Followers

Rabu, 25 Julai 2012

Iman Sofea #4



BAB 4

Sedang Iman mengemas pakaiannya kedalam beg pakaiannya untuk dibawa ke Tanjong Malim, Iman terdengar seperti Uminya memanggil namanya.

“Iman, sini kejap nak” Panggil Puan Zanariah.

“Ye Umi, Iman datang.” Jerit Iman Sofea

“Ada apa Umi?” soal Iman Sofea.

“Nah, hadiah buat anak perempuan Umi dan Abi. Bawak masuk bilik dan cuba dalam bilik. Lepas tu turun bawah. Umi nak tengok macam mana rupa anak Umi. ” arah Puan Zanariah lalu tersenyum.

“Terima kasih Umi, Abi. Tapi hadiah apa ni Umi?”

“Jangan banyak tanya. Lepas naik bilik nanti Iman tau la” Puan Zanariah hanya tersenyum denga gelagat anak perempuannya itu.

Lalu Iman berlari-lari anak naik ke biliknya lalu membuka bungkusan yang kemas dibalut oleh Uminya itu. Diatas balutan itu terdapat sekeping nota yang ditulis tangan oleh Uminya.

“Tahniah buat anak Umi dan Abi kerana berjaya mencapai separuh cita-cita untuk menjadi seorang guru. Selamat menjejakkan kakimu ke alam Universiti Sayang.Umi dan Abi sayang Iman”

Dengan tidak diduga, setitik demi setitik air mata Iman gugur ke pipi gebunya itu. Lalu disekanya air mata itu sambil membuka balutan hadiah yang diberikan oleh uminya itu. Alangkah terkejutnya Iman apabila hadiah yang diberikan oleh uminya itu berupa sepasang baju kurung moden berwarna kuning keemasan diliputi dengan tompokkan labuci di lengan baju tersebut.

“Eh, ni baju yang aku berkenan hari tu. Kenapa Umi belikan untuk aku?. Baju ni kan mahal. Macam mana umi tau aku suka baju ni?”. Bermacam-macam soalan berlegar-legar dikepala Iman Sofea. Lalu Iman menyarungkan baju tersebut ke badannya. Iman segera berlari-lari menuju ke ruang tamu yang diduduki Umi dan Abinya.

“Wah.. Cantik anak Umi ni.” Puji Puan Zanariah.
“Terima kasih Umi, Abi. Tak sangka Umi belikan Iman baju ni. Iman memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan  baju ni sejak kita pergi Butik Riedz hari tu. Terima kasih umi.” Sambil mencium pipi Puan Zanariah.

“Lepas ni, Iman kene belajar rajin-rajin tau. Iman kena berdikari. Jangan terlalu bergantung kepada Abi dan Umi. Ingat ye Iman, alam universiti tak sama dengan alam sekolah. Kalau Iman ada masalah, Iman mesti pandai mencari kawan nak luahkan segala masalah Iman. Berkawan biar beribu, tapi jangan cari kawan yang macam hantu tau Iman” Nasihat Dr. Arman.

“Baik Abi. Iman ingat nasihat Abi. Iman janji, Iman akan belajar rajin-rajin. Iman nak balas jasa Abi dan Umi. Iman sayang Umi dan Abi” kata Iman sambil memeluk erat kedua orang tuanya.

Iman kemudiannya berlari menaiki tangga dan tersenyum sendirian mengenangkan pemberian Umi dan Abinya.

Bersambung.....

0 budak mengomen: