Followers

Jumaat, 6 Julai 2012

Iman Sofea #1




BAB1

Selepas seminggu bumi Seremban tidak hujan, akhirnya hujan membasahi halaman rumah banglo dua tingkat Dr. Arman yang terletak di taman perumahan di Taman Jaya Indah. Pada pagi sabtu itu, nikmat hujan itu ditambah dengan bunyi-bunyian daripada sang katak yang syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk ciptaan-Nya. Di dalam rumah banglo pula, terdapat seorang ibu dan seorang anak gadis sedang menikmati sarapan pagi bersama mee goreng dan tea suam. Gadis tinggi lampai tersebut tersimpul senyum apabila Uminya khusyuk menikmati sarapan pagi tersebut.

“Umi, Boleh tak kalau Iman tak nak masuk UPSI tu?” Soal Iman Sofea

“Ha??” Hampir tersembur air yang di minum Puan Zanariah. “Kamu jangan mengada-ngada Iman, bersusah payah kamu belajar sampai STPM semata-mata nak kejar impian kamu, tiba-tiba kamu hancurkan segala usaha yang kamu lakukan selama ni. Apa nak jadi dengan kamu Iman? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni??” Marah Puan Zanariah sambil meletakkan garfu yang digunakan sebagai alat untuk makan mee goreng tersebut.

“Hehe, Ala Umi ni, Iman gurau je la Mi, takkan tu pun Umi nak membebel. Hehe.. Sori Umi.” Usik Iman Sofea, lalu mencuit pipi Uminya. “Erm.. Umi, boleh tak hari pendaftaran nanti kita bawak Akmal sekali, barulah riuh sikit. Boleh kan Mi?

“Kamu ni Iman, janganlah selalu menyakat Umi dengan benda-benda yang mengarut macam ni, nanti silap haribulan, boleh kene heart attack  dibuatnya” Seloroh Puan Zanariah. “Boleh, tapi kena lah mintak kebenaran dari Mak Lang kamu.

“Ok..Ok.. Iman janji Iman tak buat lagi. Yeahhh.. Seronoknyer Akmal ikut sekali.” Sambil membuat muka comelnya. “Ermm… Mi, Abi mana?”

“Mmm..biasalah Abi kamu tu Iman, pagi-pagi macam ni kat Klinik kesayangan dia la tu”

“Aik?? Hari minggu macam ni pun Abi masih ke Klinik Iman Shafie ye Mi? Iman baru berhajat nak ajak Abi pergi beli barang keperluan Iman untuk masuk UPSI tu. Along mana?”

“Abi kamu tu baik orangnya. Mesti ramai orang yang memerlukan perkhidmatan Abi sekarang. Along kamu tu macam biasalah, keluar dengan kawan-kawan sekolah menengah dia dulu la tu. Dahla, kalau macam tu, biar Umi je yang teman Iman kesayangan Umi ni pergi beli-belah. Lepas kita beli, lepas tu kita blah..” Usik Puan Zanariah

“Umii!!... alaaa… takkan terus blah, kita singgahla makan kat KFC ke, MC’D ke, Secret Recipe ke?. Please Umi…” Rayu Iman Sofea.

“Yelah.. demi anak Umi..” Lalu mencubit pipi gebu Iman.

Puan Zanariah segera mengemas meja dibantu oleh Iman sofea. Iman Sofea merupakan seorang gadis yang sangat manja dan suka menolong Uminya didapur. Walaupun mereka hidup dalam keadaan yang mewah, namun mereka tidak sesekali memakai perkhidmatan orang gaji bagi menjalani kehidupan seharian mereka. Iman Sofea dan abangnya, Zaharul Shafie telah diajar sejak kecil oleh Puan Zanariah dan Abinya Dr. Arman cara menguruskan rumah dan sangat tertib didalam setiap perilaku.

Iman Sofea dan Zaharul Shafie merupakan anak perempuan dan lelaki tunggal Dr. Armand dan Puan Zanariah. Iman dan Zaharul diberikan kasih sayang yang tidak terhingga oleh Dr.Arman dan Puan Zanariah kerana mereka merupakan penyeri di dalam rumahtangga mereka. Apa yang diinginkan oleh anak-anak mereka, tentu saja diberikan oleh Abi mereka. Tetapi Iman dan Zaharul tidak seperti anak-anak yang lain, jika ditunaikan segala permintaan, maka akan dipijak kepala ibubapanya. Mereka tetap ada perasaan malu jika inginkan sesuatu daripada Abi mereka.

Akmal Rakin pula merupakan sepupu kepada Iman Sofea, anak kepada Mak Lang Zainab, iaitu kakak kepada Dr. Arman. Akmal Rakin berumur 15 tahun dan sangat rapat dengan keluarga Dr. Arman. Keluarga Dr. Arman telah menganggap Akmal sebagai anak dan adik-beradik kandung mereka sekeluarga disebabkan dahulu keluarga Dr. Arman pernah membesarkan Akmal Rakin selama 9 tahun di banglo milik mereka. Disebabkan bapa Akmal Rakin telah mengalami kecelakaan semasa pulang dari kerja, bapanya mengalami kecederaan yang teruk di kaki dan menyebabkan isterinya terpaksa melakukan tugas untuk menjaga suaminya. Puan Zanariah telah menolong dengan menjaga Akmal dengan sebaik mungkin dan memberikan bantuan kepada keluarga Mak Lang Zainab.

BERSAMBUNG....

0 budak mengomen: