Followers

Sabtu, 23 April 2011

Abang Amran Bercerita Pt 3 “Hasad Dengki”

Abang Amran Bercerita Pt 3

“Hasad Dengki”


(gambar hiasan)


Assalamu'alaikum adik-adik...
Minggu sudah, Abang Amran telah bercerita mengenai sifat terpuji. Hari ini Abang Amran nak bercerita tentang satu sifat mazmumah manusia.
“Abang Amran, sifat mazmumah itu apa?”, tanya Haiqal.
“Sifat mazmumah bermaksud sifat-sifat yang tidak baik dan tercela, juga sifat yang patut kita jauhi, contoh sifat mazmumah adalah hasad dengki”, jawab Abang Amran ringkas.
“Manusia ni memang suka hasad dengki ek?”, tanya Aiman dengan selamber.
“Iya Aiman, sifat hasad dengki atau iri hati ini lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya”, jelas Abang Amran.
“Hadis Nabi saw yang bermaksud: “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
Kita boleh lihat sifat hasad dengki atau iri hati ini dalam situasi perniagaan. Misalnya, perniagaan yang dijalankan secara berdekatan atau bersebelahan pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan iri hati dalam kalangan peniaga apabila melihat peniaga lain mendapat untung dan mempunyai ramai pelanggan. Contohnya, asal ada orang bukak kedai jual air, ramai orang datang membeli, kau nak dengki.asal ada orang tawarkan perkhidmatan percuma, kau punya perniagaan tak laku, kau nak dengki...asal ada orang berjaya sikit dari kau, kau ketinggalan, kau dengki... asal ada orang dapat bini lawa dari kau, pun kau nak dengki.”

“Adik- adik, kalau semua benda dalam dunia ni kita nak dengki, baik kita jadi raja, baru semua orang tidak boleh lawan.”
“Baiklah adik-adik,dengki ini ada dua jenis. Satu 'dengki bersih' dan satu lagi 'dengki kotor'. Orang tak marah kalau kita ada sifat 'dengki bersih' kerana dengki bersih itu menggunakan akal fikiran, kita pandai bersaing secara sihat. Walaupun kita dengki, tapi muka ada senyum.”
“Abang Amran, Haiqal tak faham.” jelas Haiqal.
“Aiman pun sama, tak faham”, kata Aiman.
“Okay, okay. Abang jelaskan”, kata Abang Amran.
“Begini, jika Haiqal berjaya dalam pelajaran, tp Aiman agak ketinggalan sedikit dari Haiqal, Aiman dengki dengan kejayaan Haiqal, tp Aiman memotivasikan diri Aiman dengan belajar sama atau lebih dari Haiqal lakukan, untuk berjaya dalam pelajaran,” jelas Abang Amran ringkas.
“Tapi bila kita ada sifat 'dengki kotor', itu yang tak elok dalam masyarakat sebenarnya sehinggakan ada yang sanggup melakukan perkara yang dilarang seperti menggunakan sihir untuk membalas dendam akibat iri hati terhadap orang lain. Puncanya,apabila dengki melihat kebaikan dan kejayaan orang lain. Tiada faedahnya jika kita dengki dan iri hati sesama kita kerana 'rezeki masing-masing dah ditentukan oleh Allah’ ingat tu adik-adik”, pesan Abang Amran.
Abang ingin berkongsi bacaan abang mengenai seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 'Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu...'
1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka Allah swt

“Oleh itu, abang ingin nasihatkan adik-adik semua, sekarang ni kan dalam bulan awal muharram, tak baik jika dengki kotor serta iri hati dengan orang. Rezeki masing-masing memang dah tertulis dan itu semua adalah takdir dari Allah. Jangan melawan takdir kerana rezeki kita memang dah tertulis. cuma kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang diingini. Jika terlalu mengharap tanpa berbuat apa-apa,kita tidak akan mencapai apa yang diimpikan.”

“Adik-adik sekalian, cuba praktikkan persaingan secara sihat, dengki secara sihat.dengki sihat itu bagus kerana dengannya baru semua orang boleh sama-sama maju, sama-sama berjaya. Tips untuk elakkan perasaan hasad dengki senang je, ingat ALLAH. Jangan pentingkan diri dalam mencapai kejayaan dengan hasad dengki dan iri hati terhadap orang kerana kadang kala benda sekecil kuman pun ada orang nak dengki jugak.
Baiklah adik-adik, setakat ini sahaja perbincangan kita pada kali ini. Abang Amran harap adik-adik dapat fahami penerangan abang tentang sifat hasad dengki ini.”

0 budak mengomen: