Followers

Isnin, 10 Januari 2011

Hikikomori...apa ertinya???





Salam A'laik..


Hikikomori???
Apa itu hikikomori???
Kuihkah???binatangkah???atau, Kenderaankah???

Hikikomori ni kalau nak dikopi pastekan, ianya merujuk kepada fenomena dlm kalangan individu-individu menyendiri yang telah memilih untuk menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial, seringkali menyesuaikan diri dengan tahap pengasingan diri yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor peribadi dan sosial dalam dan luar hidup mereka.

Kemerosotan interaksi sesama manusia, bukan sahaja menyebabkan remaja kehilangan minat untuk berbual dengan ahli keluarga dan sanak saudara,tetapi terjadi apabila seseorang student tu berada di hostel atau di kolej....

Apa yang dapat kita lihat skrang ni, golongan remaja banyak yang terjebak dalam masalah ni...(kesian)...Remaja sekarang ni tak bijak berbahasa kesan kurannya pendedahan serta interaksi sesama manusia.Kita lebih suka untuk bekerja seorang diri dan melakukan tugasan dengan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling.

Generasi kita semakin ke arah individualistik.!!..Oh! Tidak...

Mungkin lepas ni sudah tidak ada lagi perkataan Masyarakat, Citizen, Komuniti, Jiran, dan bla..bla..bla...KENAPA??? Sebab Masyarakat selepas ini tidak lagi mengamalkan cara hidup ketimuran yang sering diperkatakan sekarang..Lepas ni, mungkin anak-anak kita akan belajar dirumah sahaja, belajar melalui internet, bekerja dari rumah dan banyak lagi...

uhhh..takotnyer....

Ada hadits yang menyebutkan mengenai hidup bergaul dan bermasyarakat....

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” [Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032]


Berdasarkan coretan Ustaz Hasrizal,antara faktor tercetusnya Hikikomori ini adalah, kerana tiada tujuan hidup yang jelas. Mungkin ada yang menjawab, mereka ada tujuan hidup. Tapi adakah tujuan itu jelas? dan jika ianya jelas, neraca apa yang diguna untuk menjadikan tujuan hidup itu jelas?

Jawapannya, AGAMA ISLAM.


Baliklah kepada agama Islam. Dari peringkat individu hinggalah kepada masyarakat atasan. Sangat banyak yang perlu dipelajari tentang Islam ni dan susah jugak untuk mengamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Islam ajar solat berjemaah. Dijanjikan pahala berlipat ganda lagi. Berjemaah dapat mengelakkan fenomena hikikomori tu. Bukanlah bermakna pergi solat berjemaah dan berborak sakan. Tapi memadailah dengan memberi senyum dan bertegur sapa.


Dan sebenarnya banyak lagi kan cara kita untuk mengelak wujudnya hikikomori dalam diri. BERUKHUWAH lah.. Ukhuwah fillah itu manis.

Jangan biarkan diri anda diselubungi sikap hikikomori. Dan rancanglah kehidupan yang baik untuk bakal anak-anak. Jauhi hikikomori dalam diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak.

Bagi pelajar pula, elakkan diri daripada sikap Hikikomori, kerana apabila anda bersikap sedemikian, berkemungkinan anda akan mengalami stres yang berpanjangan....

Wallahualam...

Saya juga mahu berpesan kepada kawan-kawan serta diri saya sendiri, bersahabatlah dengan sesiapa yang kamu mahu.Berbuat baiklah antara kalian..Apa makna duduk serumah jika tidak bertegur sapa???isk...parah..
Ingat tau kawan-kawan,apabila kamu tidak mengasihi, maka kamu tidak akan dikasihi....Isk...payah jugak tu..

Marilah kita jalinkan ukhwah antara kita, jangan suka bermasam muka, jelaskan apa yang terbuku dihati, nescaya mereka yang mendengar akan memahami...kalau tak tau macam mana nak mulakan percakapan, cukuplah sekadar memberi salam serta bertanya khabar..:)

Wallahualam.....