Followers

Isnin, 16 Disember 2013

Penerang Hati


Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah Kau menjauh


6ixth Sense ft Saujana - Penerang Hati


Isnin, 9 Disember 2013

Puisi Malam


Pada bayu,
aku menitip sebait puisi malam,
semoga kau masih terjaga di sana,
menemani rinduku.

Akan aku biarkan sunyi berkeliaran,
di langit ingatan bersama hujan,
mencipta bait-bait puisi yang aku namakan sebagai;
kenangan

Kuyakini engkau sebagai takdirku;
tempat segala desir angin yang meniup,
hingga ke hentian terakhir.
hentian dimana kau dan aku disatukan,
dalam erti kata; pernikahan 

Apabila gigil sunyi memelukmu,
rekatkan namaku didalam doamu,
agar aku tahu,
diriku bersamamu, selalu.
dan akan kujaga hubungan ini,
dengan segala dayaku.

Sayang,
Biarkan malam berlalu.
Dan biarlah siang menguntai sebongkah rasa terpendam,
sebuah kerinduan yang esok 'kan kita jelang.

-CaSaRa-
8.12.13

Rabu, 30 Oktober 2013

CiASaARiA



YaAllah,
Satukanlah dua hati yang pernah kecewa ini,
Kecewa dek kemelut cinta yang lalu.
Berikanlah kebahagiaan kepada kami ya Allah,
dan satukanlah kami dalam ikatan cinta yang halal.

Ya Allah,
Jika cinta yang aku semai ini bernanah lagi ditengah jalan,
Aku mohon ya Allah,
Kuatkanlah lagi hatiku ini dalam menyemai perasaan cinta kepadaMu,
Sesungguhnya cintaMu itu Abadi selamanya.

Sucikan hati kami ya Allah,
Luruskanlah niat kami untuk mendapat redhaMU.
Kabulkan doaku ini Ya Rabb.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin.


Isnin, 28 Oktober 2013

Senja Kita


Kepada senja aku bercerita,
Tentang kisahku,
Tentang rasaku.

Wahai senja,
adakah kau tahu,
Di gigi pantai itu,
tersimpan satu kenangan lalu,
kenangan bersama dia,
Sering menjelma dikala senja kian berlabuh.

Mana bisa aku lupa,
kenangan bersama diwaktu senja itu,
Kita duduk antara debur ombak dan keheningan malam,
Menikmati keindahan ciptaan yang Maha Kuasa.
Diselangi bait-bait cerita tentang kekuasaanNya.

Lihat dilangit sana,
Sang Suria kian berlabuh,
Menerbitkan bulan yang kian menawan,
Bulan yang indah seperti senja kita yang baru sahaja berlabuh,
Malam yang mulai tiba ditambah kawanan camar yang terbang kian menjauh.

Ya,benar katamu, itu senja kita.

Senja itu,
Di langit sana,
Di langit hatiku,
akan selalu terukir namamu,
Nama seorang insan yang sering aku rindu,
aku tetap merindu dalam setiap sujud malamku,
Aku tetap mencinta,
dalam segenap doa,
aku tetap menanti,
hingga Tuhan merestui,
hadirmu di sini.

Semoga penantian ini bukan sia-sia bagi kita.


Dedikasi buat insan teristimewa,
MYB

Isnin, 9 September 2013

#3 Untitled


Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir


Khamis, 5 September 2013

Sabtu, 3 Ogos 2013

Selamat Hari Lahir NAAZ




Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Terima kasih ya Allah, kerana memberikan kesempatan kepada aku untuk terus hidup pada umur yang baru mencecah 23 tahun pada tanggal 3 ogos 2013 ini.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Terima kasih ya Allah kerana meletakkan aku selama sembilan bulan didalam kandungan ibuku,
23 tahun berada dibawah ketiak ayahku,
23 tahun dimanjakan oleh ibuku,
Terima kasih juga kepada Ibu dan Ayah kerana membesarkan kita.
kita sayang ibu ngan ayah.. :)

Kini, aku berada jauh daripada ibu dan ayah,
jauh dari kampung halaman.
Namun, tidak sedikit ingatanku melupakan wajah ibu dan ayahku..
Kerana wajah-wajah itulah yang membuatkan aku kuat untuk meneruskan perjuangan hidupku..

Pesanan buat Nur Aizatul Akmal binti Zulkifli:

Jadilah hamba yang sentiasa bertaqwa kepada Pencipta,
Jadilah umat Muhammad yang sentiasa mengikut sunnah,
Jadilah anak yang solehah dan mengenang jasa,
Jadilah pelajar yang sentiasa mendengar kata,
Jadilah sahabat yang baik, yang mampu membimbing rakan-rakan ke arah kebaikan,
Jadilah seorang guru yang mampu membawa perubahan kepada Dunia..

InsyaAllah.. :)

Semoga aku sentiasa istiqomah dalam menjalankan tugasku sebagai seorang pendidik selama 4 bulan ini Ya Allah...

Selamat Hari Lahir Aizatul.. :)

Sabtu, 15 Jun 2013

Tamat Semester Enam

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. Warghhh akhirnya, selesai juga jawab exam untuk semester ni...
Jadi, dengan rasminya, saya dah habis semester 6...yeaaaahhh...
Korang tak rasa macam skima ke tajuk atas tu?? hik3..

Sekarang ni sedang menghitung hari-hari terakhir duduk kat Tanjung Malim ni...
Menghabiskan sisa-sisa hari yang tinggal.... Yela, lepas ni 6 bulan tak jejak Tanjung Malim...wuuu...mesti rindu (rindu ayam Uncle Bob)..

Lepas ni nak jadi orang Nogori pulak...hehe... Alhamdulillah, pemohonan tempat berpraktikum telah diluluskan... Terima Kasih YaAllah.. Semoga Kau permudahkan urusan ku disana juga...

Erm..dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan beberapa banyak kata untuk semua warga UPSI terutamanya dengan ucapan:


Selamat kembali daripada bercuti, adik-adik diploma...
Selamat berpraktikum, kepada kawan-kawan semester 6....
Selamat bergraduasi, untuk abang dan akak semester 8...
Selamat pulang kerumah buat semua yang tidak disebutkan diatas..
hehehe...


Yeahhh......16hb ni balik kampung halaman...so sekarang ni..moh la kite mengemas ape yang patut... Umah xabis kemas lagi ni... Adoii.... Jum2...

Assalamualaikum...

Selasa, 11 Jun 2013

#2 Untitled

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami agar lebih dekatkan diri kami kepadaMu Ya Allah. Jangan lalaikan kami dengan keindahan dunia yang sementara ini. Terbitkan rasa rindu kami kepadaMu Ya Rahman...

Amin....


*HidupterasalebihindahdengankasihsayangMu*

Rabu, 5 Jun 2013

#1 - Untitled

Pagi tadi, sedang duduk-duduk sambil makan roti dan sardin, tiba-tiba si Rogayah Junid bertanya kepada si Zaiton Hashim:

Adakah ini CINTA??? 

hahaha.
nak terkeluar balik roti.. :P

Sekian....


I caught myself smiling for no reason


Nasihat seseorang yang telah membuatkan saya kembali senyum setiap hari... :)

"Jaga diri baik-baik ya. Jaga iman, jaga hati, jaga aurat, jaga maruah, jaga perhubungan dengan ALLAH n jaga semuanya.."

:)

InsyaAllah.. ^_^

Ahad, 19 Mei 2013

Pergi

Pergi..
Dia pergi....
Mungkin tiada kembalinya lagi...


Rabu, 24 April 2013

Ibu Melayu Mengelilingi Dunia


Bismillah...
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jugalah kita kembali.

Pada tanggal 19 April yang lalu, hilanglah sebutir permata yang dahulunya menyinari alam ciptaan Allah yang Maha Esa. Seorang wanita yang gigih dalam memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. 
Nenek Aisyah telah menemui penciptanya pada usia 90 tahun.

Ingin saya kongsi bersama rakan pembaca tentang satu sajak yang ditulis oleh Tan Sri Aisyah Ghani yang dikhaskan buat arwah suaminya yang tercinta, Abdul Aziz.

Semoga roh kedua arwah nenda ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Amin...

Sajak ini di bedah dari buku Ibu Melayu Mengelilingi Dunia yang saya baca beberapa bulan yang lalu.


Kanda,
sekarang tibalah saatnya kita berpisah,
kutinggalkan dikau dengan penuh air mata,
jiwaku dan jiwamu akan menangis menatap sendu,
hanyut dalam kenangan yang tiada bertepi.

Tahukah kau oh sayang,
sebelum kau dan aku berkenalan,
Aku telah mencintai sesuatu,
ku anggap ia sebagai kekasihku pula,
tetapi keadaan tidak mengizinkan kami bertemu,
kerana kekurangan syarat pada diriku.

Bertahun-tahun musim yang lampau,
terbanting diriku kelemba sunyi,
dimana alam gelap semata,
meraung merintih seorang diri,
kekasihku hilang entah kemana.

Kanda,
kau datang dengan sebuah pelita emas ditanganmu,
dengan suci hatimu kau tunjukkan pula kepadaku,
tempat persembunyian kekasihku itu,
demi jalan yang terbentang luas di hadapanku,
kulihat langit  penuh bertabur bintang kejayaan.
kekasihku melambai, menggamit penuh keriangan.

Sayang,
izinkan aku pergi menemui kekasihku,
dan aku akan kembali kepadamu,
setelah kami puas bercumbu, bercekerama,
dipantai cita-cita,
dipersembahkan sajak ini buat suamiku.
Encik Abdul Aziz bin Abu Hassan.

(Gambar diambil sewaktu Hitea Koperasi Jaya Murni Wanita 2010)

Khamis, 21 Mac 2013

Selamat tinggal



Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu 
Selamat tinggal


Khamis, 14 Mac 2013

Iman Sofea #7


BAB 7

“Ok, ni kunci hostel awak. Lepas ni isi borang kunci dan borang baju dalam dewan” Ramah salah seorang Seketeriat Suai Kenal kepada Iman Sofea.

“Terima kasih akak .” Sambil memberikan senyuman kepada Seketeriat tersebut dan Iman sempat menjeling nametag seketeriat tersebut. “Hurm…, Anis Natrah, no wonder la macam pernah tengok”. Lalu Iman tersenyum sendirian sambil menuju ke dalam dewan untuk menyelesaikan pendaftarannya.

Setelah mengambil kunci bilik, dan mengambil barang-barang keperluan semasa Program Suai Kenal, Iman Sofea bergegas menuju ke parkir kereta untuk berjumpa uminya. Sepanjang perjalanan menuju ke parkir, Iman dikejutkan dengan satu suara yang memanggil namanya.

“Nur Iman Sofea binti Haji Mohd Arman!” Sergah suara itu.

Iman Sofea terkejut. Langkahnya segera terhenti dan takut-takut untuk menoleh. Apabila mahu menoleh, bahunya ditepuk dari belakang.

             “Ooohh makcik hang rimau.” Latah Iman Sofea sambil mencuba untuk menumbuk perut gerangan yang memeranjatkan dirinya yang sedia terkejut itu.

“Hahaha, makcik hang yang sebelah sapa rimau cik Iman oi?” gelak Zaharul sambil mengelak tumbukan Iman Sofea.

“Along ni tak habis-habis nak menyakat Iman kan? Along tak da kerja lain ke nak buat? Marah Iman.

Sambil membuat muka comel, Zaharul merenung wajah adiknya yang sedang marah itu. “Ala, Along saja je nak sakat Iman, nak tengok sejauhmana kemelatahan Iman.”

“Sengal la Along ni! Iman report kat Abi, jaga la Along” Sambil membuat muncung yang panjang, Iman memanjangkan langkahnya pergi ke parkir kereta bersebelahan dengan Dewan Zaba.

“Abi... Tengok along ni, dia tak habis-habis nak sakat Iman. Kang Iman balik umah kang, ha baru padan muka UPSI sebab takda budak macam Iman ni.”

“Zaharul, apa yang kamu sakat adik kamu sampai panjang muncung dia ni? Kalau ye pun, tunggu la Abi dengan Umi balik dulu, lepas tu kalau nak sakat, haa, sakat la..” Dr Arman mengenyitkan mata tanda memberikan kebenaran untuk Zaharul menyakat Iman.

“Haha. Along saja je Bi. Ha, ni Iman, lepas ni, balik hostel, rehat cukup-cukup tau. Malam karang ada program dekat Kampus. Mandi awal, nanti berebut bilik air karang, lewat pulak nak makan malam. Ingat tu?” Jelas Zaharul.

“Erm, Yela. Yela. Abi, Umi, jom teman Iman naik hostel. Hehe, banyak la barang Iman ni. Hehe. Please.”

“Yela. Yela. Akmal, tolong Abi angkat bantal-bantal kak Iman naik atas.” Arah Dr. Arman. “Tingkat berapa Iman duduk?” Soal Dr.Arman lagi.

“Erm.. Blok E tingkat 5, Abi” Jawab Iman.

“Wahh. Tinggi tu. Iman. Ha, lepas ni memang kurus la hang Iman. Haha.” Sindir Zaharul

“Dah..Dah, Along, tolong Abi bawak beg Iman naik atas. Along pon perlu exercise jugak tau.” Arah Puan Zanariah.





Jumaat, 15 Februari 2013

Salam Sayang Buatmu, Sahabat




Sahabat,
Sudah banyak perkara yang kita bina bersama,
Sudah banyak kenangan yang kita cipta semalam.

tapi mengapa sahabat?
Kau tinggalkanku tanpa khabar berita?
Membawa diri tanpa memikirkan tentang perasaanku?

Terlalu cepat masa berlalu,
Ingin aku kembali seperti dulu,
Bersama kamu sahabatku..

Ingin sekali aku membina kenangan baru bersama memori kisah lama kita,
kerana aku tidak mahu melupakan kenangan lama kita.


Ingatkah kau wahai sahabat?
Diwaktu aku kesusahan, engkaulah penyelamat,
Membimbing aku kearah selamat.
Dengan penuh rasa hormat.

Bukan ku pinta jauh darimu,
Bukan ku harap kau jauh dariku,
Tapi sahabat, sudah takdirku berada disini,
Jangan menjauh wahai sahabat.

Didalam doa, pohon selamat,
Moga ukhwah kembali tererat,
Bersama ingatan yang masih hangat,
Salam sayang buatmu,
Wahai sahabat..




With love: AizaAkmal Zulkifli


Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Hari Kewujudan

Bismillah...

Hari ni 10.02.2013
Genap sudah 6 tahun blog ini ditubuhkan...

Alhamdulillah, 
Selautan syukur diucapkan kepada Allah, kerana diizinkan aku menulis didalam blog ini.

Selagi terdaya, akan aku coretkan apa yang berlaku didalam kehidupan ini.
Banyak memori yang terkumpul dalam blog ini,
Jadi akan aku manfaatkan blog ini sebaik mungkin. InsyaAllah..

Tidak banyak yang dapat aku coretkan didalam entry kali ini, kerana keadaan aku yang baru kehilangan seorang teman masih lagi terasa.
Tenang kau disana Taro...

Semoga aku akan terus menulis, dan semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada si pembaca..

Selamat Hari Lahir SukaSukiSakan.. :)


Selamat Tinggal KAWAN..





Rest In Peace, Taro...

Semalam, 9.02.2013 Taro telah kembali kepada Sang Pencipta buat selamanya..


Dah setahun lebih Taro hidup dengan keluarga ni...

Kau tau Taro, ramai sayang kau Taro... Kalau abg Amir tau kau mati, mesti dia sedih sebab die pon sayang kat kau Taro.. Ingat tak, dia penah jaga kau dulu masa aku balik kampung... Ingat tak Taro?? :')


Baru tgahari semalam duk tengok kau main cak2 dalam umah kau, tido terlentang kat gelongsor kau..
dah banyak kali taro buat mcm tu semalam...



Setiap kali lalu kat umah dia WAJIB panggil nama dia...
Tetibe, kul 3ptg semalam, panggil nama dia, dia langsong xbergerak..dah terbaring kat tepi gelongsor dia... :'(

Teringat masa kau tersepit kat tingkap rumah kau, Taro... Lawak sangat masa tu :')... Kau menjerit mintak tolong..
Last sekali, ibu yang tolong tarik badan kau.. Haha.. Gemoknye kau masa tu taro.. :')

Kau pun suka tido telentang kan??? kaki2 kau sua kat atas... Bila kene kejut, baru kau bangun, mankat2 dinding rumah kau... Rindu sume tu Taro.. :'(

Kau suka coklat kan Taro. Aritu, Abang Amir bagi sepeket coklat dengan Koko Crunch untuk kau...
Tapi kau makan xsampai separuh, sebab aku yang tolong habiskan untuk kau.. :') Sorry taro...

Rindu nak suruh kau jilat jari aku lagi Taro.. :( 
Rindu nak tengok kau makan biskut Cheese,
Rindu nak tengok kau gelojoh makan kuaci depan aku Taro...
Rindu dengar kau menjerit sebab tak boleh bangun Taro,
Rindu nak Tengok aksi kau taro..
dan aku rindu kat kau Taro.. 
:(




Setiap kali lalu kawasan sangkar kau, mesti aku ingat kau ada lagi.. :(
Mesti aku akan pandang sangkar kau Taro...


Kau tau Taro?
Masa aku tulis entry ni, aku nanges tau.. :(
Aku teringat suma aksi2 kau...
Siyes taro... Aku sayang kau...




:(
Tenang kau kat sana Taro..

Rabu, 6 Februari 2013

Sang Bayu Malam




Tiupan sang bayu malam,
Menyapa lembut pipiku,
Membuatkan hati yang suram
Menjadi semakin sayu.

Bayu tolong sampaikan pesanku,
Kepada seorang teman yang dirindu,
Bertahun sudah tidak bertemu,
Membuat hariku semakin rindu.

Ingin disingkap memori lama,
Namun hati tidak terdaya,
Terlalu banyak yang ingin dicerita,
Kepadamu temanku dikala suka dan duka.

Bayu tolong katakan padanya,
Aku rindu melihat wajahnya.
Bayu tolong khabarkan padanya,
Aku rindu mendengar suaranya.


With love: AizaAkmal Zulkifli

Anugerah



Mentari menyuluh bumi,
Angin meniup daratan,
Burung terbang melayang,
Bunga mekar berkembang,
Air mengalir deras,
Ombak menghempas pantai.

Begitulah lumrah dunia,
Alangkah indah ciptaanMu ya Allah,
Tiada makhluk didunia ini,
mampu untuk melakukan semua ini
melainkan Kau, Allah yang Esa.

Selama ini aku lalai dalam Dunia ini
Banyak dosa yang telah aku lakukan,
Kebaikan yang dilakukan hanya boleh dihitung dengan jemari,
Ampunkan aku ya Allah.
Aku khilaf, aku angkuh ya Allah..
Aku kufur dengan nikmat yang diberi olehMu
Jadikan aku insan yang bersyukur dengan kurniaanMu ya Allah..

Berikan kesempatan untukku berubah,
Sesungguhnya aku insan yang lemah,
Yang mendambarkan cinta dan kasihMu Allah,
Izinkan aku pulang kepadaMu,
dengan membawa nikmat pahala yang banyak,
Agar dapat aku peroleh syurgaMu.

