BAB
2
Setibanya di tempat
yang dituju, Iman Sofea dan Puan Zanariah segera ke salah sebuah butik untuk
memilih baju untuk hari pertama Iman Sofea menjejakkan kakinya ke UPSI. Iman
Sofea ditawarkan ke UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia
dengan Pendidikan. Iman merupakan pelajar cemerlang di sekolah lamanya iaitu Sekolah
Menengah Teknik Tuanku Ja’afar di Ampangan. Iman Sofea juga merupakan pelajar
cemerlang bagi negeri tersebut.
Sambil berjalan-jalan
di dalam butik tersebut, Iman Sofea terlihat sepasang baju kurung berwarna
kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.
“Isk, cantik jugak baju kurung moden ni, tapi
kenapa la mahal sangat harganya sampai RM400. Tak sangguplah pula nak mintak Umi
belikan.” Detik hati kecil Iman.
“Eh Iman, kenapa tengok
je baju tu? Kalau nak ambillah, biar umi yang bayar” kata Puan Zanariah.
“Erkk… Takpa lah Umi, mahal
sangat baju ni, lagi pun kalau Iman pakai, dah macam orang nak naik pelamin je”
Iman Sofea menyimpan hasratnya untuk memiliki baju tersebut.
Puan Zanariah yang masak
dengan perangai anaknya itu hanya tersenyum melihat gelagat anak bongsunya itu.
Puan Zanariah tahu bahawa Iman Sofea merupakan seorang anak yang tidak suka
menyusahkan ibu bapanya. Iman juga seorang anak yang pandai menguruskan
wangnya. Iman diajar dari kecik cara untuk berjimat dan menabung. Abangnya,
Zaharul Shafie juga diajar dari kecil cara untuk berjimat.
“Umi, Iman cari baju
kat belakang tu ye Mi.” Iman menyembunyikan rasa kecewanya untuk memiliki baju tersebut.
Setelah menjelajah satu
butik, akhirnya Iman mengambil sehelai baju kurung moden berwarna hijau pucuk
pisang untuk dipakai pada hari yang dinantikan.
“Umi, jom balik. Iman
letih la Umi. Ingatkan Iman yang nak beli barang-barang untuk Iman, rupanya
barang Umi lebih banyak daripada barang Iman.” Sambil membuat muka toyanya.
“Alang-alang Iman temankan
Umi, apa salahnya Umi beli barang untuk diri Umi. Lagipun 2 minggu lagi, Iman
dah pegi nuh jauh ke Perak. Takda siapa nak teman umi pergi beli-belah. Dahla Along
kamu tu pun duduk jauh. Nasib baik Along kamu tu sama universiti dengan kamu.
Tidak la Umi risau sangat.”
“Isk Umi ni, Abikan
ada. Mesti Umi seronok bila kiteorang takda kat rumah. Bolehlah Umi dengan Abi
berromantik-romantik dekat rumah.
Alamat seminggu jugak Abi tutup Klinik sebab nak berbulan madu buat kali kedua
dengan Umi.” Sakat Iman Sofea.
“Kamu ni kalau dilayan
makin menjadi-jadi. Dah, habiskan French fries tu dulu. Kalau Abi ada kat
sini, conform Iman kene marah sebab
bazirkan makanan tu.” Pesan Puan Zanariah.
“ok..ok..baiklah” jawab Iman
Mereka kemudiannya
berjalan menuju ke parkir kereta di tingkat paling atas. Semasa kalut menolak
troli, tiba-tiba beg tangan yang di pegang Puan Zanariah di sentap oleh seorang
lelaki remaja yang berusia dalam lingkungan 17 tahun. Puan Zanariah terjatuh
dan Iman terkaku seketika ketika melihat uminya jatuh. Tanpa melengahkan masa,
Iman segera mengejar peragut tersebut. Sedang Iman mengejar, Kepala Iman
terlanggar satu susuk badan yang agak tinggi dan tegap.
“Aduh..Sakitnya hidung
ni..” rungut Iman.
“Maaf..Ni…” belum
sempat lelaki tersebut berkata-kata, Iman segera memotong ayat lelaki tadi.
“Maaf saudara, saudara
tak nampak ke saya tengah sibuk kejar peragut ni? Kenapa halang laluan saya?
Tengok, peragut tu dah lari jauh dah. Lain kali, kalau nak berkenalan pun,
tunggu lah saya dapat peragut tu dulu. Ini tak, time orang nak kejar peragut tu la dia nak berkenalan.” Rungut Iman
yang keletihan mengejar peragut tersebut.
“Nah.. tak payah kejar
lagi. Saya dah dapat dah beg awak. Lagi satu, sebelum membebel tu,jangan suka
potong cakap orang tau. Alang-alang saya dah dapat kejar peragut tu, boleh la
kot kalau saya nak berkenalan?” Sindir lelaki tersebut.
“Erk… Terima kasih
saudara.. Erkk…Maaf la sebab membebel
tak tentu pasal tadi. Kalau saya letih memang selalu macam ni, kuat membebel.” Balas
Iman dengan muka yang merah. “Erm..satu lagi, pasal berkenalan tu saya mintak
maaf la ye, xde niat nak cakap macam tu” sambung Iman.
“Takpe..takpe..
Sa…” sekali lagi lelaki tersebut ingin bersuara, Iman segera berlari
mendapatkan Uminya yang masih terduduk di tepi kereta sambil di temani beberapa
orang wanita yang prihatin.
“Umi…Umi
tak apa-apa?” Soal Iman dengan nada cemas.
“Alhamdulillah,
Umi tak apa-apa, cuma luka sikit je dekat tangan ni.” Jelas Puan Zanariah.
“Jom
Umi, kita balik. Kita singgah klinik Abi dulu ye.” Kata Iman sambil meminta
diri kepada wanita-wanita yang membantu Uminya. Iman masuk kedalam kereta dan
mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Tiba-tiba Iman terasa begitu malu
apabila lelaki yang menolongnya tadi masih berada di tempat yang sama. Iman
hanya memberikan senyuman dan menganggukkan kepalanya tanda terima kasih kepada
lelaki tersebut.
“Iskk…
Manis betul senyuman budak perempuan tu. Apa la nama dia eh? Kelakar pulak tu.
Kelam-kabut.” Soal lelaki tersebut dalam hati sambil tersenyum sendiri.
Bersambung...
0 budak mengomen:
Catat Ulasan