menggunakan akal fikiran, kita pandai bersaing secara sihat. Walaupun kita dengki, tapi muka ada senyum.”
“Abang Amran, Haiqal tak faham.” jelas Haiqal.
“Aiman pun sama, tak faham”, kata Aiman.
“Okay, okay. Abang jelaskan”, kata Abang Amran.
“Begini, jika Haiqal berjaya dalam pelajaran, tp Aiman agak ketinggalan sedikit dari Haiqal, Aiman dengki dengan kejayaan Haiqal, tp Aiman memotivasikan diri Aiman dengan belajar sama atau lebih dari Haiqal lakukan, untuk berjaya dalam pelajaran,” jelas Abang Amran ringkas.
“Tapi bila kita ada sifat 'dengki kotor', itu yang tak elok dalam masyarakat sebenarnya sehinggakan ada yang sanggup melakukan perkara yang dilarang seperti menggunakan sihir untuk membalas dendam akibat iri hati terhadap orang lain. Puncanya,apabila dengki melihat kebaikan dan kejayaan orang lain. Tiada faedahnya jika kita dengki dan iri hati sesama kita kerana 'rezeki masing-masing dah ditentukan oleh Allah’ ingat tu adik-adik”, pesan Abang Amran.
Abang ingin berkongsi bacaan abang mengenai seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 'Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu...'
1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt

“Oleh itu, abang ingin nasihatkan adik-adik semua, sekarang ni kan dalam bulan awal muharram, tak baik jika dengki kotor serta iri hati dengan orang. Rezeki masing-masing memang dah tertulis dan itu semua adalah takdir dari Allah. Jangan melawan takdir kerana rezeki kita memang dah tertulis. cuma kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang diingini. Jika terlalu mengharap tanpa berbuat apa-apa,kita tidak akan mencapai apa yang diimpikan.”

“Adik-adik sekalian, cuba praktikkan persaingan secara sihat, dengki secara sihat.dengki sihat itu bagus kerana dengannya baru semua orang boleh sama-sama maju, sama-sama berjaya. Tips untuk elakkan perasaan hasad dengki senang je, ingat ALLAH. Jangan pentingkan diri dalam mencapai kejayaan dengan hasad dengki dan iri hati terhadap orang kerana kadang kala benda sekecil kuman pun ada orang nak dengki jugak.
Baiklah adik-adik, setakat ini sahaja perbincangan kita pada kali ini. Abang Amran harap adik-adik dapat fahami penerangan abang tentang sifat hasad dengki ini.”

Jumaat, 15 April 2011

Khas buat teman....


Selamat menduduki peperiksaan akhir semester buat semua sahabat-sahabat di UPSI, UiTM, UPM, UTeM, UM, UKM, USIM, UUM, USM, UMS, PTPL, Politeknik, UTM, PUO, dan semua rakan2 saye la..

Semoga maju jaya.....Chayunkkk kamooOo semua...
Maaf jika ada terusik jiwa kamu semua...
Saya hanya insan yang lemah,
yang sering membuat kesilapan...
Maafkan saya...


Buat semua lectrer dan pendidikku,
halalkanlah semua ilmu yang dicurahkan kepada kami...

Buat Ayahanda dan Bonda terchenta...
Doakan anakanda semoga memperoleh kejayaan pada semester ini.
Ampunkan dosa anakanda....
:'(

Buat ousmateku,
maafkan diriku jika terkasaQ bahasa, tersilap bicara dan semualah...
Doakan kita semua memperoleh kejayaan..
:)



Khamis, 14 April 2011

Abang Amran Bercerita Pt 2 “Amanah”

Abang Amran Bercerita Pt 2
“Amanah”


(gambar hiasan)


“Asalamualaikum Adik-adik. Dah lama Abang Am tak bercerita dengan adik-adik.

Hari ini Abang Amran nak ceritakan mengenai sifat terpuji yang ke dua iaitu, Amanah. Siapa diantara kamu yang faham mengenai amanah?”

“Fatin..Fatin tahu apa maksud amanah”

“ Ya Fatin, silakan”

Amanah ialah sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga sama ada perupa harta benda, kehormatan diri, hak manusia, pekerjaan atau agama..Erm..betul tak Abang Amran.?”

“Erm..betul tu Fatin. Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan wajib ditunaikan kepada ahlinya yang berhak. Pengertian ini tidak terbatas terhadap sesuatu bidang saja, bahkan merangkumi semua hubungan. Selain daripada itu, amanah ialah satu unsur kesempurnaan peribadi dan sifat golongan beriman. Tanpanya akan berlakulah penindasan, kezaliman dan segala bentuk penganiyaan.”

“Abang Amran ada satu cerita. Adik-adik nak dengar?”

“Nak Abang Am. Tak sabar rasanya untuk mendengar kisah Abang Am kali ni.”

“ Baiklah adik-adik. Pada masa dahulu, di Mekah terdapat seorang lelaki fakir yang mempunyai seorang isteri yang solehah. Pada suatu hari sang isteri berkata kepada suaminya, ‘kita sudah tidak mempunyai persediaan makanan lagi’.

Kemudian sang suami tersebut pergi ke Masjidil Haram. Disana dia menemukan sebuah dompet yang berisi beberapa wang dinar emas. Dia merasa sangat gembira dan membawa barang temuannya kepada isterinya seraya berkata, ‘ini adalah dompet yang aku dapati di Masjidil Haram’. Isterinya berkata, ‘barang yang didapati di Tanah haram haru diumumkan’

Lelaki itu segera pergi ke Masjidil Haram, lalu dia mendengar seseorang berseru ‘siapakah yang menemukan sebuah dompet berisi wang dinar emas?’

