Followers

Ahad, 30 Januari 2011

Terasa....

Slam a'laik..


uhuk3...
tetiba rasa nak balik kezaman persekolahan..
sangat rindu tyme itu,

windu nak pakai baju sekolah,
kale biru, putih..
kuning, putih.
hitam, putih..

rindu nak pakai kasut putih,
rindu nak pakai kasut hitam.


windu nak:
gosok baju pagi2,
pastu sarapan dah tersedia,
pegi sekolah sama2 kawan.
beratur sama2..
main sama2..
gelak sama2..
kena marah dgan cikgu sama2.


windunyer...

Bila xsiap kijer sekola, kopi kawan punyer,
bila dah siap, kawan kopi kite punyer..
uhh..seronoknyer...


bila nampak mamat ensem lalu,
duk usya tepi tingkap same2...

Bila pengetua lalu,
buat muke suci,baek jerp..


Bila ade event,
semua bawak kamera,
duk tangkap gamba sana, duk tangkap gamba sini...
uhhh..sangat windu...

Kalaulah bole diputar masa..
:(

Nak belajar sesungguh,
xmau main2..
kalo xmain2.
mesti dapat pergi lebih jauh lagi..


tapi, aku tetap bersyukur,
sbb dapat menempatkan diri disini.

Berkat doa ibu bapa serta keluarga dan sanak saudara.
Terima kasih tidak terhingga juga buat guru-guru yang mengajarku..


Link
windu sesangat kat sahabat2 yang pernah mengharungi liku-liku kehidupan bersama-sama denganku..
apakan daya, kita kini terpisah jauh,
namun, kita akan tetap SAHABAT buat selamanya..:)

Abang Amran Bercerita Pt 1 “Dermawan"

Abang Amran Bercerita

“Dermawan”

(gambar hiasan)

“Assalamualaikum adik-adik..

Hari ini Abang Amran nak cerita mengenai sifat terpuji iaitu, dermawan. Abang Amran nak cerita lebih lanjut mengenai sifat dermawan ini supaya adik-adik lebih faham dan selalu mengamalkan sikap dermawan ini.

Adik-adik sudah bersedia?”

“Dah..kami sudah bersedia. Kami sudah tidak sabar lagi untuk mendengar cerita Abang Amran.”

“Sebelum itu, Abang ingin menjelaskan serba sedikit mengenai sifat dermawan. Dermawan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Untuk pengetahuan adik-adik, Allah juga bersifat maha pemurah. Kedermawaan-Nya berlipat kali ganda pada waktu tertentu, contohnya pada bulan Ramadhan. Allah menggandakan 10 kali ganda amalan baik yang dilakukan pada bulan tersebut.

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan Syurga, jauh dari Neraka. Sesungguhnya orang yang kikir (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari Syurga, tetapi dekat dengan neraka. Seseorang yang bodoh tetapi dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seseorang alim yang pandai tetapi kikir. Penyakit yang paling parah adalah kikir.”“

“Abang Amran, boleh tak terangkan lagi hadis tu dengan lebih lanjut. Balqis tak berapa faham la”

“Baiklah Balqis. Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan Syurga dan jauh dari Neraka bermaksud, seseorang yang murah hati akan dikasihi oleh Allah, keluarga, masyarakat, dan juga orang yang menerima derma itu. Segala sumbangan seseorang itu akan dikenang oleh semua orang. Contohnya, Balqis mendermakan sedikit wang untuk keluarga Firdaus yang ditimpa musibah baru-baru ini. Sifat pemurah Balqis akan menyebabkan keluarga Firdaus sangat menyayangi Balqis dan berprasangka baik kepada Balqis. Dan mungkin mereka akan mencontohi apa yang dilakukan oleh Balqis apabila meraka melihat orang yang lebih susah dari mereka.”

“Selain itu Balqis, Rasulullah juga pernah bersabda bahawa, sedekah itu tidak akan mengurangi harta dan tidaklah Allah menambah keampunan kepada seseorang melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang itu bertawadhu kepada Allah melainkan allah akan meninggikannya.”

“Ingat tau adik-adik, jika kita bersedekah, harta kita tidak akan berkurang, malah harta kita akan bertambah tau adik-adik. Jadi, adik-adik sekalian, Abang Amran harap adik-adik selalulah menderma dengan sepenuh keikhlasan adik-adik.”

“Abang Amran, macam mana jika Syafiq tak ada duit yang banyak untuk menderma? Syafiq tak nak masuk Neraka”

“Em..Bagus soalan tu Syafiq. Sedekah itu tidak mengira banyak atau sedikit. Sedekah juga bukan sahaja dengan cara memberikan wang, malah kita juga boleh memberikan sedekah berupa pertolongan, membantu orang yang dalam kesusahan dan banyak lagi.

Adik-adik sekalian, jika kita mempunyai wang walaupun sedikit, kita janganlah tangguh-tangguhkan untuk bersedekah. Janganlah menunggu apabila kita sudah kaya barulah kita mahu bersedekah. Berilah hanya seringgit. Lakukan setiap hari tanpa memikirkan rugi dan kekurangan wang kerana sesungguhnya berkat wang seringgit itu akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah s.w.t di jalan yang tidak disangka-sangka. Ingatlah adik-adik, sesungguhnya tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan”

“Adik-adik, Abang Am pernah terbaca satu kisah mengenai seorang ulama salaf, Ibnu Amir. Ibnu Amir telah membeli sebuah rumah yang berharga 90,000 dirham. Suatu malam, ketika beliau meninjau sekitar kediaman yang baru dibelinya, beliau terdengar tangisan orang-orang yang tinggal tidak jauh dari kediamannya. Ibnu Amir segera mendatangi mereka dan bertanya, lalu diberitahu bahawa orang-orang itu sedih dan menangisi rumah baru yang dijual mereka.

Maka, Ibnu Amir tahulah bahawa mereka merupakan pemilik asal kediaman berkenaan. Ibnu Amir segera mengarahkan pembantunya agar menyampaikan pesanan kepada penghuni itu bahawa wang yang telah diberikan dan rumah yang telah dibeli itu akan dihadiahkan semula kepada penghuni asal kediaman tersebut.

Sifat dermawan yang dimiliki Ibnu Amir tidak mungkin dapat dicontohi oleh kita hari ini.Oleh itu adik-adik, sifat dermawan itu haruslah diconohi untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.”

“Macam mana kita nak jadi seseorang yang dermawan Abang Am? Haiqal teringin sangat nak jadi dermawan.”

“Bagus tu Haiqal. Untuk menjadi seorang yang pemurah atau dermawan, kita boleh mempelbagaikan sedekah kita. Bukan sahaja kewangan, malah harta benda, pertolongan juga dikira sedekah. Jika kita juga tiada harta, dan tidak mampu untuk menolong, doa juga merupakan satu sedekah. Jadi, jika adik-adik Abang yang tidak ada harta benda untuk menderma, adik-adik boleh memohon kepada Allah supaya memurahkan rezeki mereka yang serba kekurangan.”

“Selain daripada itu, adik-adik bolehlah memilih individu yang boleh dicontohi seperti para nabi dan Rasul yang terkenal dengan sifat dermawan, sama ada kaya atau miskin. Rasulullah merupakan manusia yang paling dermawan, mulia berani dan amat sempurna dalam segala sifat terpuji. Kedermawaan baginda pada bulan ramadhan berlipat kali ganda berbanding bulan lain seperti kemurahan Allah berlipat kali ganda pada bulan itu.

Firman Allah ada menyebutkan mengenai bersedekah. Sekiranya kita dapat bersedekah semasa kita kekurangan wang sebenarnya kita telah membuka pintu-pintu kebaikan. Firman Allah yang bermaksud, kamu tidak sesekali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”:

“Adik-adik yang abang Amran kasihi, jadilah diri kita bersifat pemurah, ringan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan dibawah. Kata-kata ini sangat sinonim dengan sifat dermawan seseorang itu. Sifat pemurah ialah sifat yang terpuji. Jadi adik-adik, jangan dengar sahaja tau cerita Abang ni. Abang nak adik-adik mengamalkan sifat terpuji ini.

Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama dengan orang yang melakukannya.Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang dalam kesengsaraan.

“Sangat menarik cerita Abang Amran tu, nanti bila Aiman keluar rumah dan terserempak dengan orang yang memerlukan, Aiman akan bantu mereka.”

“Bagus tu Aiman. Baiklah adik-adik, sampai disini sajalah kisah Abang Amran. Minggu depan Abang Amran ingin bercerita mengenai sifat amanah pula.”



P/s: ni, esemen sukasukisakan..hihi.

Penang Vs Bidor

salam Alalik.
lame betul xupdate belog ni..

okeyh la, arini saye nak cerita pasal Perjalanan kami ke Penang..
:)
weeeeeee..sangat seronok pada pagi itu,
bangun awal untuk menyiapkan apa yang patut,
(empat agi wat sandwich)

Dalam pukul 8.30 kami bergerak dari tanjOng Malim ke Penang,
So, dalam kereta tuh, kami berempat berhasrat untuk mengambil gambar di jambatan Pulau Pinang..
ekkek...Sangat lawak tyme kami menyuarakan usul masing2...

Eherm, selepas 50 mnt perjalanan,
Tibalah kami di Bidor,
Setibanya kami di trafik light,

jeng..jeng.....

enjin tetibe mati...
uishh...tengah2 jalan ni sayang oi..
jangan buat hal.
minyak cukup, air cukup..
ades...

Mulalah gelabah dalam kereta tuh.
Alamgkah baiknya nasib kitaorang. ade pemandu traler kat blakang tlg tolak kereta ketepi...uhuk3..mekasih pakcik..

setibanya kami di tepi jalan, ade seorang abang, indian xsilap.(tapi xtau muslim atau x)
dia bentikan kreta dpan kitaorg,..upe2nyer, abg tu mekanik..alhamdulillah.

bila dichek2, upenyer, air tumpah..
jeng2..so, xleh buat ape ngan kereta tu,
so tepon abg punye kreta tu, ckap kreta dia rosak,
dia suh bawak balik,
tapi, kereta tuh mane bole gerak bang oi..

So, kereta tu ditarik..T_T
(masuk bengkel la)

Setibanya di bengkel yang 2 minit perjalanan tu,
kami dicas, 30 inggit..
glurpp...
hampeh nyer ungkel(uncle)...

so, dari kul 9.30 sampaila kul 1lebeyh, kami di Bidor..
melupakan hasrat untuk ke Penang wat sementara waktu..
sedis tul..
baru ampai bidor, duet da bnyak melayang..
huk3


Jumaat, 21 Januari 2011

Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu Part 1

Salam 'alaik...

Harini, 21 jan 2010, kami berempat (saya,dayah,fiza dan siah) memulakan kajian kuantitatif kami secara beransur-ansur di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu..

Dua hari sebelum berangkat ke KKB, kami berjumpa dengan En.Samri untuk membincangkan mengenai kajian yang akan kami lakukan. Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk menemubual pegawai disana..

Fuh..kami diuji dengan ketidakadaan 'driver' untuk membawa kami ke sana..Akibat jadual kelas yang padat, kami terpaksa meminta kebenaran untuk 'skip' dari kelas. Mujur boleh... Cuma Nieza je yang tak boleh menjadi driver kami untuk kesana, kerna dia ade kelas pada pukul 5-7..

So, kami terpaksa mencari jalan untuk 'memaksa' seseorang untuk menjadi driver kami..(haha..kejam je bunyik).. Alhamdulillah, salah seorang daripada sahabat (Safwan), sudi untuk menjadi driver yang tidak berbayar..hihi..

Pukul 3 kami bertolak ke KKB dan kami mengikiuti En.Samri dari belakang,(sooo, jauh kedalam tempatnya)..Dalam 40 minit perjalanan dari Tng.Malim ke sana..perh..angin kat sana sungguh nyaman..

Setibanya disana, kami dikenalkan dengan seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat yang sedang bertugas..Bermacam-macam soalan yang kami tujukan kepada Encik tersebut. kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Pengetua rumah Ehsan itu, mugkin atas kesibukan Puan itu, kami juga tidak boleh mengganggu.. :(

Apa yang mengejutkan kami, 60% daripada penghuni rumah ehsan itu, tidak berkahwin.. selain daripada itu, ada diantara mereka yang tidak mempunyai waris, tidak ada pendapatan,dan berpenyakit tetapi bukan penyakit berjangkit.


Apa yang ingin kami kaji dalam kajian kuantitatif ini adalah mengenai faktor yang menyebabkan pengabaian ibu bapa dalam kalangan anak-anak. Tetapi, hasil kajian yang kami jalankan, bercanggah daripada apa yang ingin kami kaji. Rupa-rupanya, tak ada seorang pun anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah Ehsan itu. Agak terkejut juga kami mendengarnya. Rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh orang ramai ada juga yang tidak betulnya.

Kami diberi lagi satu kejutan, apabila En.Samri, Pembantu KM, dan pengetua rumah Ehsan telah memberi kami satu tugasan untuk membuat satu program untuk warga tua.Agak terkejut juga kami masa tu.. Selepas mereka berbincang, mereka menetapkan tarikh 26.02.2011 sebagai tarikh kami menjalankan program itu.. (xleh byang, markah esemen kami cuma 20 markah je). Kami juga agak takut, kerana En.Samri ingin melibatkan (Persatuan Pengajian Malaysia) PPMAS..Adus..kami juga diarah untuk memanggil Abang Syafiq, untuk berjumpa dengan En.Samri.

So, kami bercadang, nak berbincang dengan En.Samri tentang niat yang dinyatakan itu..Adus..Berat tuh..Mesti kami dimarahi oleh org2 tertinggi PPMAs sbb memandai je bagi cadangan kat En.Tapi, bukan kami yang memberikan cadangan ni..Harap PPMAS xsalahkan kami berempat la yer.

Banyak juga yang kami dapat hasil dari perbincangan kami petang tadi.. Terima Kasih kepada En.Samri dan Pembantu KM, sbb membenarkan kami meng'interview' mereka. dan tidak lupa juga kepada Safwan sebab jadi PA kami..ekkeke...

Sekian...
Wasalam..



Selasa, 18 Januari 2011

Pelajar hilang dibunuh kejam



SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.

Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.

Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam.

Menurutnya, dalam laporan tersebut, mangsa dikatakan tidak pulang seperti kebiasaan selepas keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

“Bagaimanapun, polis telah menerima maklumat mengenai motosikal mangsa dilihat digunakan oleh seorang remaja lain di kawasan Sadong Jaya, malam tadi.

“Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melakukan siasatan hingga membawa kepada penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kampung Sadong Jaya, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam pada pukul 7 pagi ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi di mana mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini.

Katanya, pemeriksaan awal di lokasi yang dinyatakan oleh suspek mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan seperti baru digali.

Sepasukan anggota Forensik yang tiba di tempat kejadian menggali semula tanah berkenaan sebelum menemui mangsa yang masih lengkap berpakaian dan berlumuran darah di dalamnya.

Tambah beliau, polis turut menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk memukul kepala mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati, sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan.

“Suspek yang ditahan itu pula tinggal bersendirian di rumahnya dan dipercayai menjadi orang tengah untuk menjual barang-barang curi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan berkenaan termasuk seorang daripadanya yang menjadi dalam utama dalam geng sindiket terbabit.

Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dan berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya.


_____________________________

Sukasukisakan sangat tidak sukasukisakan ari ni bila baca berita kat Utusan Malaysia arini..

perh....orang zaman sekarang ni kejam-kejam kan...isk..sampai sanggup nak membunuh, lepas tu tanam tanpa dimandikan dulu...

hurm...memang kejam...Sukasukisakan mmg tak suke la dengar berita bunuh2 ni...

Sukasukisakan harap orang yang membunuh pelajar berkenaan dapat pembalasan yang sewajarnya...

Hutang darah dibayar darah..!!

bila terasa rindu..

Saye sangat merindui kekucing saya yang sudah tiada..:(







Isnin, 17 Januari 2011

Breathless -_-


If our love was a fairytale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we'd say I do

And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are

You leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me..

Breathless

And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made

And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are

You must have been sent from heaven to earth to change me
You're like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You're something special
I only hope that I'll one day deserve what you've given me
But all I can do is try
Every day of my life


Sabtu, 15 Januari 2011

demam oh demam..





Salam alaik…

Atchum….

Wahhh…sekarang ni, nampaknya, jangkitan seleseme kian merebak la…Huhu…sedis betol la, sebab aku salah sorang daripada mangsanya..Ngeh3…Den domam 3-4 ari lepas,,,Bejangkit punye pasal la..hihi…

Tak pepasal, disebabkan terlalu sakit tekak,Terpaksa pegi pusat kesihatan untuk mintak ubat…Ambe ni jenis penakut sikit nak jumpe ngan doc..hoho…Sebab, kalo aku nak chek penyakit lain, tetibe dia cakap kita ade penyakit lain..Ades…xke susah tu??haha…

So bile aku dapat nombo giliran, terpaksa menunggu sampai stengah jam..Kenape ek??Haha…haruslah sbb org ramai yang dating pusat kesihatan tu..oho..upe2nyer,Ramai gile yg batok2, selsema, demam..hahah…

Setibanya dalam bilik doc,Dia tnya aku sakit pe, so aku cakap la sakit tekak, selesema, batok…Pas tu dia pon chek la tekanan darah aku,Tetibe, doc tu cakap… “Cikgu tak cukup tido ke??”Aku pon jawab, “lebeyh kuwang la”.. Doc tu cakap lagi, darah cikgu tinggi ni, kena exercise lebih..Wahahahah….nak pengsan dibuatnyer..huhuu…

Macam ne la boleh dapat darah tinggi tuh..hihi..Mungkin si buaye suke buat aku naik darah kut..hahakz..[kidding]

So, disebabkan menelan ubat, so xdapat la nak update belog…Huhuu…ni baru ade kesempatan nak menaip..hihii…

DAN...

wujudlah entry saya yang terbaru..heheh..bnyak lagi nak cerita ni, tapi tunggu dulu r....

Pstt…: kwan2 nak tau, saye makan sebijik je ubat tu, pas tu xmakan dah..hahahkz…sebab pe ye??? Sebab say erase saye dah baik, tu la xmo dah makan ubat..ngeh3…


Isnin, 10 Januari 2011

Hikikomori...apa ertinya???





Salam A'laik..


Hikikomori???
Apa itu hikikomori???
Kuihkah???binatangkah???atau, Kenderaankah???

Hikikomori ni kalau nak dikopi pastekan, ianya merujuk kepada fenomena dlm kalangan individu-individu menyendiri yang telah memilih untuk menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial, seringkali menyesuaikan diri dengan tahap pengasingan diri yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor peribadi dan sosial dalam dan luar hidup mereka.

Kemerosotan interaksi sesama manusia, bukan sahaja menyebabkan remaja kehilangan minat untuk berbual dengan ahli keluarga dan sanak saudara,tetapi terjadi apabila seseorang student tu berada di hostel atau di kolej....

Apa yang dapat kita lihat skrang ni, golongan remaja banyak yang terjebak dalam masalah ni...(kesian)...Remaja sekarang ni tak bijak berbahasa kesan kurannya pendedahan serta interaksi sesama manusia.Kita lebih suka untuk bekerja seorang diri dan melakukan tugasan dengan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling.

Generasi kita semakin ke arah individualistik.!!..Oh! Tidak...

Mungkin lepas ni sudah tidak ada lagi perkataan Masyarakat, Citizen, Komuniti, Jiran, dan bla..bla..bla...KENAPA??? Sebab Masyarakat selepas ini tidak lagi mengamalkan cara hidup ketimuran yang sering diperkatakan sekarang..Lepas ni, mungkin anak-anak kita akan belajar dirumah sahaja, belajar melalui internet, bekerja dari rumah dan banyak lagi...

uhhh..takotnyer....

Ada hadits yang menyebutkan mengenai hidup bergaul dan bermasyarakat....

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” [Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032]


Berdasarkan coretan Ustaz Hasrizal,antara faktor tercetusnya Hikikomori ini adalah, kerana tiada tujuan hidup yang jelas. Mungkin ada yang menjawab, mereka ada tujuan hidup. Tapi adakah tujuan itu jelas? dan jika ianya jelas, neraca apa yang diguna untuk menjadikan tujuan hidup itu jelas?

Jawapannya, AGAMA ISLAM.


Baliklah kepada agama Islam. Dari peringkat individu hinggalah kepada masyarakat atasan. Sangat banyak yang perlu dipelajari tentang Islam ni dan susah jugak untuk mengamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Islam ajar solat berjemaah. Dijanjikan pahala berlipat ganda lagi. Berjemaah dapat mengelakkan fenomena hikikomori tu. Bukanlah bermakna pergi solat berjemaah dan berborak sakan. Tapi memadailah dengan memberi senyum dan bertegur sapa.


Dan sebenarnya banyak lagi kan cara kita untuk mengelak wujudnya hikikomori dalam diri. BERUKHUWAH lah.. Ukhuwah fillah itu manis.

Jangan biarkan diri anda diselubungi sikap hikikomori. Dan rancanglah kehidupan yang baik untuk bakal anak-anak. Jauhi hikikomori dalam diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak.

Bagi pelajar pula, elakkan diri daripada sikap Hikikomori, kerana apabila anda bersikap sedemikian, berkemungkinan anda akan mengalami stres yang berpanjangan....

Wallahualam...

Saya juga mahu berpesan kepada kawan-kawan serta diri saya sendiri, bersahabatlah dengan sesiapa yang kamu mahu.Berbuat baiklah antara kalian..Apa makna duduk serumah jika tidak bertegur sapa???isk...parah..
Ingat tau kawan-kawan,apabila kamu tidak mengasihi, maka kamu tidak akan dikasihi....Isk...payah jugak tu..

Marilah kita jalinkan ukhwah antara kita, jangan suka bermasam muka, jelaskan apa yang terbuku dihati, nescaya mereka yang mendengar akan memahami...kalau tak tau macam mana nak mulakan percakapan, cukuplah sekadar memberi salam serta bertanya khabar..:)

Wallahualam.....


buaye warna oren?xpelik ahh..


Salam a'laik..:)
Arini tetibe rajin bebenar nak baca kosmo kat internet,
tetibe,terbaca satu artikel mengenai buaya oren..
hahaha..nak tegelak plak...
nak tau kenape???hihi...tungguuu...
bace la berita ni dulu..
hihi..


MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi


haha...
nak tau kenape aku gelak???
sebab...
tak heran la buaya kale oren...

Aku pnah tgok buaya yang lebih ajaib lagi tau...
hermmm...
memang pelik ahh...

Korang penah tak tengok buaya main fesbuk???
keh3..
Aku penah..hihiih

layan.....

Maher Zain nak datang Malaysia lagi???ngeh3...Suke




Dipetik daripada Kosmo! Online..

FENOMENA penyanyi Maher Zain belum lagi berakhir apabila komposer dan penyanyi kelahiran Lubnan ini sekali lagi berkunjung ke Malaysia bagi mengadakan konsert solo yang pertama di sini.

Inteam Records bersama Fiero Entertainment dan Awakening Entertainment bergabung tenaga untuk menyambung momentum ini dengan mengadakan konsert solo Maher Zain Live In Concert 2011 yang akan bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari ini.

Maher merupakan menjadi artis beragama Islam pertama mempunyai satu juta pengikut di laman sosial Facebook dan 900,000 daripada jumlah itu adalah pengikut dari Malaysia selepas pelancaran album pertamanya, Thank You Allah.