Kini, aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Mu ya Allah,
Walaupun pada mulanya terasa sesal dihati,
Namun kurasakan perancanganMu sangat indah,
untuk mengajak aku pulang menuju CintaMu.

Terima kasih Ya Allah, 
kerana memberiku jalan menuju cahayaMu.


with love: AizaAkmal Zulkifli

Ahad, 3 Februari 2013

Senja itu




Senja itu kian pergi.
Meninggalkan siang yang penuh warna-wani,
Mengidamkan malam yang tidak pernah sepi.

Senja itu kian pergi.
Pergi membawa seribu kenangan.
Pergi meninggalkan seribu kesan.

Ia kian pergi,
Ia senja yang mengajarku erti kedewasaan,
Ia juga senja yang memimpinku, kearah kebenaran.

Senja berlalu lagi,
Begitulah lumrah alam yang diciptakan oleh-Nya
Bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk meniti malam hari .
Kerana, tidak semua yang berpeluang untuk merasainya.

Senja itu kian pergi,
Senja yang mengajarku erti ketakwaan,
Mungkinkah masih ada senja untukku esok hari?
Kerana ia senja yang memberiku, seribu pengajaran.

with love: AizaAkmal Zulkifli

Sabtu, 2 Februari 2013

Buatmu Sahabat yang baru dikenali





Assalamualaikum..

Entri ni khas buat seorang SAHABAT yang baru saya kenal, As.
Beliau sangat disenangi dan sangat baik budi pekerti.
Kalau diizinkan, saya teringin nak ada kawan yang ramai, yang sama macam dia..
Berterus terang, redha dengan ketentuan dan sangat setia.
Walaupun hanya sekejap kita berkenalan,
ia tetap menjadi ingatan buat saya sampai bila-bila.

Tabahkan hatimu dengan segala dugaan yang menimpa.
Ya saya tau, sakit sangat bila ditinggalkan.
Saya harap sangat dapat bantu kamu sahabat.
Tapi saya tak mampu lakukan lebih dari tu.
Maafkan saya SAHABAT...

Kecewa? Ya, memang saya kecewa,
Saya kecewa sebab awak dah tinggalkan sahabat baik awak ni..
Tapi tidak mengapa SAHABAT,
Saya tau niat awak..
Dan saya sentiasa ingat,
Bahawa setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Bunga bukan sekuntum SAHABAT,
Andai dia bukan jodoh kamu, maka redhalah dengan ketentuanNya.
Yakinlah sahabat,walaupun kamu berpisah dengannya, ada lagi yang terbaik buatmu.
Mungkin ada yang sedang menantimu.
Sesugguhnya, DIA mengetahui apa yang terbaik buatmu, SAHABATku.

Perjalanan kita masih jauh SAHABAT,
Masih banyak lagi perkara yang kita harus lakukan.
Berserahlah kepada Allah,
Kerana DIA lebih mengetahui segalanya.

Semoga Allah menguatkan hati kita yang semangnya lemah dengan dugaan.
Persiapkanlah dirimu menjadi mukmin yang soleh SAHABAT.
Semoga bertemu bidadari yang solehah buat seorang mukmin yang kuat imannya.

Ingatlah SAHABAT,bila duduk negara orang,
Mesti jaga diri, jaga Iman.
Belajar niat kerana Allah, bukan niat nak kejar perempuan..
Ingat ye SAHABAT..

Doa saya dari jauh, semoga SAHABAT saya yang jauh dimata ni,
beroleh kejayaan diDunia dan diAkhirat.Amin..
Terima kasih SAHABAT kerana pernah menjadikan hari-hari saya ceria,
walaupun awak tak ada didepan mata..

Dah habis belajar, balik Malaysia, suruh mak carikan bini sorang.. :)
Jangan sedih-sedih.. ^_^

Allahu'alam..
Wassalam...

with love: AizaAkmal Zulkifli