Followers

Jumaat, 21 Januari 2011

Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu Part 1

Salam 'alaik...

Harini, 21 jan 2010, kami berempat (saya,dayah,fiza dan siah) memulakan kajian kuantitatif kami secara beransur-ansur di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu..

Dua hari sebelum berangkat ke KKB, kami berjumpa dengan En.Samri untuk membincangkan mengenai kajian yang akan kami lakukan. Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk menemubual pegawai disana..

Fuh..kami diuji dengan ketidakadaan 'driver' untuk membawa kami ke sana..Akibat jadual kelas yang padat, kami terpaksa meminta kebenaran untuk 'skip' dari kelas. Mujur boleh... Cuma Nieza je yang tak boleh menjadi driver kami untuk kesana, kerna dia ade kelas pada pukul 5-7..

So, kami terpaksa mencari jalan untuk 'memaksa' seseorang untuk menjadi driver kami..(haha..kejam je bunyik).. Alhamdulillah, salah seorang daripada sahabat (Safwan), sudi untuk menjadi driver yang tidak berbayar..hihi..

Pukul 3 kami bertolak ke KKB dan kami mengikiuti En.Samri dari belakang,(sooo, jauh kedalam tempatnya)..Dalam 40 minit perjalanan dari Tng.Malim ke sana..perh..angin kat sana sungguh nyaman..

Setibanya disana, kami dikenalkan dengan seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat yang sedang bertugas..Bermacam-macam soalan yang kami tujukan kepada Encik tersebut. kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Pengetua rumah Ehsan itu, mugkin atas kesibukan Puan itu, kami juga tidak boleh mengganggu.. :(

Apa yang mengejutkan kami, 60% daripada penghuni rumah ehsan itu, tidak berkahwin.. selain daripada itu, ada diantara mereka yang tidak mempunyai waris, tidak ada pendapatan,dan berpenyakit tetapi bukan penyakit berjangkit.


Apa yang ingin kami kaji dalam kajian kuantitatif ini adalah mengenai faktor yang menyebabkan pengabaian ibu bapa dalam kalangan anak-anak. Tetapi, hasil kajian yang kami jalankan, bercanggah daripada apa yang ingin kami kaji. Rupa-rupanya, tak ada seorang pun anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah Ehsan itu. Agak terkejut juga kami mendengarnya. Rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh orang ramai ada juga yang tidak betulnya.

Kami diberi lagi satu kejutan, apabila En.Samri, Pembantu KM, dan pengetua rumah Ehsan telah memberi kami satu tugasan untuk membuat satu program untuk warga tua.Agak terkejut juga kami masa tu.. Selepas mereka berbincang, mereka menetapkan tarikh 26.02.2011 sebagai tarikh kami menjalankan program itu.. (xleh byang, markah esemen kami cuma 20 markah je). Kami juga agak takut, kerana En.Samri ingin melibatkan (Persatuan Pengajian Malaysia) PPMAS..Adus..kami juga diarah untuk memanggil Abang Syafiq, untuk berjumpa dengan En.Samri.

So, kami bercadang, nak berbincang dengan En.Samri tentang niat yang dinyatakan itu..Adus..Berat tuh..Mesti kami dimarahi oleh org2 tertinggi PPMAs sbb memandai je bagi cadangan kat En.Tapi, bukan kami yang memberikan cadangan ni..Harap PPMAS xsalahkan kami berempat la yer.

Banyak juga yang kami dapat hasil dari perbincangan kami petang tadi.. Terima Kasih kepada En.Samri dan Pembantu KM, sbb membenarkan kami meng'interview' mereka. dan tidak lupa juga kepada Safwan sebab jadi PA kami..ekkeke...

Sekian...
Wasalam..



1 budak mengomen:

Tanpa Nama berkata...

perlu memeriksa:)