Mungkin kerana itu, penyanyi tinggi lampai ini agak kerap menerima jemputan ke Malaysia. Pada tahun 2010 sahaja, Maher tampil dengan mengadakan konsert mini dan amal di Shah Alam.

Persoalan mengenai kekerapan berkunjung ke Malaysia dijawab dengan mengatakan Malaysia merupakan rumah kedua bagi empunya diri dan isteri tersayang.

“Seperti yang pernah saya katakan, Malaysia ialah seperti rumah kedua saya selepas Sweden.

“Saya juga selesa berada di sini memandangkan isteri saya memakai hijab dan masyarakat di sini tiada masalah dengan perkara tersebut,” bicaranya selepas beberapa kali diajukan soalan mengenai kunjungan di Malaysia.

Tambahnya lagi, perancangan bercuti bersama isteri di sini mungkin akan dipertimbang kelak selain berkata dia amat menggemari hidangan tempatan iaitu sate bersama kuah kacang.

Selain itu juga, penerimaan dan sokongan rakyat Malaysia juga antara penyebab kesudiannya kembali ke Malaysia.

Akuinya jujur, perasaan terharu dan bertuah terdetik di hati kerana dijemput bagi mengadakan konsert sulung itu dan ia juga dianggap sebagai satu penghormatan bagi dirinya.

Berbicara mengenai konsert solo pertama yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam itu, berkemungkinan beliau akan menyampaikan sebanyak 10 atau 11 buah lagu yang dipetik dari album Thank You Allah.

Antara kejutan yang akan dilakukan nanti ialah, peminat di Malaysia akan berpeluang menyaksikan secara eksklusif nyanyian lagu Insha Allah di dalam bahasa kebangsaan.

“Pada konsert solo saya nanti, saya akan menyampaikan lagu Insha Allah di dalam bahasa Melayu. Ia khas bagi menghargai peminat Malaysia yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada saya,“ tuturnya yang juga pernah menyampaikan lagu ini di dalam empat bahasa lain iaitu Inggeris, Perancis, Arab dan Turki.

Bagi peminat Malaysia yang ingin menyaksikan Maher Zain sekali lagi di Malaysia, anda boleh dapatkan maklumat pembelian tiket di www.inteam.com.my.

kOmen SukasuKisaKan:

Wah....mcam syok jerp..huhuh...mesti ramai yang datang nak tgok maher zain nyanyi secare live.hoho....teringin la plak nak pegi....adushh...

Ahad, 9 Januari 2011

Haram menghina orang Islam



salam 'alaik
huh..arini nak berkongsi sikit pasal perbuatan menghina..
Hukum bagi menghina org muslim adalah HARAM..
saya tegaskan sekali lagi, HARAM hukumnya..

Allah berfirman :

Yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat:11)


Fuhh....tapikan, skrg ni, banyak kes terjadikan...yang paling banyak kite dapat tgok kat fesbuk...
Umat islah duk mengutuk sesama sendiri..Aishh....Dieorg xmalu ke duk begaduh mcm tuh???
Aku yang baca komen2 kat situ pon rase malu ngan non-muslim yang duk komen kat wall tuh jugak....Herm...macam2...

So, followers dan silent readerku sekalian, jangan la selalu mengutuk sesama sendiri, jgan aibkan org lain, dan yang paling penting sekali, jangan kutuk belog saya..huuhhu..Plz la jangan kutuk, bukan pe, belog saya ni tak penah pon sakitkan hati org lain..Kalo ade pon la kan, myb tersalah taip...Tapi..betol...saya rase belog saye xpenah sakitkan ati org lain...huhu

Nah, terimalah beberapa rangkap lagu untuk sesiapa yang baca entry ni...

Ingat mati ingat sakit, ingatlah saat kau sulit, ingat-ingat hidup Cuma satu kali…Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat,Ingat-ingat sobat ingat la akhirat….Cepat ucap astarfirullahalazim…


Hapuskan dendam, bersihkan hati, luruskan niat..:)




Wallahualam....