Lelaki itu berkata, ‘saya telah mendapatinya’

Orang yang menyeru itu segera memeriksanya dan berkata, ‘Ambillah, ini menjadi milikmu dan kamu, aku beri tambahan 900 dinar lagi’

Lelaki itu berkata, ‘apakah kamu bergurau?’

Dia menjawab, ‘demi Allah, aku bersungguh-sungguh, kerana aku telah diberi wang seribu dinar oleh seorang lelaki dari Iraq kemudian dia berkata, “lemparkanlah sebahagian di masjidil haram. Kemudian umumkanlah hal terebut jika ada yang mengembalikannya kepadamu, berikanlah dia semuanya kepadanya kerana dia adalah orang yang amanah.””

“Adik-adik ingat tak, minggu lepas Abang Amran menceritakan perihal orang yang bersedekah. Bersedekah juga ada kaitannya dengan amanah. Ini kerana, orang yang jujur dan bersedekah, amalan sedekah kita akan diterima Allah kerana sifat amanahnya.”

“Abang Am, Ikhlas tu, termasuk dalam amanah juga ke? Contohnya ikhlas dalam membuat sesuatu. Syafiq nak tahu la”

“Ya. Betul tu Syafiq. Ikhlas dalam segala bentuk ibadat kerana Allah adalah amanah. Melakukan ihsan kepada orang adalah amanah dan memberikan hak kepada mereka yang berhak juga adalah amanah.

Contohnya, dalam sesebuah keluarga, ibu atau bapa perlu menunaikan amanah dengan sebaik mungkin,contohnya mendidik anak-anak, memberikan makan, pakai dengan secukupnya. Semua itu adalah amanah. Selain daripada itu, dalam pentadbiran seseuah organisasi, ketua mesti menyempurnakan amanah. Skop pemerinahan sesebuah Negara lebih-lebih lagi perlu kepada pemeliharaan sifat amanah. Bagi memastikan amanah itu terpelihara, penyerahan mandat perlulah kepada yang amanah, mempunyai kekuatan dan ikhlas.”

“Harta dan kekayaan Negara adalah amanah yang diamanahkan di tangan pemerintah. Menjadi kewajipan ke atasnya meletkkan harta itu pada tempatnya, membelanjakan pada jalan yang memberikan manfaat kepada rakyat dalam perkara yang memberikan kemakmuran dan kesejahteraan.”

“Betul ke sifat amanah tu datangnya daripada dorongan iman Abang Am?”

“Betul tu Balqis, sifat amanah itu datangnya daripada dorongan iman. Bukan sebarang iman tau Balqis, tapi iman yang merasakan diintip atau diperhatikan oleh “kamera Ilahi” sahaja yang akan melahirkan sifat amanah.”

“Abang Am, betul ke kita boleh berbohong? Farhan pernah terdengarla abang Am. Boleh Abang Am terangkan?”

“Bukan macam tu Farhan, tapi amanah menuntut kita merahsiakan sesuatu walaupun terpaksa berbohong kerana berkata benar itu bukannya wajib secara mutlaknya pada setiap keadaan dan tempat. Seperti yang abang Am katakan, pengertian amanah ini cukup luas. Menyimpan rahsia termasuk dalam daerah amanah, misalnya rahsia untuk memelihara hak sahabat. Contohnya, sebagai seorang sahabat kepada Haiqal, Farhan tidak boleh memberitahu apa-apa rahsia diantara Farhan dan Haiqal kepada Balqis. Jika perkara ini dianggap tidak penting, lalu Farhan membuka rahsia orang lain yang boleh memberikan mudarat kepada Haiqal, sudah tentu perbuatan itu sangat tercela dan haram.”

“Oh..Baru Farhan faham Abang Am.”

“Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya, Rasulullah saw memberitahu bahawasanya amanah itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.”

“Baiklah adik-adik, sampai disini sajalah kisah Abang Amran. Minggu depan Abang Amran ingin bercerita mengenai sifat-sifat terkeji pula.”



Sabtu, 2 April 2011

Adik-adik Chomel

Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang membutuhkan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya (memperhatikannya) kelak pada hari kiamat. (HR. Ath-Thabrani)


[ini adalah entry yang tertangguh berbulan-bulan]

Salam a'laik...

siyesli lama tak update blog ni,
so, terimelah gambo yang ade ni..
haha...
adoila...
siyes xtau nak tulis pe da,
letak gambo adik2 Bait Al-Amin je la ekk..
:)



















Sukasukisakan kembali

Salam A'laik..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..


Ramai yang bertanyakan saya mengenai blog ini. Adakah masih 'bernyawa" lagi??..
Kataku kepada mereka, Ya, tapi admin mempunyai bnyak kekangan untuk menulis blog.. Bukan sudah tidak berminat, tetapi kekangan masa yang membuatkan admin tidak mempunyai masa untuk ber'blog'.

Erm... maaf kepada sesiapa yang sering bertanyakan mengenai blog ni. Mungkin bagi sesetengah pembaca beranggapan blog ini memberikan banyak input kepada mereka, ada juga sesetengah yang mengatakan bahawa blog ni tidak membawa kepada apa-apa kesan. Ingin saya mencelah bahawa, saya menulis blog ini atas dasar 'suka-suka' dan ingin berkongsikan cerita kepada kwan2 yang lain. Dan saya rasa, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk membaca blog saya kerana saya tahu blog saya tidak mempunyai apa2 cerita yang menarik melainkan mengenai diri saya sendiri..


Baiklah, mungkin selepas ini bakal menyusul entry2 baru daripada saya. Memang banyak benda yang nak saya ceritakan semenjak sukasukisakan berehat.. :)

wasalam...